ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Pratonton MG4 EV: 4 Varian, Capai 520 KM, Harga Dari RM104K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_MG-Malaysia_preview_official_-7.jpg


MG4 EV


Jenama terkenal dari Britain, MG Motor, akan kembali ke Malaysia tahun ini di bawah pengurusan SAIC Motor Malaysia, cawangan tempatan yang baru ditubuhkan oleh syarikat induk, SAIC Motor Corp. dari China.


Jenama ini bakal menembusi pasaran negara dengan tawaran dua model baharu, bermula dengan model yang diperkenalkan pada tahun 2022, MG4 EV. 


web_MG-Malaysia_preview_official_-1.jpgweb_MG-Malaysia_preview_official_-3.jpg


MG4 EV memiliki saiz yang hampir menyamai BYD Atto 3, pada ukuran 4,287 mm (panjang), 1,836 mm (lebar), 1,504 mm (tinggi) dan jarak antara roda 2,705 mm. 


DITAWARKAN DALAM EMPAT VARIAN


web_MG-Malaysia_preview_official_-2.jpg


Berbeza dengan BYD yang hanya ditawarkan dalam dua varian, model daripada MG ini bakal didatangkan dalam empat pilihan varian: MG4 Standard, MG4 Lux, MG4 Lux Extended Range, dan varian berprestasi MG4 XPower.


CIRI MEKANIKAL SETIAP VARIAN MG4 EV


Setiap varian hadir dengan kapasiti bateri, bilangan motor elektrik dan sistem trenkuasa berbeza. 


MG4 Standard


Varian paling rendah dalam rangkaian model ini ialah MG4 Standard. Memiliki kuasa sebanyak 170 ps (125 kW) dan 250 Nm, kuasa dibekalkan oleh bateri berkapasiti 51 kWh kepada satu e-motor yang menggerakkan sistem pacuan roda belakang (RWD) kereta. Menggunakan susunan sistem ini, MG4 Standard boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.5 saat. Varian ini boleh mencapai jarak EV sejauh 350 km (WLTP). 


Untuk pengecasan, menggunakan input AC 7 kW, ia boleh dicas penuh (0-100%) dalam masa 8 jam. Dengan pengecas pantas DC 50 kW pula boleh dicas daripada 10-80% dalam masa 48 minit atau 37 minit dengan 150 kW. 


web_MG4_-2.jpg


Ditawarkan dengan pilihan kapasiti bateri antara 51 kWh hingga 77 kWh, semua varian MG4 EV boleh menerima input pengecasan AC 7 kW atau sehingga DC 150 kW. 


MG4 Lux


Varian MG4 Lux diberikan bateri berkapasiti lebih tinggi, 64 kWh serta output lebih besar pada 203 ps (150 kW), namun dengan angka tork sama seperti Standard pada 250 Nm. Varian ini mengambil masa lebih panjang untuk melakukan pecutan 0-100 km/j iaitu pada 7.7 saat kerana beratnya lebih tinggi. 


Kapasiti bateri yang lebih besar membolehkan MG4 Lux mencapai jarak EV yang lebih jauh pada 435 km (WLTP). Menggunakan input AC 7 KW, Lux boleh dicas daripada 0-100% dalam masa 8.5 jam, manakala input DC 50 KW dan 150 KW membolehkannya dicas daripada 10-80%, masing-masing dalam masa 52 minit dan 26 minit.


MG4 Lux Extended Range

 

Seterusnya, varian  MG4 Lux Extended Range, hadir dengan bateri 77 kWh yang memberikan jentera tersebut output lebih tinggi pada 245 ps (180 kW) dan 350 Nm, serta masa 0-100 km/j lebih pantas, 6.1 saat. 


Varian ini boleh mencapai jarak EV paling jauh iaitu 520 km (WLTP). Pengecasan menggunakan input AC 7 kW, membolehkan cas penuh (0-100%) dilakukan dalam masa 10 jam, manakala input DC 50 kW dan 150 kW membolehkan cas 10-80%, masing-masing dilakukan dalam masa 61 minit dan 38 minit.


MG4 XPower


web_MG4-X-Power_-9.jpg


Akhir sekali, varian berprestasi tinggi,  MG4 XPower, menggunakan dua motor elektrik serta sistem pacuan semua roda (AWD) dengan output 435 ps (320 kW) dan 600 Nm, membolehkannya membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 3.8 saat!


Namun, varian ini dilengkapkan dengan kapasiti bateri yang sama seperti pada varian Lux iaitu 64 kWh, serta tempoh pengecasan AC dan DC yang sama. 


CIRI-CIRI STANDARD & ADAS MG4 EV


web_MG4_-8.jpg


Di ruang kabin, semua varian diberikan beberapa ciri penting yang sama termasuk paparan digital, fungsi sambungan dan ciri ADAS yang asas.


Semua varian didatangkan standard dengan pakej bantuan pemandu aktif MG Pilot yang merangkumi amaran dan mitigasi pelanggaran hadapan (FCW & AEB), kawalan jelajah adaptif (ACC), amaran keluar lorong dan bantuan kekal lorong (LDW & LKA), serta bantuan kesesakan trafik (TJA). 


Sementara itu, varian lebih tinggi, bermula daripada MG4 Lux diberikan ciri keselamatan tambahan iaitu pemantau titik buta (BSD), bantuan tukar lorong (LCA), amaran lintasan trafik belakang (RCTA), amaran pembukaan pintu (DOW) dan pakej kamera 360 darjah. 


web_MG4_-6.jpgweb_MG4_-9.jpg


Semua varian memiliki ruang but bersaiz 363 liter yang boleh diperluaskan dengan tempat duduk belakang yang boleh dilipat 60:40.


web_MG4_-5.jpg


Varian MG4 Lux dan ke atas menerima pad pengecas tanpa wayar, upholsteri kulit, tempat duduk pemandu boleh laras 6 arah, sistem audio 3D 6 speaker. 


Kesemua varian hadir dengan kelengkapan standard seperti pencahayaan LED depan dan belakang, enam beg udara, panel instrumen digital 7 inci, skrin infotainment sentuh 10.25 inci yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto, sambungan dengan aplikasi mudah alih iSMART MG, serta pakej arahan suara "Hello MG".


Varian asas, MG4 Standard didatangkan dengan tempat duduk dalam balutan fabrik, dan rim bersaiz 17 inci, sementara MG4 Lux pula lebih mewah dengan rim bersaiz 18 inci, warna dua tona dan upholsteri kulit. 


web_MG4_-13.jpgweb_MG4_-10.jpgweb_MG4_-4.jpgweb_MG4_-1.jpg


Varian Lux dan ke atas juga diberikan ciri tambahan seperti spoiler aero berkembar, sistem gril aktif, bar lampu (belakang), pad pengecas tanpa wayar, tempat duduk pemandu boleh laras 6 arah, serta sistem audio 3D 6 speaker berbanding  4 speaker pada varian lebih rendah. 


web_MG4-X-Power_-5.jpg


Rim besaiz  18 inci dan angkup brek berwarna jingga pada MG4 XPower


web_MG4-X-Power_-1.jpg


Kabin MG4 XPower


Varian tertinggi, MG4 XPower, menggunakan rim 18 inci eksklusif dengan angkup brek berwarna jingga. Kelengkapan lain adalah pedal sport metalik, fungsi kawalan pelancaran built-in, dan upholsteri Alcantara berwarna hitam. 


HARGA & WARANTI MG4 EV


web_MG4_-12.jpg


MG4 EV dijual pada harga yang berpatutan bermula daripada RM104,000


Berikut adalah senarai harga jualan setiap varian:


-MG4 Standard: Daripada RM104,000

-MG4 Lux: Daripada RM129,000 

-MG4 Lux Extended Range: Daripada RM149,900

-MG4 XPower: Daripada RM159,000


Pembelian adalah termasuk waranti kenderaan selama 7 tahun atau 150,000 km, dengan waranti berasingan untuk bateri selama 8 tahun atau 180,000 km. 

Berikut adalah ringkasan spesifikasi setiap varian MG4 EV:


Spesifikasi

MG4 Standard

MG4 Lux

MG4 Lux Extended Range

MG4 XPOWER

Kapasiti bateri (kWh)

51

64

77

64

Jarak EV (WLTP)

350 km

435 km

520 km

385 km

Anggaran Tempoh Pengecasan (7kW), 10%-100%

8 jam

8.5 jam

10 jam

8.5 jam

Anggaran Tempoh Pengecasan (50kW), 10%-80%

48 minit

52 minit

61 minit

52 minit

Anggaran Tempoh Pengecasan (150kW), 10%-80%

37 minit

26 minit

38 minit

26 minit

Kuasa Maksimum, kW (PS)

125 (170)

150 (203)

180 (245)

320 (435)

Tork Maksimum, Nm

250


350

600

0-100 km/j

7.5 saat

7.7 saat

6.1 saat

3.8 saat

Trenkuasa

Pacuan roda belakang, Motor tunggal



AWD, Dua motor

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQM1185

SELANGOR

BSM5186

JOHOR

JYR5621

PULAU PINANG

PRY7139

PERAK

APF3057

PAHANG

CFF3302

KEDAH

KGE3730

NEGERI SEMBILAN

NEJ5340

KOTA KINABALU

SJQ3051

KUCHING

QAB2458N

Terakhir Kemas Kini 15 Feb, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.54

RON 97

RM 3.10

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.99

+0.03

EURO 5 B7

RM 3.19

+0.03

Terakhir Kemas Kini 12 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

02-10-2025
Pandu Uji

19-11-2024
Berita Auto

18-04-2024
Kereta Baru

27-03-2024
EV

25-03-2024
Berita Auto

28-02-2024
Kereta Baru

28-02-2024
Global

03-06-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton S70 MC1 2026 Dilancarkan, Ada 4 Varian, Harga Bermula - RM68,800

Proton S70 MC1 2026 yang dinaik taraf telah dilancarkan secara rasmi secara siaran langsung, dua hari lepas.

13-02-2026
Kereta Baru

Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.

10-02-2026
Kereta Baru

SAH! Hyundai Ioniq 5 N, Ioniq 6 N Bakal Masuk Malaysia

HMY membuat pengumuman mengejutkan sempena majlis makan malam media Tahun Baharu Cina malam tadi apabila mengesahkan Hyundai Ioniq 5 N and Ioniq 6 N akan dipasarkan di Malaysia, tidak lama lagi.

10-02-2026
Kereta Baru

Harga Omoda C9 PHEV RM220,000

OMODA | JAECOO Malaysia turut mengumumkan harga anggaran Omoda C9 PHEV adalah sekitar RM220,000.

06-02-2026
Kereta Baru

Harga Anggaran Jaecoo J5 Cuma RM110,000

OMODA | JAECOO Malaysia mengumumkan harga anggaran Jaecoo J5 adalah sekitar RM110,000.

06-02-2026
Kereta Baru

Tempahan Proton S70 2026 Dibuka Esok

Tempahan PROTON S70 2026 akan dibuka bermula esok memandangkan model ini sudah pun berada di bilik pameran sah 3S/4S Proton di seluruh negara.

06-02-2026
Kereta Baru

Dilancar: Dongfeng 007, Vigo Masuk Malaysia, Harga-RM161,800* & RM100,000*

Dongfeng Cars Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya dua kenderaan elektrik terbaharu mereka, iaitu Dongfeng 007 dan Dongfeng Vigo.

05-02-2026
Kereta Baru

Tempahan Mitsubishi Xforce Kini Dibuka – CKD, Dari RM105K Dengan Rebat RM5,000

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kembali menggegar pasaran SUV kompak tempatan dengan model Mitsubishi Xforce Serba Baharu (2026).

05-02-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.