Maserati GranTurismo 2024 Dilancarkan Di Malaysia – 2 Varian, Dari RM738K

Naza Italia hari ini telah mendedahkan Maserati GranTurismo 2024. Dua varian ditawarkan iaitu GranTurismo Modena dan GranTurismo Trofeo.
Kedua-dua varian menggunakan enjin V6 Nettuno. Modena dikuasakan oleh enjin Turbo Kembar V6 Nettuno 3.0 liter 490 hp (365 kW), manakala varian Trofeo yang menggunakan enjin sama diberikan peningkatan kuasa sehingga 550 hp (410 kW). Akan datang, versi elektrik sepenuhnya bakal ditawarkan dalam varian baharu, GranTurismo Folgero.
MENJANJIKAN PEMANDUAN SPORTY YANG SEBENAR


Model ini merupakan hasil projek inovatif yang dibangunkan secara teliti dengan bahan ringan seperti aluminium dan magnesium serta keluli berkualiti tinggi. Pendekatan ini membantu meningkatkan prestasi jentera ke tahap lebih tinggi, dengan tahap berat yang terbaik dalam kelasnya.
Ini dipadankan dengan penggunaan senibina elektrik, Atlantis High, terbaru yang lebih cekap. Sistem ini juga dilengkapi dengan keselamatan siber tahap 5 yang canggih dan ciri flash-over-the-air.

-full.webp)


Ciri penting yang membantu menjadikan Maserati GranTurismo sebuah kereta sport dengan pengalaman pemanduan terbaik dalam semua keadaan ialah ‘pusat kawalan utama’, Vehicle Domain Control Module (VDCM), membolehkan kawalan 360 darjah kesemua aspek sistem kereta.
Bukan itu sahaja, bunyi 'ngauman' enjin Maserati (termasuk varian elektrik akan datang) telah disempurnakan oleh jurutera di Maserati Innovation Lab.
KECANGGIHAN YANG MENAKJUBKAN


Bergerak masuk ke dalam ruang kabin GranTurismo, pelbagai sistem inovatif dapat dilihat yang termasuk sistem multimedia Maserati Intelligent Assistant (MIA), skrin infotainmen bersaiz 12.3 inci terkini dengan paparan yang direka khas untuk keselesaan dan boleh dikawal melalui sentuhan jari. Ciri lain ialah jam digital serta papar pandu atau HUD yang ditawarkan sebagai pilihan tambahan.


Pengalaman premium di dalam ruang kabin disempurnakan dengan sistem audio Sonus faber. Dua konfigurasi audio ditawarkan iaitu sistem Premium standard dengan 14 speaker dan keliling 2D, memberi output 860 kW; dan pilihan naik taraf kepada sistem audio High Premium 19 speaker dengan output sehingga 1,196 kW.
HARGA

Maserati GranTurismo Modena ditawarkan di pasaran pada harga RM 738,800, manakala Maserati GranTurismo Trofeo pula pada harga RM878,800 , harga yang dinyatakan tidak termasuk duti, cukai dan pilihan tambahan lain. Selain dua varian tersebut, seperti yang dinyatakan di awal artikel, Naza Italia turut merancang untuk membawa masuk varian elektrik sepenuhnya, GranTurismo Folgore yang dijangka akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS6830
SELANGOR
BSU2167
JOHOR
JF2454J
PULAU PINANG
PSG1277
PERAK
APL9041
PAHANG
CFH9183
KEDAH
KGJ3437
NEGERI SEMBILAN
NEM1780
KOTA KINABALU
SJU4217
KUCHING
QAB7048P
Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat