"Langsung Tak Sama!" – Khemah Tesla Cybertruck Lebih RM14K Ini Buat Pembeli Bengang
![]()
Tesla Cybertruck dipasarkan sebagai sebuah trak futuristik dengan pelbagai aksesori menarik, salah satunya ialah khemah yang boleh dipasang di bahagian belakang trak.
Bagi yang selalu mengikuti perkembangan Tesla Cybertruck, mungkin anda tahu tentang aksesori tambahan menarik yang pernah digembar-gemburkan terutamanya pemasangan khemah pada badan jentera.
Antara konsep pemasangan khemah pada Tesla Cybertruck yang pernah didedahkan sebelum ini:


Menarik bukan ‘gambaran’ pemasangan khemah yang kelihatan futuristik pada Cybertruck? Malangnya, jurang perbezaan antara gambaran dan realiti sebenar adalah seperti langit dan bumi.
Salah satu aksesori khemah yang ditawarkan di pasaran ialah Basecamp yang dijual pada harga AS$3,000 atau kira-kira RM14,059!

Khemah yang langsung tidak kelihatan kemas atau futuristik. (Foto: Cybertruck Owners Club)
Sebaik pembeli menerima aksesori khemah tersebut, kualiti yang diterima langsung tidak mencerminkan jumlah yang dibayar. Tempahan khemah Basecamp yang mengecewakan itu dibuka untuk tempahan selepas Tesla mempertontonkan Cybertruck versi pengeluaran hujung tahun lalu.
BUKAN SETAKAT ITU…
Selain dijual pada harga yang tidak masuk akal (untuk kualiti yang mengecewakan), Tesla juga meminta pembeli untuk membawa Cybertruck mereka ke Pusat Servis Tesla bagi memasang kelengkapan khas tambahan, rel, pada ruang kargo sebagai tapak bagi khemah yang akan dipasang.
Baca: Tesla Cybertruck Mula Dihantar, Walaupun Banyak Isu?



Salah satu foto yang dikongsikan di forum pemilik Tesla Cybertruck (Foto: Cybertruck Owners Club)
Kemudian, pengguna perlu ‘menggodek’ sendiri skru yang ada untuk memasang khemah. Menurut salah seorang pemilik khemah Cybertruck, “Untuk menanggalkan [skru khemah] sebanyak beberapa kali tidaklah teruk, tetapi pengalaman menanggalkan skru dan kemudian memaksa Aeroflap untuk keluar, satu pengalaman yang langsung tidak premium.”
FUNGSI YANG TIDAK WUJUD
Masalah tidak terhenti di situ, Tesla turut menjanjikan “Tent Mode,” atau mod khemah yang diuar-uarkan sebagai sebagai satu fungsi canggih yang membolehkan penyeimbangan badan kenderaan berlaku secara automatik apabila melalui jalan yang curam.
Baca: Tesla Akan Tawar Cybertruck Untuk Pasaran Malaysia?
Komen penulis: Dengan harga RM14,059, rasanya dah boleh dapat peralatan perkhemahan yang lengkap.
Sumber: Cybertruck Owners Club
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQR1797
SELANGOR
BSN4709
JOHOR
JYT4677
PULAU PINANG
PSA6603
PERAK
APG1384
PAHANG
CFF8501
KEDAH
KGE8361
NEGERI SEMBILAN
NEJ8149
KOTA KINABALU
SJQ8675
KUCHING
QAB4282N
Terakhir Kemas Kini 24 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton
Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.
26-02-2026
Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X
Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.
26-02-2026
Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal
Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?
26-02-2026
Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!
SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.
26-02-2026
Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit
Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.
25-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat