- Berita
- Berita Auto
- Loji Fotovoltaik Solar Berkapasiti 1 Juta MWh Kini Beroperasi Di Serendah – Umpama Tanam 29 Juta Pokok
Loji Fotovoltaik Solar Berkapasiti 1 Juta MWh Kini Beroperasi Di Serendah – Umpama Tanam 29 Juta Pokok
-full_normal.webp)
Loji Fotovoltaik Solar Berskala Besar (LSSPV) terapung di Serendah, Selangor
TC Sunergy Sdn. Bhd. (TCS), sebuah anak syarikat Tan Chong Motor Holdings Berhad (TCMH), telah memulakan operasi loji Fotovoltaik Solar Berskala Besar (LSSPV) terapung di Serendah, Selangor.
Pembinaan kilang ini merupakan hasil daripada penglibatan Tan Chong Motor dalam projek Fotovoltaik Solar (PV) 20 megawatt di bawah LSSPV Bidding Cycle 4 (LSS@MEnTARI) oleh Suruhanjaya Tenaga pada tahun 2020. Pencapaian ini menandakan bermulanya langkah syarikat dalam sektor tenaga boleh diperbaharui (RE).
-full_normal.webp)
Loji yang terletak di Tasik Sungai Rawang, Serendah ini dijangka akan membekalkan sejumlah 1,043,114 MWh tenaga bersih kepada Tenaga Nasional Berhad melalui Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) selama 25 tahun. Usaha ini dijangka dapat mengurangkan 610,221 tan karbon dioksida (CO2) yang bersamaan dengan penanaman sebanyak 29,058,175 batang pokok dan pengurangan sebanyak 132,656 kenderaan dari jalan raya.
Bagi memelihara ekosistem tasik dan persekitarannya, loji solar terapung ini hanya menggunakan 60% daripada permukaan air. Ini memastikan pemeliharaan biodiversiti sedia ada dan kualiti air sambil mematuhi Pelan Pengurusan Alam Sekitar yang disediakan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Jabatan Alam Sekitar (DOE).
-full_normal.webp)
TCS akan membuat pemantauan operasi dan penyelenggaraan loji mengikut syarat yang tertera dalam Lesen Penjanaan Awam Suruhanjaya Tenaga.
Menurut CEO Kumpulan TCMH, Daniel Ho, "LSSPV Terapung TCS - Serendah adalah tonggak penting yang menandakan permulaan Kumpulan dalam sektor tenaga boleh diperbaharui dan lestari. Kumpulan TCMH berbesar hati kerana dapat memainkan peranan dalam melestarikan alam sekitar untuk generasi masa hadapan."
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX6224
SELANGOR
BSU9073
JOHOR
JH1375J
PULAU PINANG
PSH2836
PERAK
APM7835
PAHANG
CFJ3612
KEDAH
KGJ7437
NEGERI SEMBILAN
NEM5351
KOTA KINABALU
SJV931
KUCHING
QAB9610P
Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB
Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.
05-01-2026
TNB, Perodua Jalin Kerjasama Untuk Kukuhkan Ekosistem EV
TNB, Perodua meterai kerjasama dalam pelbagai penyelesaian berkaitan EV.
28-02-2025
Pemilik Tesla Buat Sambungan Pelik, TNB Dapat Tahu Sebab Meter Hantar Isyarat?
Tular di internet yang mendedahkan seorang pemilik Tesla sanggup mencuri elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB).
17-08-2024
TNB Ganti 30% Kenderaan Operasi Kepada EV
TNB akan menggantikan 30 peratus daripada kenderaan operasinya kepada kenderaan elektrik (EV) menjelang 2030.
28-02-2024
6 Lagi Stesen Pengecas EV TNB Electron Akan Disediakan Tahun Ini
TNB Electron telah mengumumkan perancangan pembukaan lebih banyak fasiliti pengecasan di Malaysia sepanjang tahun 2023. Berikut adalah lokasinya...
13-03-2023
Ora Good Cat Jadi Tumpuan Semasa Pelancaran Stesen Pengecas Electron TNB
TNB dan PLUS Malaysia Berhad baru-baru ini telah melancarkan stesen pengecas pantas Electron DC TNB di lebuh raya PLUS.
28-02-2023
TNB Electron Dibuka, Pemilik EV Boleh Cas Secara Percuma Sebab
Dua pengecas TNB Electron (DC) kini dibuka untuk tempoh ujian perintis di R&R Ayer Keroh (arah utara) dan R&R Paka (arah utara bermula hari ini.
20-01-2023
Berita Terkini
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
ECRL Ke Rantau Panjang: Kerajaan Peruntuk RM200 Juta
Peruntuk RM200 Juta Sambungan ECRL Kota Bharu-Rantau Panjang.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

