Minat OMODA E5, Dah Boleh Tempah Sabtu Ini

Chery Malaysia mengumumkan bahawa Chery OMODA E5 akan tiba di pusat pameran Chery di seluruh negara, bermula 24 Februari ini.
Untuk itu, pelanggan dan peminat-peminat kenderaan Chery berpeluang menyaksikan jentera baharu itu di pusat pameran Chery.
Malah, bagi yang berminat, anda sudah boleh membuat tempahan sebelum pelancaran rasmi OMODA E5 pada Mac nanti.
Dikhabarkan, OMODA E5 akan dijual pada harga sekitar RM160,000.

Bagi yang tidak tahu mengenai OMODA E5, jentera ini menghasilkan kuasa setakat 201 hp dan tork 340 Nm selain menawarkan jarak gerak sejauh 430 kilometer dengan hanya sekali cas.
Ia juga dilengkapi dengan system Advanced Driver Assistance System 2.5 (ADAS 2.5) yang menggabungkan sensor canggih, dan ciri-ciri kebolehcapaian sekali gus memberikan pengalaman memandu yang lebih selesa.
Dari segi bateri, ia disumbat dengan bateri blade lithium iron phosphate berkapasiti tinggi 61 kWj.


Mengenai pengecasan pula, ia menyokong pengecas AC 9.9kW, manakala pengecasan pantas DC beroperasi pada 80kW.
Dengan pengecasan DC pantas, pengecasan bateri dari 30% hingga 80% hanya mengambil masa dalam 30 minit.


Bahagian kabin pula, ia memiliki kokpit yang pintar, selain membawakan skrin Ultra Clear bersaiz 24.6-inci yang dikuasakan oleh sistem cip (SoC) Qualcomm 8155 dengan resolusi 1920×720 dan dikemaskan lagi melalui upholsteri kulit berwarna hitam untuk tempat duduk.
Difahamkan, Chery OMODA E5 juga telah berjaya dalam Ujian Merentasi Air dan Ujian Mencengkam Lantai.
Ini membuktikan bahawa kenderaan elektrik ini mampu mengendalikan pelbagai
rintangan dan memastikan pengalaman memandu yang lebih selamat.
Untuk maklumat lanjut mengenai OMODA E5, KLIK.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR2973
SELANGOR
BST9400
JOHOR
JE6579J
PULAU PINANG
PSF7670
PERAK
APL6553
PAHANG
CFH8155
KEDAH
KGJ2329
NEGERI SEMBILAN
NEL9785
KOTA KINABALU
SJU2461
KUCHING
QAB6103P
Terakhir Kemas Kini 25 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya
Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.
15-04-2026
Kenapa Ramai Pilih Chery Untuk Raya Tahun Ini? Ada Sebabnya
Bukan sekadar kereta baharu, Chery tawar rebat untuk anda balik kampung tahun ini.
06-03-2026
Berita Terkini
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat