Ini Model Yang Akan Dilancarkan Stellantis Malaysia...

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Stellantis Malaysia mendedahkan bahawa syarikatnya telah memulakan operasi sejak 1 Mac lalu.
Stellantis Malaysia National Sales Company (Stellantis Malaysia) telah mengeluarkan kenyataan rasmi semalam bahawa cawangan tempatan syarikat automotif global itu telah memulakan operasi pada hujung minggu yang lalu, sejak 1 Mac 2024.
Syarikat itu kini telah mengambil alih pengurusan jenama Peugeot daripada pengedar sebelumnya, Bermaz Auto Alliance. Melalui kenyataan sama, Stellantis Malaysia mengesahkan semula rancangan yang telah diatur untuk jenama Peugeot.


Stellantis Malaysia mengesahkan kedatangan model fastback segmen C, Peugeot 408, yang pernah kami kesan sedang diuji di jalan raya sebelum ini. Pelancarannya dijadualkan pada suku kedua tahun ini.

Stellantis Malaysia turut mengesahkan rancangan untuk membuat pemasangan CKD trak pikap Landtrek di kilang Gurun.
Firma tersebut merancang untuk memperkenalkan crossover segmen C, Peugeot 408 pada suku kedua tahun ini. Ini diikuti oleh kehadiran trak pikap 4x4, Peugeot Landtrek yang akan dipasang di Malaysia (CKD).
Selain daripada dua model tersebut, Stellantis tidak mendedahkan model Peugeot lain yang akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia, namun imej yang disertakan bersama-sama dengan kenyataan yang diambil semasa sesi bersama pelabur baru-baru ini di kilangnya di Gurun, Kedah, menjadi petunjuk.

Foto yang dikongsikan Stellantis Malaysia bersama kenyataan akhbar semalam menunjukkan beberapa model kenderaan termasuk Peugeot e-3008 (kedua dari kiri), Jeep Wrangler (tengah) dan Alfa Romeo Tonale (pertama dari kanan).


'Penampakan’ e-3008 (kanan) dan ketiadaan e-2008 (kiri) mungkin menandakan terdapat perubahan dalam rancangan pengenalan model EV daripada Stellantis Malaysia.
Selain jenama Peugeot, kenyataan tersebut turut memberi isyarat mengenai kedatangan jenama baharu, antaranya, Citroën C3 Aircross, Jeep Wrangler dan Alfa Romeo Tonale.


Citroën C3 Aircross
Kereta kompak Citroën C3 Aircross bagaimanapun tiada di dalam foto rasmi tersebut. Model tersebut merupakan salah satu model terbaru yang diperkenalkan oleh pengedar terdahulu, Naza Euro Motors, pada tahun 2019. Model itu telah diberikan wajah serba baharu awal tahun lalu.
Sementara itu, model Jeep dan Alfa Romeo pula dapat dilihat di dalam foto tersebut. Pastinya ini berita baik bagi peminat kedua-dua jenama tersebut di pasaran Malaysia.


Jeep Wrangler (kiri) dan Alfa Romeo Tonale (kanan) turut disebut dan muncul di dalam foto. Mungkin ini petanda Stellantis Malaysia akan membawa masuk kembali kedua-dua model ini ke pasaran Malaysia.
Stellantis Malaysia sebelum ini pernah menyatakan niatnya untuk memperkenalkan lebih banyak jenama daripada portfolio mereka di Malaysia. Kenyataan yang dikeluarkan ini menunjukkan kesungguhan syarikat untuk merealisasikan perkara tersebut.
Nantikan perkembangan Stellantis Malaysia yang akan kami kongsikan dari masa ke masa.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ7812
SELANGOR
BST8542
JOHOR
JE5243J
PULAU PINANG
PSF6958
PERAK
APL5901
PAHANG
CFH7852
KEDAH
KGJ1946
NEGERI SEMBILAN
NEL9380
KOTA KINABALU
SJU2063
KUCHING
QAB5922P
Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?
Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.
24-02-2026
Berita Terkini
Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa
Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.
22-09-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu
Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.
18-09-2026
Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu
Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat