Pengecas DCFC Terpantas Malaysia Di Highland Hotel Genting Dah Beroperasi
-full.jpg)
Pengecas EV Shell Recharge di Genting Highlands.
Genting Highlands kini menjadi salah satu lokasi fasiliti pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang terpantas di Malaysia. Stesen pengecas DC terbaru ini disediakan oleh Shell Recharge di tempat letak kenderaan terbuka di Highland Hotel Genting.
Fasiliti DCFC 360 kW ini, yang diumumkan secara rasmi pada Disember 2023 lalu telah mula beroperasi hanya dua bulan selepas penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Shell, Genting Malaysia Berhad dan Porsche Malaysia (SDAP - Sime Darby Auto Performance).
Maklumat mengenai pengaktifan stesen DCFC ini sampai kepada pengetahuan kami di CariCarz.com melalui Group Chat di WhatsApp dan juga semakan aplikasi ParkEasy.
-full.jpg)
Lakaran hab pengecas di Genting Highlands.
Berdasarkan pengumuman awal semasa majlis penandatanganan MoU, sebanyak empat pengecas DCFC dan enam pengecas AC akan disediakan, namun stesen yang diaktifkan ini kekurangan dua pengecas AC daripada pengumuman asal.
Selain itu, tiada ruang teduh demi keselesaan pengguna semasa sesi pengecasan seperti yang diumumkan. Ini mungkin terjadi kerana fasiliti ini masih lagi belum beroperasi sepenuhnya dan belum menerima lesen daripada Suruhanjaya Tenaga (ST), oleh itu tidak hairan mengapa masih tiada pengumuman rasmi dibuat mengenai pengaktifan stesen ini.
Kesemua yang dilaporkan aktif buat masa ini, iaitu empat pengecas DCFC dan empat pengecas AC boleh didapati melalui aplikasi ParkEasy. Namun, berbanding dengan stesen-stesen lain di seluruh negara, kadar pengecasan di fasiliti ini agak mahal dan semua urusan menggunakan kredit yang telah dimasukkan terlebih dahulu (RM1 = 1 Kredit).
-full.jpg)
Pengguna dikenakan kredit sebanyak 1.30 untuk setiap kWh dengan bayaran pengesahan 8 kredit untuk memulakan sesi pengecasan AC 22 kW. Pengguna juga diberikan tempoh kelonggaran selama 15 minit untuk mengeluarkan kenderaan sebaik pengecasan tamat sebelum dikenakan penolakan 2 kredit idle setiap 30 minit.
-full.jpg)
Sementara itu, untuk menggunakan pengecas DC 360 kW, pengguna akan dikenakan caj pengesahan 10 kredit dan diikuti oleh 2.80 kredit untuk setiap kWh. Kenderaan perlu dikeluarkan dari petak pengecas dalam tempoh 15 minit sebelum dikenakan caj idle yang lebih tinggi dalam tempoh lebih singkat, 10 kredit setiap 15 minit.
-full.jpg)
Untuk maklumat pembaca, bagi menggunakan perkhidmatan Shell Recharge, anda mesti memasukkan sekurang-kurangnya 200 kredit (RM200) ke dalam e-dompet ParkEasy.
Melalui aplikasi tersebut, pengguna boleh membuat tempahan waktu pengecasan, dan anda perlu berada di petak pengecas dalam tempoh 10 minit waktu tempahan yang telah dipilih.
Baca: Hab Pengecas Berprestasi Tinggi 360kW Di Resort World Genting
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR4702
SELANGOR
BST9725
JOHOR
JE7397J
PULAU PINANG
PSF8056
PERAK
APL6952
PAHANG
CFH8324
KEDAH
KGJ2422
NEGERI SEMBILAN
NEM362
KOTA KINABALU
SJU2659
KUCHING
QAB6231P
Terakhir Kemas Kini 26 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Bermulanya Era EV M'sia: Shell & Porsche Umum Permulaan Operasi Stesen Pengecas Berprestasi Tinggi
Shell dan Porsche Asia Pasifik telah mengumumkan permulaan operasi stesen pengecas berprestasi tinggi (HPC) di Tangkak, Johor.
13-01-2022
Berita Terkini
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat