Keupayaan Pengecasan BMW i5 Kini Lebih Canggih.

BMW Malaysia mengumumkan bahawa versi terkini BMW i5 eDrive40 M yang dijual pada harga RM399,800 menerima beberapa penambaikan.
Antaranya ialah ia kini didatangkan dengan dilengkapi dengan Pengecas Profesional AC (Arus Ulang Alik) sebagai standard.
Ia membawakan peningkatan luar biasa terhadap kecekapan pengecasan kenderaan yang sesuaidengan sedan eksklusif.
Ciri baharu ini membolehkan masa pengecasan dikurangkan dengan ketara, sama ada di rumah atau di stesen pengecas AC awam, dengan keupayaan pengecasan baharu 22 kW.

Penambahbaikan ini memberikan pengalaman pengecasan yang lebih efisien dan mudah, apabila pengecasan dari 0 hingga 100 peratus kini boleh dicapai dalam tempoh kurang dari 4 jam 15 minit.
Sebaliknya, pengecas AC 11kW pula hanya mampu mengecas EV dari 0 hingga 100 peratus dalam tempoh 8 jam 15 minit.
Malah, BMW i5 eDrive40 M Sport akan terus dilengkapi dengan pengecas DC berkuasa tinggi hingga 205 kW, mempercepatkan pengecasan dari 0 hingga 80 peratus dalam tempoh 34 minit sahaja.


Bagi yang berminat, BMW i5 eDrive40 M Sport mampu menghasilkan kuasa setakat sebanyak 250 kW/340 hp, dan ia boleh bergerak sejauh 582 km dengan sekali cas.
Kehebatan prestasi BMW i5 eDrive40 M Sport ini dapat dilihat dari kemampuan tork maksimum iaitu 430Nm dalam mod Sport Boost.
Ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam masa 6 saat manakala ia boleh mencapai kelajuan tertinggi 193km/j.

Mengimbas kembali, BMW i5 eDrive40 M Sport muncul sebagai versi pemasangan tempatan pada November tahun lepas, sekali gus menjadikan model pertama bagi Siri 5 generasi kelapan (G60) yang mendarat di Malaysia.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai BMW i5 eDrive40 M Sport secara terperinci , anda boleh KLIK.

Mengenai harga, ia dijual pada harga RM399,800 namun harganya bertambah kepada RM420,100 jika melanggan Servis Pembaikan Inklusif BMW yang terdiri daripada Waranti Lanjutan 5 Tahun dan Pakej Servis yang berharga RM20,300.
Pemilik BMW i5 eDrive40 M Sport akan menikmati pengalaman Pemilikan Premium BMW Group Malaysia yang lengkap termasuk:
• Waranti Perbatuan Tanpa Had selama 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
• Jaminan Bateri selama 8 Tahun oleh BMW / 160,000 km (mana-mana yang dipenuhi dahulu
• Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan BMW
• Servis Dalam Talian BMW
Untuk keterangan lanjut, KLIK.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR6963
SELANGOR
BSU627
JOHOR
JE8374J
PULAU PINANG
PSF8573
PERAK
APL7384
PAHANG
CFH8463
KEDAH
KGJ2673
NEGERI SEMBILAN
NEM1059
KOTA KINABALU
SJU3046
KUCHING
QAB6372P
Terakhir Kemas Kini 28 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ini Dia Harga BMW 320i Sport 2025 - Serendah RM265,800
Selain model X3 baharu, BMW Group Malaysia turut mengumumkan harga rasmi bagi model BMW 320i Sport 2025 yang telah dikemaskini, baru-baru ini.
25-06-2025
Rugi Siapa Tak Pergi Malaysia Autoshow 2023
BMW Group Malaysia mengalu-alukan pengunjung menyaksikan barisan modelnya yang sedang dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023, MAEPS.
04-05-2023
BMW XM, SUV Plug-In Hybrid Dengan Kuasa Cecah 735 HP! Model Paling Berkuasa BMW?
Pengeluar kereta Jerman, BMW baru sahaja mendedahkan SUV baharu, BMW XM.
29-09-2022
BMW X5 M Versi Facelift Dikesan Sedang Diuji Di Nürburgring
Gambar intipan X5 versi facelift yang sedang diuji di litar Nürburgring, Jerman.
15-08-2022
9 Ciri Kereta Ini Boleh Dilanggan Pengguna BMW Malaysia – Bermula Dari RM40/Bulan!
BMW Malaysia telah memperkenalkan beberapa servis langganan baharu.
15-07-2022
BMW Akan Kekalkan Transmisi Manual, Permintaan Tinggi
BMW M tidak akan menghentikan pengeluaran kereta dengan transmisi manual.
29-06-2022
BMW Buka Kilang RM9.87 Bilion Di China Untuk Percepat Pengeluaran EV
BMW Jerman telah membuka kilang baharu bernilai AS$2.24 bilion (RM 9.87 bilion) di China
24-06-2022
Berita Terkini
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports
Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.
28-09-2026
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat