Pusat 3S BYD Kini Dibuka Di Melaka
-full.jpg)
Ketiga dari kiri ke kanan: Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn Bhd, Eagle Zhao, Pengurus Besar Bahagian Jualan Automotif BYD Asia Pasifik, Liu Xueliang, Pengarah Urusan BYD Sing Kwung Motors, Ng Sin Yean, Pengarah Urusan, Asia Tenggara, Sime Darby Motors, Jeffrey Gan merasmikan pembukaan Pusat 3S BYD Sing Kwung di Melaka.
BYD Cars Malaysia telah melancarkan pembukaan Pusat 3S baharunya yang terletak di pusat bandar Melaka. Pusat 3S yang dikendalikan oleh BYD Sing Kwung Motors ini menyediakan perkhidmatan jualan dan selepas jualan kepada pelanggan BYD di sekitar.
Pusat 3S ini bertempat di No. 10, Jalan Abadi 1, Kawasan Perindustrian Malim Jaya, 75250, Melaka dan dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang pada harI Isnin-Sabtu dan 10.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Ahad dan cuti umum.
Terletak di lokasi strategik untuk memenuhi permintaan terhadap EV BYD yang semakin meningkat, pembukaan Pusat 3S ini mencerminkan komitmen syarikat untuk menyediakan perkhidmatan dan produk yang terbaik di samping menyumbang kepada pembangunan pengangkutan lestari di Melaka.

Pusat 3S baharu ini mencerminkan komitmen BYD terhadap inovasi.
Pengarah Urusan BYD Sing Kwung Motors, En. Ng Sin Yean, berkata, “Pusat 3S yang baru dibuka akan menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuk rundingan jualan, pandu uji kenderaan, dan perkhidmatan lepas jualan. Pelanggan boleh meneroka model-model terbaharu kenderaan elektrik BYD yang terkenal dari segi kecanggihan teknologi, keunggulan prestasi dan kelebihan ciri-ciri mesra alamnya.”
Para pelanggan bakal menerima layanan profesional daripada pasukan pengedar BYD yang terlatih dan sentiasa bersedia untuk membantu pelanggan.
Buat masa ini, tiga model ditawarkan di pasaran Malaysia iaitu SUV BYD Atto 3, hatchback BYD Dolphin dan sedan BYD Seal.

BYD Atto 3
BYD Atto 3 ditawarkan dalam 2 varian iaitu Standard (RM149,800) dan Extended (RM167,800). Bagi model ini, BYD sedang menawarkan diskaun sebanyak RM20,000 bagi stok model tahun 2023 menjadikan harga jualan varian Standard hanyalah RM129,800 dan Extended hanya RM147,800.

BYD Dolphin
BYD Dolphin juga ditawarkan dalam dua varian, iaitu Dynamic Standard Range dan Premium Extended Range, masing-masing dijual pada harga RM99,900 dan RM124,900.

BYD Seal
Akhir sekali, model yang baru dilancarkan pada bulan Februari lalu, BYD Seal pula ditawarkan dalam dua varian, Premium RWD dan Performance AWD dimana Premium dijual pada harga RM179,800 manakala Performance pada harga RM199, 800.
BYD menyasarkan untuk menyediakan sejumlah 30 rangkaian pengedaran di seluruh negara menjelang penghujung tahun 2024.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh layari byd.simedarbymotors.my atau ikuti mereka di Facebook dan Instagram. Anda juga boleh hubungi talian khidmat pelanggan di 1300-38-1888.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4065
SELANGOR
BSU8520
JOHOR
JG9543J
PULAU PINANG
PSH2428
PERAK
APM7417
PAHANG
CFJ3475
KEDAH
KGJ7239
NEGERI SEMBILAN
NEM5167
KOTA KINABALU
SJV386
KUCHING
QAB9503P
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jualan BYD Melonjak 70%, Ini Strategi BYD Untuk Kekal Kompetitif Di Malaysia
Pengarah Urusan BYD Cars Malaysia, Eagle Zhao, mendedahkan beberapa angka jualan yang memberangsangkan, menunjukkan pertumbuhan pesat jenama ini di Malaysia.
17-11-2025
BYD Shark PHEV Bakal Didedah Hari Ini, Tunggu Pengumuman Rasmi BYD
BYD bawa masuk trak pikap bernama Shark pula ke pasaran tempatan?
13-11-2025
BYD Sealion 6 DM-i Mungkin Tiba Di Malaysia? – BYD Kongsi Teaser Nombor '6'
Pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) tempatan bakal dimeriahkan dengan kehadiran model terbaru tidak lama lagi setelah BYD Cars Malaysia memuat naik video teaser penuh misteri.
04-09-2025
Lagi BYD Seal Versi Terkini, Bakal Dilancar Esok
BYD Cars Malaysia a akan melancarkan model baharu, BYD Seal 2025, pada hari esok.
21-08-2025
BYD Atto 2 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM100,000
BYD Cars Malaysia secara rasmi telah melancarkan BYD Atto 2 untuk pasaran tempatan.
24-07-2025
BYD Atto 2 Dipertontonkan – Apa Yang Boleh Kita Jangkakan?
BYD Cars Malaysia pada 19-20 Julai telah mempertontonkan SUV elektrik kompaknya, BYD Atto 2.
21-07-2025
BYD Cars Malaysia Kongsi Teaser Model Baharu – Sea Lion 07 Bakal Dilancarkan Di Malaysia?
BYD Cars Malaysia hari ini telah mendedahkan imej teaser yang ‘mungkin’ memberi bayangan tentang kedatangan kenderaan elektrik (EV) baharu ke pasaran tempatan tidak lama lagi.
01-11-2024
BYD Atto 3 Kini Dijual Dengan Diskaun RM20,000! – Cecah 420 KM, Dari RM129K
BYD Cars Malaysia telah mengumumkan di media sosial bahawa mereka menawarkan diskaun kaw-kaw untuk SUV EV Atto 3.
08-03-2024
Berita Terkini
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

