Ini Rancangan Honda Malaysia Bagi Tahun 2024 – Jualan 95,000 Unit, Fokus e:HEV

Honda Malaysia menyasarkan untuk menjual sejumlah 95,000 unit pada tahun 2024 dengan tumpuan kepada teknologi hibrid e:HEV.
Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan awal hari ini, Honda Malaysia telah mengumumkan sasaran jualan dan rancangan bagi untuk tahun 2024.
Syarikat automotif Jepun itu menetapkan sasaran untuk mencapai jualan sebanyak 95,000 unit dengan penguasaan pasaran 12.8% bagi pasaran Malaysia tahun ini.
Unjuran optimis tersebut dibuat berdasarkan prestasi cemerlang yang berjaya dicapai Honda Malaysia pada tahun 2023.

Dua model baharu akan dilancarkan tahun ini iaitu, salah satunya ialah Honda City Hatchback facelift.
Selain itu, syarikat juga mengesahkan rancangannya untuk melancarkan sekurang-kurangnya dua model baharu tahun ini. Honda tidak menyebut nama model-model ini secara langsung, tetapi kami dapat mengesahkan bahawa salah satu daripadanya ialah Honda City Hatchback yang diperbaharui.
Honda Malaysia juga mendedahkan rancangannya untuk memberi tumpuan kepada teknologi e:HEV melalui pelbagai produk yang dilengkapi dengan teknologi tersebut seperti CR-V baharu, Civic, HR-V serta City dan City Hatchback facelift yang akan datang.



Bagi tahun 2024, Honda Malaysia akan memberi tumpuan kepada model-model yang dilengkapi dengan teknologi hibrid e:HEV.
Selain itu, Honda Malaysia akan memperkenalkan pelbagai aktiviti perniagaan untuk meningkatkan momentum jualan. Termasuk meningkatkan aktiviti prospek, memperluaskan kempen jualan kolaboratif dan mempromosikan manfaat pelan insurans automotif Honda Insurance Plus (HiP).
Selain itu, syarikat juga akan meneruskan usahanya menekankan aplikasi HondaTouch, yang memudahkan pelanggan untuk mengakses maklumat kenderaan termasuk servis, bantuan kenderaan dan kemas kini di hujung jari.

Honda Malaysia juga merancang untuk mengembangkan rangkaian Kereta Terpakai Disahkan Honda (HCUC).
Selain daripada jualan kereta baharu, Honda Malaysia turut berusaha untuk memenuhi permintaan jualan kereta terpakai tempatan yang semakin meningkat. Untuk itu, rangkaian Kereta Terpakai Disahkan Honda (HCUC) kini diperluaskan ke 32 pusat jualan di seluruh negara. Kewujudan HCUC akan memudahkan pelanggan untuk mendapatkan kereta terpakai Honda yang boleh dipercayai.
Baca: Honda Malaysia Kekal Jenama Kereta Bukan Nasional Nombor 1
Bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang ini, Honda Malaysia akan mengadakan kempen khas bermula 16 Mac hingga 18 Mac ini di 32 pusat jualannya. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan dan rebat bernilai sehingga RM1,000 (T&C) turut ditawarkan!

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
KLIMS 2026: Legenda Kini Kembali! Honda Prelude Serba Baharu Rasmi Di Malaysia, Ada DNA Type R, Harga RM278k
Lupakan Sekejap Civic, Honda Prelude Generasi Ke-6 Dah Tiba Di Malaysia! Apa Yang Best Sangat?
12-06-2026
Honda Malaysia Perkukuh Dominasi Hibrid; Model e:HEV Kini Dilindungi Jaminan 10 Tahun
Bukan Untuk Model Baharu Sahaja, Pemilik Honda Jazz & City Hybrid Lama Turut Dapat Lanjutan Waranti!
04-05-2026
Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?
Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?
16-04-2026
Kereta Honda Laku Keras, Ini Pula Sasaran CEO Honda Malaysia Tahun Ini
Honda Malaysia meletakkan sasaran untuk menjual sebanyak 60,000 unit kereta pada tahun ini.
11-02-2026
Honda Malaysia Bakal Lancar 6 Model Baharu Tahun Ini, Adakah Mungkin Prelude?
Honda Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan sekurang-kurangnya enam model baharu ke pasaran Malaysia pada tahun ini.
11-02-2026
Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900
Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V.
13-11-2025
Honda Malaysia, KTMB Jalin Kerjasama Untuk Sediakan Mobiliti Lestari Pada Persidangan ASEAN Railways Ke-45
Honda Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bertindak sebagai Rakan Rasmi Pengangkutan Kereta bagi Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Kereta Api ASEAN (ARCEOs’) ke-45.
09-09-2025
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
