ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Konsep Trak Hilux Revo BEV Bakal Masuki Fasa Pengeluaran

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_CariCarz_TA_Toyota-Hilux-Revo-e-Concept_Beyond-Zero_-2.jpg


Konsep trak pikap, Toyota Hilux Revo BEV yang dipertontonkan semasa pameran ‘Beyond Zero’ bulan lalu oleh UMW Toyota Motor (UMWT) dilaporkan bakal dibawa ke fasa pengeluaran tidak lama lagi. 


Presiden Toyota Thailand, Noriaki Yamashita, memberitahu Reuters semasa acara Bangkok International Motor Show 2024 (BIMS 2024) yang sedang berlangsung minggu ini bahawa versi pengeluaran konsep trak pikap Hilux bateri elektrik ini mungkin akan siap menjelang hujung tahun depan (2025).


web_CariCarz_TA_Toyota-Hilux-Revo-e-Concept_Beyond-Zero_-2.jpg20240319_1_im04.jpg


Toyota menyatakan bahawa mereka akan menghasilkan versi pengeluaran konsep Hilux BEV (kiri) pada tahun 2025.  Mungkin sebagai respon kepada pesaing terdekat, Isuzu, yang juga merancang untuk mengeluarkan model D-Max BEV (kanan) dalam tahun yang sama. 


Perkara tersebut diumumkan hanya beberapa hari selepas kerajaan Thailand memaklumkan bahawa saingan utama mereka, Isuzu Motors juga merancang untuk mengeluarkan model D-Max BEV pada tahun yang sama. 


Yamashita bagaimanapun tidak mendedahkan bilakah cabang automotif Toyota di Thailand akan memulakan penghasilan trak tersebut. Namun, memandangkan Toyota kini memimpin pasaran kenderaan Thailand, rancangan ini dijangka akan  dijadikan kenyataan. 


Selain itu, Toyota akan menghantar sekurang-kurangnya 12 unit Hilux elektrik ke Pattaya bulan depan untuk ujian pengangkutan awam. Buat masa ini, Hilux elektrik hanya wujud dalam bentuk konsep dan konfigurasi kabin tunggal.


web_CariCarz_TA_Toyota-Hilux-Revo-e-Concept_Beyond-Zero_-5.jpgweb_CariCarz_TA_Toyota-Hilux-Revo-e-Concept_Beyond-Zero_-11.jpgweb_CariCarz_TA_Toyota-Hilux-Revo-e-Concept_Beyond-Zero_-10.jpgweb_CariCarz_TA_Toyota-Hilux-Revo-e-Concept_Beyond-Zero_-12.jpgweb_CariCarz_TA_Toyota-Hilux-Revo-e-Concept_Beyond-Zero_-6.jpg


Konsep Hilux Revo BEV ini dibangunkan berdasarkan versi kabin tunggal Hilux generasi semasa, dan ia menggunakan satu enjin e-motor di bahagian belakang dengan bateri yang tidak dinyatakan kapasitinya, tetapi menjanjikan jarak perjalanan EV sekitar “200 km.”


Untuk makluman, Toyota tidak hanya memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi kenderaan elektrik kerana seperti yang dipamerkan semasa acara Beyond Zero bulan lalu, konsep trak pikap ini hanyalah salah satu alternatif yang sedang diusahakan oleh pengeluar kereta Jepun ini dalam usaha penyahkarbon pelbagai laluan. 


image.png


Selain EV, Toyota turut menghasilkan konsep Hilux yang menggunakan sel bahan api hidrogen (FCEV) yang dipamerkan di Beyond Zero. Baru-baru ini, Toyota juga telah memulakan pengeluaran dan pemasaran versi hidrid ringan (MHEV) untuk Hilux di pasaran Eropah dan Australia. 

.

web_CariCarz_TA_Toyota-Hilux-Revo-e-Concept_Beyond-Zero_-1.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN6694

SELANGOR

BST4219

JOHOR

JD5319J

PULAU PINANG

PSF2926

PERAK

APL2162

PAHANG

CFH6117

KEDAH

KGH8429

NEGERI SEMBILAN

NEL6739

KOTA KINABALU

SJT8721

KUCHING

QAB5081P

Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

22-02-2024
Berita Auto

20-02-2024
Berita Auto

10-07-2026
Kereta Baru

Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900

Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!

08-05-2026
Kereta Baru

04-03-2026
Berita Auto

06-02-2026
Kereta Baru

12-01-2026
Kereta Baru

10-01-2026

Berita Terkini

EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026
EV

Berapa EV Terbakar Di Malaysia

Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.

19-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.