Bilik Pameran Baharu Ini Sudah Dinaik Taraf

Auto Bavaria, rangkaian pengedar bertauliah BMW terbesar di Malaysia, baru sahaja membuka bilik pameran terbaharunya yang terletak di Chan Sow Lin, Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Bilik pameran yang sudah dinaik taraf ini akan mempamerkan kenderaan daripada portfolio BMW Premium Selection (BPS) serta MINI Used Car Next (MUCN).

Pengarah Urusan di BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata, pembaharuan Auto Bavaria itu sebenarnya mencerminkan komitmen BMW Group Malaysia untuk memajukan lagi mobiliti individu premium melalui penambahbaikan berterusan.
“Komitmen ini termasuklah penambahbaikan terhadap perkhidmatan dan kemudahan bilik pameran, serta penambahan infrastruktur pengecas kenderaan elektrik.
“Auto Bavaria ini menceriminkan dedikasi kami untuk menawarkan pengalaman mewah kepada pelanggan dalam perjalanan pemilikan premium mereka, serta mengukuhkan komitmen untuk memberikan Sheer Driving Pleasure,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Bilik pameran yang terletak di atas tanag seluas 35,000 kaki persegi ini menempatkan ruang pameran, ruang perundingan pelanggan dan ruang hospitaliti utama, bar dan ruang rehat BMW di mana pelanggan boleh berehat.
Bilik pameran tersebut juga menampilkan ruang khas untuk alat ganti, aksesori dan gaya hidup sekali gus membolehkan pelanggan melihat kenderaan mereka sementara diselenggara.

Selain itu, barangan BMW & MINI yang ikonik turut dipamerkan di ruang tersebut.
Dengan pasukan yang terdiri daripada enam kakitangan, mereka bersedia membantu para pelanggan yang mengunjungi bilik pameran berkenaan.


Untuk makluman, terdapat juga kemudahan seperti ruang jualan, ruang perkhidmatan perundingan, Kawasan Penerimaan Kereta (RATC) dan Kawasan Serahan Pelbagai Fungsi.
Selaras dengan dedikasi BMW Group Malaysia untuk meningkatkan aksesibiliti terhadap infrastruktur pengecas, Auto Bavaria baharu ini memainkan peranan aktif dalam inisiatif tersebut dengan menyediakan kemudahan pengecas arus ulang alik (AC) dan arus terus (DC) di pusat pengedar ini.
Usaha tersebut menegaskan visi dan komitmen bersama untuk memajukan mobiliti elektrik di Malaysia, dengan lebih 2,020 kemudahan pengecas kini tersedia di seluruh negara yang dikuasakan oleh kerjasama utama dengan pembekal pengecas kenderaan elektrik (EV) tempatan.

Auto Bavaria Chan Sow Lin ini terletak di No. 8, Jalan Dua, Off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.
Ia beroperasi setiap hari antara 8 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Jumaat, dan dari 8 pagi hingga 12.30 tengah hari pada hari Sabtu.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge