Toyota GR86 & Subaru BRZ 'Hilang' Dari Pasaran Eropah


Toyota GR86 dan Subaru BRZ telah dihentikan daripada pasaran Eropah.
Penduduk Eropah kini menyaksikan kematian dua buah lagi kereta sport setelah Toyota GR86 dan Subaru BRZ generasi kedua kini telah rasmi dihentikan.
Menjawab emel daripada portal permotoran, Motor1, Toyota dan Subaru telah mengesahkan bahawa BRZ dan GR86 tidak lagi ditawarkan di benua tersebut.
Sebagai respon kepada emel tersebut, Ketua Bahagian Pemasaran dan Komunikasi Subaru, Jurgen Ehlenberger menyatakan bahawa BRZ telah dijadualkan untuk dihentikan jualannya di pasaran Eropah tahun ini.
Sementara itu, Ketua Komunikasi Toyota Gazoo Racing, Patrick Scheelen memaklumkan bahawa Toyota akan mematuhi perancangan asal untuk menjual GR86 di Eropah hanya selama dua tahun, dan tempoh tersebut dijangka berakhir menjelang penghujung tahun ini.
-full.webp)
-full.webp)
Selain GR86 dan BRZ, banyak lagi model lain yang telah dihentikan jualannya di Eropah ekoran peraturan emisi yang semakin ketat dan kemajuan kenderaan elektrik (EV) yang semakin pesat. Disebabkan Peraturan Keselamatan Am 2 (GSR2) baharu, GR86 dan BRZ perlu diperbaharui semula bagi mematuhi peraturan tersebut, bagaimanapun perkara tersebut dilihat mustahil untuk dilakukan Toyota dan Subaru dari sudut perniagaan.
-full.webp)
-full.webp)
Sekiranya Toyota bersetuju untuk merombak semula GR86 demi mematuhi peraturan yang ditetapkan, jenama Jepun itu menyatakan bahawa GR86 akan menjadi sebuah kereta yang berbeza, kerana sebarang usaha pengubahsuaian yang dilakukan pada coupe ini "akan memberi kesan buruk kepada ciri dinamik kereta."

Model lebih lama berbanding kedua-dua kereta sport Toyota dan Subaru ini, Mazda MX-5 Miata ND masih selamat daripada menerima nasib sama.
Walaupun berita ini menyedihkan ramai peminat Toyota dan Subaru di Eropah, mereka masih boleh membeli kereta sport Jepun lain yang tidak kurang menariknya, Mazda MX-5 Miata.
Miata generasi terkini masih ditawarkan di Eropah walaupun roadster berprestasi tinggi itu merupakan model yang paling lama jika dibandingkan dengan GR86 dan BRZ. Diperkenalkan pada tahun 2014, buat masa ini, roadster tersebut masih boleh dibeli oleh penduduk benua Eropah. Lebih-lebih lagi kerana adanya perancangan untuk memperkenalkan banyak model edisi khas pada masa akan datang.
-full.webp)
-full.webp)
Kami berpeluang untuk menguji Toyota GR86 terbaru dalam versi 6MT baru-baru ini!
Di Malaysia, Toyota GR86 dan Subaru BRZ generasi kedua masih dijual, dan kedua-duanya ditawarkan dalam versi transmisi 6AT dan 6MT. Baru-baru ini, CariCarz.com berpeluang untuk menguji kemampuan GR86 6MT, nantikan ulasan terperinci yang akan kami kongsikan tidak lama lagi.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR4847
SELANGOR
BST9750
JOHOR
JE7453J
PULAU PINANG
PSF8114
PERAK
APL6982
PAHANG
CFH8339
KEDAH
KGJ2431
NEGERI SEMBILAN
NEM429
KOTA KINABALU
SJU2714
KUCHING
QAB6237P
Terakhir Kemas Kini 26 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Toyota 86 Tak Cukup Bagus? GR 86 Adalah Penyelesaiannya!
GR 86 telah diperkenalkan kepada orang ramai secara dalam talian semasa acara TOYOTA GAZOO Racing (TGR).
03-05-2021
Berita Terkini
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat