ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

BYD Atto 3 Kini Dijual Dengan Diskaun RM20,000! – Cecah 420 KM, Dari RM129K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

BYD-Atto-3-Source-CariCarz-05.jpg


Rancang nak beli BYD Atto 3? Ini masa yang terbaik!


BYD Cars Malaysia telah mengumumkan di media sosial bahawa mereka menawarkan diskaun kaw-kaw untuk SUV EV Atto 3. Firma tersebut kini menawarkan stok model tahun 2023 bagi varian Standard dengan diskaun sebanyak RM20,000.


Dengan diskaun tersebut, harga permulaan untuk Atto 3 varian Standard kini bermula daripada RM129,800. Harga terbaru ini menjadi SUV elektrik BYD kini hanyalah RM4,000 lebih mahal berbanding hatchback elektrik, BYD Dolphin, varian Extended Range. 



Hantaran di Facebook itu bagaimanapun tidak menjelaskan sama ada diskaun sama turut ditawarkan bagi varian Extended Range Atto 3, tetapi CariCarz.com telah menghubungi pihak BYD Cars Malaysia untuk mendapatkan kepastikan. Ini jawapan yang diterima daripada wakil BYD…


Diskaun sebanyak RM20,000 turut ditawarkan untuk Atto 3 Extended Range keluaran 2023MY, ini menjadikan harga terbarunya bermula daripada RM147,800 berbanding RM167,800 yang diumumkan semasa pelancaran. 


BYD-Atto-3-Source-CariCarz-74.jpg


Kedua-dua varian, Standard dan Extended Range boleh dibeli dengan diskaun RM20,000! 


Penawaran diskaun ini jelas menunjukkan ini adalah salah satu usaha YD Cars Malaysia untuk menghabiskan semua stok unit yang berlebihan daripada tahun 2023. 


Untuk makluman, kedua-dua varian Atto 3, Standard dan Extended Range hadir dengan kapasiti bateri dan jarak EV maksimum yang berbeza. Varian asas, Standard, menggunakan bateri berkapasiti  49.92 kWj dengan jarak EV maksimum 345 km (WLTP). Bateri boleh dicas dengan pengecas DC sehingga 70 kW. Sementara itu, Extended Range pula menggunakan bateri 60.48 kWj dengan jarak EV maksimum 420 km (WLTP). Bateri boleh dicas dengan pengecas DC sehingga 80 kW. 


Juga berbeza adalah beberapa ciri dan kelengkapan yang disediakan. Varian lebih tinggi, Extended Range menerima rim aloi 18 inci (rim aloi berukuran 17 inci untuk varian Standard), bukaan but automatik, pencahayaan ambien pelbagai warna, pad pengecas tanpa wayar dan pakej audio 8 speaker. 


BYD-Atto-3-Source-CariCarz-46.jpgBYD-Atto-3-Source-CariCarz-44.jpgBYD-Atto-3-Source-CariCarz-50.jpg


Diskaun ini hanya ditawarkan untuk stok 2023MY, untuk tempoh terhad, selagi stok masih ada. 


Ciri standard yang ditawarkan pada kedua-dua varian pula ialah prestasi iaitu 201 hp (150 kW) dan 310 Nm, pencahayaan LED penuh, tempat duduk hadapan boleh laras automatik, skrin infotainmen sentuh (boleh pusing) bersaiz 12.8 inci, bumbung kaca panoramik dan keupayaan pemanduan separa autonomi Tahap 2. 


BYD-Atto-3-Source-CariCarz-02.jpg



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQL3975

SELANGOR

BSM4035

JOHOR

JYR2768

PULAU PINANG

PRY5229

PERAK

APF1493

PAHANG

CFF2402

KEDAH

KGE2939

NEGERI SEMBILAN

NEJ4864

KOTA KINABALU

SJQ2342

KUCHING

QAB2171N

Terakhir Kemas Kini 09 Feb, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.54

+0.02

RON 97

RM 3.10

+0.02

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

+0.04

EURO 5 B7

RM 3.08

+0.04

Terakhir Kemas Kini 22 Jan, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

26-01-2026
Berita Auto

14-11-2025
Kereta Baru

13-11-2025
Berita Auto

12-11-2025
Kereta Baru
Global
Kereta Baru

26-09-2025
Kereta Baru

Berita Terkini

EV

Stok 2025 Dah Licin! Zeekr 7X Kini Dari RM182,800, Lebih Tinggi, Tapi Masih Berbaloi?

Zeekr Malaysia secara rasmi telah mengumumkan harga terkini bagi model SUV elektrik Zeekr 7X bagi tahun 2026.

09-02-2026
EV

Xpeng GX Didedahkan: SUV EREV 1,000 KM Dengan Cip AI Turing

Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) terkemuka dari China, Xpeng, akhirnya mempamerkan imej rasmi pertama model flagship terbarunya, Xpeng GX.

06-02-2026
EV

Pengimport EV CBU Bakal Galas Tugas Bina Infrastruktur Pengecasan?

MITI sedang membuat pertimbangan untuk mewajibkan syarikat pengimport (CBU) kereta EV membantu membina rangkaian pengecasan

06-02-2026
EV

MITI Makin Tegas, Pasaran Malaysia Bukan 'Tong Sampah' Untuk EV Murah Tanpa Nilai Tambah

Kerajaan Malaysia kini memberi isyarat jelas untuk mengambil tindakan lebih tegas terhadap kemasukan kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU).

05-02-2026
EV

Berapakah Jumlah Tempahan Perodua QV-E? Ini Jawapan Bos Besar Perodua!

Ini dia jumlah tempahan Perodua QV-E setakat ini.

05-02-2026
EV

Lebih 3,000 Proton e.MAS 5 Terjual Setakat Bulan Lalu

PRO-NET, anak syarikat pengeluar kereta nasional PROTON, mengumumkan bahawa sebanyak 3,276 unit Proton e.MAS 5, model EV kedua di bawah jenama Proton e.MAS, telah terjual pada Januari lepas.

03-02-2026
EV

SUV Elektrik Zeekr 7X Terbukti 'Ganas' Tempuhi Cabaran Off-Road Di Sepang Bay 13

Siapa kata SUV elektrik hanya untuk kegunaan ‘manja’ di kawasan bandar atau pusat beli-belah? Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) premium dari China, Zeekr, berjaya memadamkan stigma tersebut melalui model Zeekr 7X.

03-02-2026
EV

Proton e.MAS Mengganas Di Awal 2026! Serah Lebih 100 Unit Sehari

Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) nasional, Proton e.MAS, memulakan kalendar 2026 dengan langkah kanan apabila mencatatkan angka penyerahan kenderaan yang cukup luar biasa bagi bulan Januari.

02-02-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.