Stellantis & Mercedes-Benz Bakal Tubuh 3 Kilang Giga, Sedia Kalahkan China
-full_normal.webp)
Stellantis dan Mercedes-Benz telah berjaya mengumpulkan sejumlah €4.4 bilion (~RM22 bilion) untuk menubuhkan tiga kilang kenderaan elektrik (EV) di Kesatuan Eropah (EU) dengan pelaburan keseluruhan fasiliti dijangka mencecah €7 bilion (~RM36 bilion). Perkara tersebut disahkan oleh kedua-dua syarikat gergasi tersebut melalui siaran akhbar yang dikeluarkan baru-baru ini.
Kilang-kilang ini bakal ditubuhkan di Kaiserslautern, Jerman; Termoli, Itali dan satu lagi lokasi yang tidak didedahkan di Perancis, dan dijangka akan membuka peluang pekerjaan kepada kira-kira 6,000 orang.
-full_normal.webp)
Projek ini telah menerima dana pelbagai bank termasuk BNP Paribas, ING, Deutsche Bank dan Intesa Sanpaolo. Selain itu, kerajaan Jerman dan Perancis juga menyumbangkan kira-kira €1.3 bilion (RM6.7 bilion). Sumbangan daripada kerajaan Itali pula masih dalam proses.
Inisiatif ini dilaksanakan pada waktu yang kritikal dalam industri Eropah yang kini bimbang terhadap kemampuan China untuk mendominasi pasaran EV. Ini terbukti apabila syarikat automotif China, BYD, berjaya mengatasi jualan Tesla pada suku keempat tahun lalu.
-full_normal.webp)
China akan menubuhkan kira-kira 160 lagi kilang giga menjelang penghujung dekad ini, berbanding Eropah yang dijangka akan menubuhkan sebanyak 36 buah kilang. Ini secara tidak langsung menimbulkan kerisauan bahawa syarikat-syarikat China akan mendominasi rantaian bekalan bateri EV.
-full.webp)
Selain itu, negara China juga telah menggabungkan syarikat automotif dan pengeluar bateri di bawah satu penubuhan, China All-Solid-State Battery Collaborative Innovation Platform (CASIP) untuk memajukan pengkomersialan bateri keadaan pepejal bagi kenderaan elektrik (EV).
Bagi menangani kesan dominasi China terhadap pasaran EV pada masa akan datang, Automotive Cells Company (ACC) telah ditubuhkan untuk memudahkan usaha syarikat-syarikat Eropah mengeluarkan bateri EV secara domestik. Langkah ini dijangka dapat mengurangkan kos pengeluaran EV dan memastikan bekalan yang stabil.
-full_normal.webp)
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM6421
SELANGOR
BST2457
JOHOR
JD1649J
PULAU PINANG
PSF1146
PERAK
APK9676
PAHANG
CFH5430
KEDAH
KGH7291
NEGERI SEMBILAN
NEL5750
KOTA KINABALU
SJT7035
KUCHING
QAB4551P
Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada
2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!
10-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


