Konsep Trak Hilux Revo BEV Bakal Masuki Fasa Pengeluaran

Konsep trak pikap, Toyota Hilux Revo BEV yang dipertontonkan semasa pameran ‘Beyond Zero’ bulan lalu oleh UMW Toyota Motor (UMWT) dilaporkan bakal dibawa ke fasa pengeluaran tidak lama lagi.
Presiden Toyota Thailand, Noriaki Yamashita, memberitahu Reuters semasa acara Bangkok International Motor Show 2024 (BIMS 2024) yang sedang berlangsung minggu ini bahawa versi pengeluaran konsep trak pikap Hilux bateri elektrik ini mungkin akan siap menjelang hujung tahun depan (2025).


Toyota menyatakan bahawa mereka akan menghasilkan versi pengeluaran konsep Hilux BEV (kiri) pada tahun 2025. Mungkin sebagai respon kepada pesaing terdekat, Isuzu, yang juga merancang untuk mengeluarkan model D-Max BEV (kanan) dalam tahun yang sama.
Perkara tersebut diumumkan hanya beberapa hari selepas kerajaan Thailand memaklumkan bahawa saingan utama mereka, Isuzu Motors juga merancang untuk mengeluarkan model D-Max BEV pada tahun yang sama.
Yamashita bagaimanapun tidak mendedahkan bilakah cabang automotif Toyota di Thailand akan memulakan penghasilan trak tersebut. Namun, memandangkan Toyota kini memimpin pasaran kenderaan Thailand, rancangan ini dijangka akan dijadikan kenyataan.
Selain itu, Toyota akan menghantar sekurang-kurangnya 12 unit Hilux elektrik ke Pattaya bulan depan untuk ujian pengangkutan awam. Buat masa ini, Hilux elektrik hanya wujud dalam bentuk konsep dan konfigurasi kabin tunggal.





Konsep Hilux Revo BEV ini dibangunkan berdasarkan versi kabin tunggal Hilux generasi semasa, dan ia menggunakan satu enjin e-motor di bahagian belakang dengan bateri yang tidak dinyatakan kapasitinya, tetapi menjanjikan jarak perjalanan EV sekitar “200 km.”
Untuk makluman, Toyota tidak hanya memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi kenderaan elektrik kerana seperti yang dipamerkan semasa acara Beyond Zero bulan lalu, konsep trak pikap ini hanyalah salah satu alternatif yang sedang diusahakan oleh pengeluar kereta Jepun ini dalam usaha penyahkarbon pelbagai laluan.

Selain EV, Toyota turut menghasilkan konsep Hilux yang menggunakan sel bahan api hidrogen (FCEV) yang dipamerkan di Beyond Zero. Baru-baru ini, Toyota juga telah memulakan pengeluaran dan pemasaran versi hidrid ringan (MHEV) untuk Hilux di pasaran Eropah dan Australia.
.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRE8474
SELANGOR
BSR3881
JOHOR
JYB8738
PULAU PINANG
PSD5298
PERAK
APJ5917
PAHANG
CFG9825
KEDAH
KGG8392
NEGERI SEMBILAN
NEK8172
KOTA KINABALU
SJS8412
KUCHING
QAB1460P
Terakhir Kemas Kini 03 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Toyota Camry GT-S Concept Didedahkan – Bakal Muncul Sebagai 'Hero' Di SEMA 2025 AS
Toyota telah mencuri tumpuan di Amerika Syarikat (AS) dengan pendedahan model konsep istimewa, Toyota Camry GT-S Concept.
27-10-2025
Teknologi Hidrogen Toyota Makin Canggih – Jarak Lebih Jauh, Kos Lebih Rendah
Toyota memperkenalkan sistem sel bahan api hidrogen generasi ketiga yang menawarkan peningkatan ketara dari segi jarak perjalanan dan penjimatan kos.
18-02-2025
Lexus Malaysia Kongsi Teaser SUV Elektrik Lexus RZ450e – Pelancaran Tak Lama Lagi?
Lexus Malaysia baru-baru ini memuat naik teaser model baharu di Facebook dan Instagram.
03-07-2024
Baru 2 Bulan, Toyota Dah Jual Lebih 13K Kereta
UMW Toyota Motor (UMWT) mendedahkan bahawa 7,480 unit kereta terjual pada bulan lepas
07-03-2024
Beyond Zero Ke Arah Neutral Karbon
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) memperkenalkan inisiatif Beyond Zero.
20-02-2024
Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900
Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!
08-05-2026
UMW Toyota Tak Gentar Jualan Rendah, Fokus Bina Ekosistem Hibrid Yang Kukuh
UMW Toyota Motor (UMWT) telah mengumumkan pencapaian awal tahun 2026.
09-02-2026
Berita Terkini
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Cas EV Di Kondo Baru RM0.63/kWh! Aplikasi Proton e.MAS Mudahkan Hidup Warga Kota
Lebih 1,500 Titik Pengecasan EV Kini Di 500+ Kondo KL & Selangor, Kadar Serendah RM0.63/kWh.
25-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
