ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Ferrari F512M Hilang Di Itali, Jumpa Di Jepun

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Siapa sangka selepas 28 tahun, sebuah kereta  Ferrari F512M yang dicuri, akhirnya dijumpai semula dengan berkat bantuan Ferrari sendiri.

Kereta itu sebenarnya milik bekas pelumba Formula 1 Ferrari, Gerhard Berger. Keretanya yang berharga £350,000 (RM2.1 juta)  hilang di San Marino Grand Prix di Imola, Itali sekitar tahun 1995.

image.png

Menurut laman berita New York Times, selepas satu siasatan dijalankan, Ferrari F512M itu sebenarnya telah dihantar ke Jepun.

Kereta berkenaan berada di negara matahari terbit itu sehinggalah tahun lepas. Ia kemudian dihantar ke London selepas seorang pembeli warga Amerika Syarikat berminat untuk membelinya.

Bagaimanapun, sindiket kereta curi akhirnya berjaya dihidu pihak polis UK.

Jurucakap Polis Metropolitan London berkata, pada Januari tahun ini, pihaknya menerima satu laporan polis daripada pihak Ferrari sendiri.

image.png

Selepas pihak Ferrari menjalankan pemeriksaan ke atas kereta itu, mereka mendapati ia adalah kereta curi.

“Siasatan yang dijalankan mendapat kerjasama dari National Crime Agency selain bantuan dari Ferrari dan syarikat pengedar kereta antarabangsa. Kerjasama semua agensi dan syarikat membuahkan hasil dan berjaya menghalang kereta tersebut dari dibawa ke luar negara.

Bagaimanapun, pihak polis masih belum membuat sebarang penahanan dan masih tidak jelas sama si pelaku masih hidup atau sebaliknya.

Untuk makluman anda, Ferrari F512M ialah versi Testarossa yang cukup berkuasa. Kelajuan maksimumnya ialah 315 km/j dan mampu memecut dari 0-160 km/j hanya dalam 11 saat.

Hanya 500 unit F512M dikeluarkan. 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRL6243

SELANGOR

BSS9275

JOHOR

JC6309J

PULAU PINANG

PSE8147

PERAK

APK7529

PAHANG

CFH4837

KEDAH

KGH6154

NEGERI SEMBILAN

NEL4846

KOTA KINABALU

SJT5934

KUCHING

QAB4206P

Terakhir Kemas Kini 20 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Pandu Uji

08-03-2026
Kereta Baru

29-10-2025
Global

05-02-2025
Gaya Hidup

20-05-2024
Kereta Baru

22-11-2023
Kereta Baru

22-11-2023
Global

30-06-2023
Global

12-06-2023

Berita Terkini

Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026
Global

Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k

Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.

27-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.