ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

SUV 'Gergasi' GAC Emkoo Dipertontonkan Di Malaysia – Bakal Menyerlah Di Jalan Raya?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz_GAC-EMKOO-3.jpg


Ketika sesi previu eksklusif yang diadakan semalam, WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA) telah mempertontonkan bukan sahaja model yang kini sudah mula dibuka untuk tempahan, GAC GS3 EMZOOM, tetapi juga mempamerkan model lain yang bakal memasuki pasaran negara, iaitu sebuah kenderaan elektrik (EV), GAC AION Y PLUS dan SUV kompak, GAC EMKOO. 


Baca: SUV Elektrik GAC Aion Y Plus Dipertontonkan – Lancar Separuh Pertama 2024


Baca: Tempahan GAC GS3 Emzoom Kini Dibuka! – Harga Marhaen, Bawah RM130K!



GAC EMKOO SEBUAH JENTERA GERGASI?


GAM-EMKOO-3.png


SUV dengan lima tempat duduk ini merupakan sebuah model yang cukup besar, dengan saiz badan yang jauh berbeza berbanding SUV GS3 EMZOOM. EMKOO berukuran 4,680 mm panjang, 1,901 mm lebar dan 1,670 mm tinggi, dengan jarak antara roda 2,750 mm, sekaligus menjadikannya 270 mm lebih panjang, 51 mm lebih lebar, 70 mm lebih tinggi dan memiliki jarak antara roda yang 100 mm lebih panjang berbanding EMZOOM. 


APA YANG MENARIK DARI SEGI REKAAN DENGAN GAC EMKOO?



CariCarz_GAC-EMKOO-2.jpg


Jika dibandingkan antara ketiga-tiga model yang dipamerkan semalam, sudut hadapan GAC EMKOO paling menyerlah, gaya futuristik model ini jelas terpancar daripada rekaan grilnya. SUV ultra-moden ini tampil unik dengan gril berbentuk V tanpa bingkai, direka bersatu dengan badan kereta. Rekaan ini disempurnakan dengan sepasang lampu hadapan jenis LED yang dipanggil sebagai “Eyes of Revelation.” Sudut lain yang turut menyerlah adalah rekaan lampu belakang yang diberikan sentuhan ranggi, tersemat kemas pada sudut SUV yang bersegi.


KABIN YANG MODEN


GAM-EMKOO-4.jpegGAM-EMKOO5.jpeg


Aura moden GAC EMKOO terus diserlahkan di ruang kabinnya. Model ini tampil dengan konsep Digital Interior yang menjanjikan pengalaman pemanduan lancar, sarat dengan bantuan teknologi. 


CIRI MEKANIKAL GAC EMKOO


HEV-EMKOO.jpeg


GAC EMKOO secara umumnya ditawarkan dalam tiga pilihan enjin iaitu enjin petrol berpengecas turbo 1.5 liter dan 2.0 liter serta versi hibrid 2.0 liter. Untuk versi petrol, pasaran negara kita dijangka akan menerima enjin berkapasiti rendah, dengan kuasa 175 hp pada 5,500 rpm dan tork 270 Nm pada 1,400 hingga 4,500 rpm. Kuasa disalurkan kepada roda melalui transmisi DCT tujuh kelajuan. Kadar penggunaan minyaknya dianggarkan pada 6.8 liter/100 km (WLTP). 


GAM-EMKOO-2.png


GAC EMKOO dijadualkan untuk dilancarkan di Malaysia pada masa akan datang dan berkemungkinan besar akan dipasang di dalam negara (CKD) di kilang Tan Chong, Segambut. 

GAM-EMKOO-1.jpeg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR8021

SELANGOR

BSU931

JOHOR

JE8697J

PULAU PINANG

PSF8859

PERAK

APL7550

PAHANG

CFH8514

KEDAH

KGJ2784

NEGERI SEMBILAN

NEM1147

KOTA KINABALU

SJU3172

KUCHING

QAB6415P

Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

03-10-2025
Berita Auto

19-09-2025
Pandu Uji

21-08-2025
Kereta Baru

19-07-2025
Berita Auto

25-06-2025
Berita Auto

01-04-2024
Kereta Baru

01-02-2024
Berita Auto

13-06-2022

Berita Terkini

Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).

22-09-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.

10-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Volvo EX90?

Volvo EX90 Rasmi Dijual RM428k: Rebat RM25k & Wallbox Percuma.

08-09-2026
Kereta Baru

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.

07-09-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.