BYD Shark PHEV Bakal Didedah Hari Ini, Tunggu Pengumuman Rasmi BYD

Memandangkan penjualannya dibatalkan di Thailand, nampaknya BYD Shark kini sudah tiba di Malaysia memandangkan BYD Cars Malaysia telah menyiarkan imej teaser Shark, baru-baru ini.
Ini bermakna trak pikap Shark ini akan mula dijual di Malaysia? Namun perkara itu masih belum dipastikan setakat ini.

Menerusi imej teaser, model itu hanya disiarkan secara bayangan namun berdasarkan imej berkenaan, sudah jelas terbukti, ia adalah BYD Shark kerana itu satu-satunya trak pikap yang terdapat dalam barisan kenderaan pengeluar itu.

Buat masa ini, Shark hanya ditawarkan dengan pilihan trenkuasa hibrid plug-in (PHEV), yang menampilkan sistem DMO (Dual Mode Off-road) hibrid super milik BYD.

Trak pikap ini disumbat dengan enjin petrol 1.5 liter 4-silinder turbo yang mana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 184 PS dan 260 Nm, selain digandingkan dengan dua motor elektrik untuk memberikan jumlah kuasa 436 PS dan 650 Nm.
Kuasa ini membolehkan trak bersaiz sederhana ini memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam hanya 5.7 saat, dengan kelajuan maksimum 160 km/j.

Tenaga dibekalkan oleh pek bateri LFP ‘Blade’ BYD 29.58 kWh yang mampu memberikan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 100 km, dan jarak keseluruhan 840 km.
Dari segi pengecasan, pek bateri LFP ini menyokong kedua-dua kaedah AC 7 kW dan DC 55 kW, dengan pengecasan pantas DC membolehkan cas 30% hingga 80% disiapkan dalam 25 minit.
Tidak dilupakan, Shark PHEV juga menyokong fungsi vehicle-to-load (V2L) yang boleh membekalkan kuasa sehingga 6 kW untuk menghidupkan peralatan elektrik kecil.

Dari segi dimensi, Shark PHEV berukuran 5,457 mm panjang, 1,917 mm lebar, 1,925 mm tinggi, dan jarak roda 3,260 mm. Ini meletakkannya sebaris dengan trak pikap bersaiz sederhana lain yang dijual di sini seperti Toyota Hilux, Isuzu D-Max, Ford Ranger, Mazda BT-50, dan juga JAC T9 EV.
Apapun, kita tunggu pengumuman rasmi BYD Cars Malaysia, hari ini! BYD Shark pastinya akan menjadi model yang menonjol dalam pasaran trak pikap tempatan, kerana ia berpotensi menjadi trak pikap PHEV pertama dan satu-satunya yang dijual di Malaysia.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4512
SELANGOR
BSV1172
JOHOR
JH4075J
PULAU PINANG
PSH4012
PERAK
APM9475
PAHANG
CFJ4082
KEDAH
KGJ8110
NEGERI SEMBILAN
NEM5843
KOTA KINABALU
SJV1820
KUCHING
QAB198Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tempah Servis BYD Guna OneGo App, Nikmati Diskaun RM50
Pemilik BYD kini boleh tempah untuk servis kereta guna OneGo.
05-11-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?
BYD tak jadi bina kilang CKD di Tanjung Malim tetapi jalin kerjasama dengan rakan kongsi tempatan.
11-09-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Masih Jadi Teka-Teki: BYD Teruskan Atau Tangguh Pelaburan Di Tanjung Malim
Belum Ada Kata Putus, MITI Dedah Status Terkini Pelaburan BYD Di Tanjung Malim.
05-08-2026
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
