Radar RD6 Boleh Pecut Macam Tesla Cybertruck?

Geely bakal melancarkan trak pikap elektrik Radar RD6 , varian 4WD pada suku kedua tahun ini.
Sebelum ini, model RWD RD6 versi enjin pembakaran dalaman sudah diperkenalkan pada tahun November 2022.
Untuk makluman anda, Radar RD6 merupakan trak pikap yang dihasilkan dari Multiplex Attached Platform (MAP).


MAP ialah platform yang diasaskan daripada platform Sustainable Experience Architecture (SEA) iaitu platform yang sama digunakan oleh rangkaian jenama dan produk Geely (Zeekr, smart dan Lotus Cars).

Ketua Pegawai Eksekutif Radar, Ling Shiquan ada menyatakan bahawa beberapa ciri prestasi jentera itu sebenarnya sama dengan Tesla Cybertruck.


Ini termasuk seperti daya pecutannya yang mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 4 saat selain mampu membawa kadar muatan yang sama dengan Cybertruck.
Bagaimanapun, kadar muatan berat tidak didedahkan secara terperinci.
Selain itu, Ling turut mendakwa bahawa RD6 AWD ini turut berupaya meredah air dengan pada kedalaman sekitar 813 mm, sama seperti Hummer versi EV.

Malangnya, tidak banyak yang didedahkan mengenai RD6 4WD tetapi laman berita, CarNewChina.com meramalkan bahawa ia akan menjejak langkah Zeekr 001.
Menyentuh mengenai Zeekr, ia didapati dalam pelbagai pilihan pek bateri – 63kWj, 86 kWj dan 100 kWj dan mungkin menampung platform maksimum sekitar 140 kWj.
Biarpun, tiada perincian rasmi yang diumumkan setakat ini, namun apa yang pasti ia mungkin menerima motor untuk gandar hadapan dengan hantaran kuasa yang sama seperti mana model-model EV yang dibangunkan Geely.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC6526
SELANGOR
BSQ8454
JOHOR
JYY7485
PULAU PINANG
PSD1321
PERAK
APJ2503
PAHANG
CFG7912
KEDAH
KGG5216
NEGERI SEMBILAN
NEK6635
KOTA KINABALU
SJS4331
KUCHING
QAB119P
Terakhir Kemas Kini 20 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Geely Perkenal G-Pilot: ADAS Canggih Dengan Navigasi Pintu-ke-Pintu
Gergasi automotif China, Geely, telah memperkenalkan versi terkini sistem bantuan pemanduan (ADAS) G-Pilot.
05-03-2025
Jenama EV, Zeekr, Lynk & Co Bersatu – Kini Zeekr Group
Jenama kenderaan elektrik (EV) premium dari China, Zeekr, kini secara rasmi bergabung dengan jenama Lynk & Co.
16-02-2025
Proton Saga MC3 Dikesan Dengan Kamera ADAS, Teknologi Keselamatan Lebih Canggih?
Kelibat terbaru model Proton ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook.
19-01-2025
DRB-HICOM, GEELY, Meterai Kerjasama Untuk Bangunkan AHTV Di Tanjung Malim
DRB-HICOM dan Geely menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) pada pelancaran kenderaan elektrik pertama Proton, e.MAS 7, di ibu negara semalam.
17-12-2024
PROTON e. MAS 7 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM110K
Pengeluar kereta nasional, Proton akhirnya melancarkan secara rasminya kenderaan elektrik pertama Malaysia, Proton e.MAS 7 di ibu negara sebentar tadi.
16-12-2024
Geely: Sekali Guna EV, Pemandu Tidak Akan Kembali Guna Kereta Petrol, Betul Ke?
"Seperti membeli kereta tetapi kembali (menggunakan) kuda, sudah tentu tidak selesa," wakil Geely.
07-11-2024
36 Pengedar e.MAS, Semakin Ramai Minat Jadi Pengedar Selepas Lawatan R&D Geely Di China
Anak syarikat pembuat kereta nasional PROTON, PRO-NET mengumumkan pelantikan sebanyak 36 pengedar Proton e.MAS yang dibuat baru-baru ini.
01-10-2024
Pengedar Proton e.MAS Dibawa Lihat Geome Xingyuan di China – Mungkinkah Ini e.MAS 5?
Jenama kenderaan elektrik (EV) nasional, Proton e.MAS, menganjurkan satu kunjungan rasmi ke China bersama beberapa pengedarnya..
27-09-2024
Berita Terkini
Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda
PRO-NET kembali menyemarakkan siri jelajah Proton e.MAS ke seluruh negara untuk membawa barisan EV tempatan ini terus ke depan mata anda.
19-06-2026
Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499
Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!
15-06-2026
KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh
EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.
15-06-2026
KLIMS 2026: Perodua Cipta Kejutan, Dedah Kereta Konsep EV ‘C2’
:Perodua C2 Gegarkan KLIMS 2026!
11-06-2026
Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia
Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.
10-06-2026
Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall
Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.
10-06-2026
Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?
Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?
04-06-2026
Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja
Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!
04-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
