ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Dilancar: Maserati Grecale Folgore, Harga RM588K, Kuasa 557PS, Boleh Gerak Sejauh 500KM

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selain GranTurismo Folgore serba baharu dilancarkan , pengimport dan pengedar jenama Maserati tempatan, Naza Italia  turut memperkenalkan satu lagi model elektriknya,  Maserati Grecale Folgore ke pasaran tempatan.

Untuk makluman anda, Mesarati Grecale Folgore merupakan SUV EV pertama yang ditawarkan oleh jenama trident Itali ini. Seperti GranTurismo Folgore, Grecale Folgore juga menikmati insentif pengecualian cukai kerajaan untuk EV yang diimport sepenuhnya (CBU).

image.png

Oleh itu,  harga permulaan cuma ditetapkan pada RM588,000.

Sebenarnya, model Grecale berenjin pembakaran dalaman (ICE) yang dilancarkan secara tempatan pada tahun lalu dijual pada harga lebih tinggi bermula dari RM634,889. 

Dari segi prestasi pula, varian Folgore ini sekali lagi menawarkan kuasa yang cukup mantap.

image.png

Ini jelas dilihat menerusi penggunaan dua motor elektrik pacuan semua roda (AWD) yang mana ia mampu  menghasilkan kuasa setakat  557 PS dan 820 NM. SUV saingan Porsche Macan ini dikatakan  mampu memecut 0-100 km/j hanya dalam masa 4.1 saat dan mencatatkan kelajuan maksimum pada 220 km/j.

Kedua-dua motor elektrik ini mendapat kuasa daripada pek bateri besar berkapasiti 105 kWh yang memberikan jarak maksimum WLTP  sehingga 500 kilometer (km).

Dari segi pengecasan, sistem seni bina 400-volt membolehkan bateri ini menerima input 22 kW AC dan 150 kW DC, yang mana pengecasan dari 20-80% hanya mengambil masa 29 minit.

image.png

Malah, pengecasan pantas membolehkan 100 km ditambah semula dalam hanya sembilan minit, manakala pengecas AC 22 kW menyokong pengecasan semalaman yang mudah.

Menjengah bahagian dalaman, Grecale Folgore ini sebenarnya hampir sama dengan kembar versi petrol.

Sementara itu, Maserati menegaskan bahawa “setiap perincian direka dengan teliti, menawarkan prestasi dan serba guna.

Dengan ruang bagasi seluas 535 liter, Grecale Folgore membuktikan bahawa praktikaliti dan estetik mampu wujud dalam satu rekaan. Setiap perincian dihasilkan dengan penuh ketelitian, menggabungkan prestasi dengan kepelbagaian.

image.png

Adakah Maserati Grecale Folgore mampu memikat hati anda berbanding Porsche Macan generasi kedua?


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT8215

SELANGOR

BSU3986

JOHOR

JF6629J

PULAU PINANG

PSG4133

PERAK

APM2293

PAHANG

CFJ1053

KEDAH

KGJ4585

NEGERI SEMBILAN

NEM2740

KOTA KINABALU

SJU5414

KUCHING

QAB7512P

Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

08-12-2023
Video

11-04-2023
Kereta Baru

03-03-2023
Global

04-08-2022
Berita Auto
Maserati Grecale 2022 Hampir Sama Dengan Alfa Romeo Stelvio? Ini Sebabnya...

Maserati Grecale 2022 Hampir Sama Dengan Alfa Romeo Stelvio? Ini Sebabnya...

Prototaip Maserati Grecale 2022 telah didedahkan dalam satu sesi uji pandu oleh Ketua Pegawai Eksekutif Stellantis, Carlos Tavares.

05-07-2021
Kereta Baru

20-06-2025
EV

26-04-2023
Kereta Baru

20-06-2025

Berita Terkini

Kereta Baru
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Kereta Baru
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.