ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Pratonton MG ZS EV: Capai 320 KM, Dari RM129K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_MG-Malaysia_preview_official_-6.jpg


MG ZS EV


Selain daripada MG4 EV, SAIC Motor Malaysia turut merancang untuk membawa masuk model MG Motor yang kedua, MG ZS EV.


Dari segi dimensi, MG ZS EV, tidak jauh berbeza daripada Perodua Ativa. Model ini berukuran 4,323 mm (panjang), 1,809 mm (lebar) dan 1,625 mm (tinggi) dengan jarak antara roda 2,581 mm.


CIRI MEKANIKAL MG ZS EV


web_MG-ZS_-17.jpgweb_MG-ZS_-19.jpg


MG ZS EV boleh dikategorikan dalam SUV segmen B, tidak jauh berbeza dengan ukuran Perodua Ativa


Hanya satu varian yang dipamerkan, dengan bateri berkapasiti 51.1 kWh. Kuasa disalurkan kepada motor elektrik tunggal yang dipasang di bahagian hadapan bagi menggerakkan roda depan (FWD) dengan output 176 ps (130 kW) dan 280 Nm. Susunan sistem ini memberikannya kemampuan untuk membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa 8 saat. 


web_MG-ZS_-9.jpg


Bateri berkapasiti 51.1 kWh model ini boleh dicas menggunakan input AC 7 kW atau sehingga 50 kW DC.


Bateri boleh dicas daripada 0-100% menggunakan input AC 7 kW dalam masa 8 jam, sementara dengan pengecas DC sehingga 50 kW pula boleh dicas daripada 10-80% dalam masa 54 minit. Dengan cas penuh, MG ZS EV boleh bergerak sejauh  320 KM (WLTP).


KELENGKAPAN MG ZS EV


web_MG-ZS_-5.jpg


MG ZS EV diberikan lampu depan ‘Silverstone’ yang menggunakan 21 unit LED, manakala bahagian belakang pula lampu LED ‘Phantom.’ Gril depannya direka ‘tertutup’  dan di sini jugalah port pengecas ditempatkan. Dari sudut tepi, dapat dilihat penggunaan rim aloi dua tona. 


web_MG-ZS_-3.jpg


Di dalamnya,  model ini menggunakan paparan instrumen digital bersaiz 7 inci, skrin infotainmen 8 inci, kawalan pendingin hawa automatik, pendingin udara untuk tempat duduk belakang, pad pengecas tanpa wayar, serta bumbung suria. 


web_MG-ZS_-15.jpgweb_MG-ZS_-12.jpgweb_MG-ZS_-11.jpg


Ruang butnya berkapasiti 448 liter dan boleh diperluaskan lagi sehingga 1,187 liter selepas tempat duduk belakang dilipat. 


CIRI KESELAMATAN MG ZS EV


web_MG-ZS_-13.jpg


MG ZS EV untuk pasaran negara kita didatangkan dengan pakej ADAS MG Pilot yang memberikan keupayaan pemanduan separa autonomi Tahap 2.


Dari segi keselamatan, MG ZS EV hadir dengan pakej ADAS yang hampir sama seperti yang terdapat pada MG4 EV melalui pakej keselamatan MG Pilot. Ini merangkumi fungsi seperti amaran dan pencegah pelanggaran hadapan (FCW & AEB), amaran keluar lorong & bantuan kekal lorong (LDW & LKA), pemantau titik buta (BSD), kawalan jelajah adaptif (ACC), bantuan tukar lorong (LCA), bantuan kesesakan trafik (TJA) dan amaran lintasan trafik belakang (RCTA). 


HARGA & WARANTI MG ZS EV


web_MG-ZS_-17.jpg


MG ZS EV dijangka ditawarkan di pasaran tempatan pada harga bermula dari RM129,000. Harga tersebut termasuk waranti kenderaan MG yang standard selama 7 tahun atau 150,000 km dan waranti bateri EV yang berasingan selama 8 tahun atau sehingga 180,000 km.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRL1276

SELANGOR

BSS7139

JOHOR

JC4099J

PULAU PINANG

PSE6762

PERAK

APK6459

PAHANG

CFH4494

KEDAH

KGH5347

NEGERI SEMBILAN

NEL4302

KOTA KINABALU

SJT5355

KUCHING

QAB4024P

Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

18-04-2024
Kereta Baru

27-03-2024
EV

25-03-2024
Berita Auto

28-02-2024
Kereta Baru

28-02-2024
EV

G-Mart Group Sudah Siap Sedia Rancakkan Jualan EV

Kumpulan Syarikat G-Mart bersedia untuk ledakan jualan EV yang ramai diramalkan akan bermula tidak lama lagi.

29-10-2022
Kereta Baru

27-10-2025
Berita Auto

15-10-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.