EV Proton Bukan Model Rebadge

Pengeluar kereta nasional, Proton mengesahkan bahawa pihak akan melancarkan kenderaan elektrik pertama mereka selewat-lewatnya tahun depan.
Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah ketika meraikan majlis berbuka puasa bersama media, semalam.
Menurutnya, pototaip EV itu kini berada dalam fasa ujian dan bakal dipasang di China terlebih dahulu kerana ia memerlukan pusat baru.

Ketika ditanya mengenai bayangan rangka badan EV berkenaan yang mungkin ditawarkan dalam bentuk SUV atau kompak, Roslan berkata:
“Rahsia, kita membuat design itu, akan dibiarkan pada saat-saat akhir nanti tetapi kita akan menghasilkan design yang lebih menepati citarasa pengguna-pengguna EV.
"Maknanya dengan harga, kita cuba buat yang terbaik tetapi bateri range bersesuaian dengan keadaan jalan raya di Malaysia. Sebenarnya, perlu ada keseimbangan antara kapasiti bateri dan harga, dimana tumpuan utama diberikan kepada kefungsian dan kepraktisan. Benda itu kena balance.
“Kalau terlampau panjang (jarak gerak EV) mungkin harganya mahal sikit. Kami akan maklumkan semua itu apabila tibanya tarikh pelancarannya nanti,” katanya kepada CariCarz.com ketika ditemui semalam.
Bagaimanapun, Roslan menegaskan bahawa EV pertama mereka itu bukannya model rebadge dari Geely.


Sebaliknya, ia akan menjadi model serba baharu yang dibangunkan bersama dengan syarikat Geely.
Ditanya mengenai pengeluaran EV itu, bagaimanapun, Roslan menyifatkan:
"EV pertama itu akan dikeluarkan di China, memandangkan Proton perlu membina kemudahan khusus sebelum memulakan usaha pemasangan tempatan (CKD).

“Disebabkan kerajaan mahu mempercepatkan pengeluaran model EV ini, dan kerajaan masih menawarkan pengecualian cukai ke atas EV yang diimport sepenuhnya (CBU), jadi kami sememangnya sudah merancang untuk membuat CKD nanti,” tambahnya.
Buat masa ini, pengeluaran EV sudah ditetapkan di China dan beliau mengakui Proton masih menilai harga untuk model EV yang akan datang ini, kerana pembuat kereta itu kini menghadapi saingan sengit daripada jenama EV China yang telah membanjiri pasaran tempatan sejak kebelakangan ini.


Apapun, Proton mempunyai strategi tersendiri untuk berhadapan dengan cabaran berkenaan dan Proton yakin ia tidak menjadi penghalang besar kerana jenama itu lebih dekat dengan rakyat.
Pada Februari 2023, langkah untuk memperkenalkan model EV pertamanya dipercepatkan ke tahun 2025, berbanding jangkaan sebelumnya iaitu pada 2027.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7360
SELANGOR
BSU9305
JOHOR
JH1733J
PULAU PINANG
PSH2985
PERAK
APM7928
PAHANG
CFJ3684
KEDAH
KGJ7458
NEGERI SEMBILAN
NEM5428
KOTA KINABALU
SJV1074
KUCHING
QAB9647P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tahun 2025 Penuh 'Drama': Dari Hambar Kepada Rancak, Bagaimana Pula 2026 Nanti?
Tahun 2025 menyaksikan satu perjalanan yang penuh ‘drama’ bagi sektor automotif negara. Bermula dengan prestasi hambar pada suku ketiga (Q3), pasaran kembali ‘meletup’ apabila syarikat-syarikat automotif mula melancarkan promosi secara agresif bermula Oktober sehingga kini.
29-12-2025
Tiggo 7 Pro Juga Akan Hadir Versi CKD Tapi Lambat Lagi
Chery Malaysia mempertontonkan Chery Tiggo 7 Pro kepada pihak media semalam.
26-03-2024
Harga CBU OMODA E5 Cukup Murah, Patut Laku Keras!
Chery Malaysia mengesahkan bahawa Chery Omoda E5 akan dipasang secara tempatan untuk pasaran tempatan selewat-lewatnya suku kedua tahun ini.
08-03-2024
VinFast Jual Kereta RHD, Adakah VinFast Pun Bakal Masuk M'sia?
VinFast bakal bawa masuk 6 model EV di Indonesia.
18-02-2024
Tiada Rancangan Penstrukturan Semula Cukai Sektor Automotif Malaysia
Kerajaan tidak merancang untuk melakukan penstrukturan semula cukai sedia ada bagi sektor automotif.
27-02-2023
Honda Malaysia: Harga Kereta Bagi Tahun 2023 Kekal Buat Masa Ini
Harga kebanyakan model kenderaan meningkat tahun ini seperti yang dijangkakan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
04-01-2023
Geely Perkenal G-Pilot: ADAS Canggih Dengan Navigasi Pintu-ke-Pintu
Gergasi automotif China, Geely, telah memperkenalkan versi terkini sistem bantuan pemanduan (ADAS) G-Pilot.
05-03-2025
Jenama EV, Zeekr, Lynk & Co Bersatu – Kini Zeekr Group
Jenama kenderaan elektrik (EV) premium dari China, Zeekr, kini secara rasmi bergabung dengan jenama Lynk & Co.
16-02-2025
Berita Terkini
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

