ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

MINI Countryman JCW Trim Cuma Ada 168 Unit Di M'sia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

MINI, jenama automotif premium kompak yang tercanggih di Malaysia hanya menawarkan 168 unit MINI Countryman JCW Trim, untuk pasaran tempatan.

Model Countryman generasi kedua ini (R60), hadir dengan kit aerodinamik John Cooper Works (JCW) serta ada apron hadapan dengan saluran udara selain bampar belakang dengan peresap.

Jentera ini juga hadir dengan kemasan ambang pintu MINI JCW, spoiler belakang yang sporty dan rim JCW Circuit Spoke Wheels bersaiz 19-inci dengan tayar-gerak kempis.

Bagi yang berminat, MINI Countryman JCW Trim ditawarkan dalam empat warna yang cukup memukau: British Racing Green, Chilli Red, Nanuq White dan Sage Green.

image.pngimage.png

Menjengah bahagian kabinnya pula, MINI Countryman JCW Trim diserlahkan dengan

pelindung matahari antrasit, lampu kubah, serta tiang antrasit yang merentangi bahagian hadapan hingga belakang kenderaan. 

Kedua-dua pemegang di siling bahagian belakang dan hadapan juga dilihat menambah lagi daya tarikannya yang sporty.

Selain bahagian luaran dan dalaman, jentera ini dikatakan masih mengekalkan enjin berkuasa MINI TwinPower Turbo 2 liter yang menghasilkan kuasa setakat 192 hp dan tork 280 Nm.

image.png

Ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 7.5 saat manakala kelajuan tertinggi ialah 226 km/j.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan Transmisi Automatik Sports Dwi Klac 7-Kelajuan, dimana kenderaan ini boleh mencapai penukaran gear yang sangat pantas.

MINI Countryman JCW Trim dijual pada harga RM253,833 manakala MINI Countryman pula berharga RM 250,388.

Bagaimanapun, kedua-dua harga ini tidak termasuk Pakej Waranti Lanjutan & Perkhidmatan MINI dimana anda perlu menambah kos tambahan sebanyak  RM10,400.

image.png

Untuk makluman andam MINI Countryman JCW Trim turut dilindungi oleh program Roadside Assistance selama lima tahun.

Ia sebenarnya tersedia untuk semua kenderaan MINI baharu dengan senarai perkhidmatan

yang komprehensif termasuk bantuan kemalangan 24 jam, 365 hari setahun dan bantuan melalui telefon serta talian kecemasan, servis tunda percuma dan apabila diperlukan (hingga 200 km dari kediaman), kenderaan ganti, mobiliti lancar, penginapan, penyelesaian servis mobiliti serta servis repatriasi.

image.png

Lebih menarik, dengan Straight Line Financing oleh BMW Group Financial Services Malaysia, pemilikan MINI Countryman JCW Trim menjadi lebih menarik dengan tawaran kadar faedah istimewa 0 peratus.

Bagaimanapun, ia  tersedia untuk masa terhad

Untuk keterangan lanjut, KLIK.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU3970

SELANGOR

BSU4696

JOHOR

JF9061J

PULAU PINANG

PSG5048

PERAK

APM3295

PAHANG

CFJ1491

KEDAH

KGJ4933

NEGERI SEMBILAN

NEM3173

KOTA KINABALU

SJU5950

KUCHING

QAB7659P

Terakhir Kemas Kini 17 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

16-01-2025
Global

06-02-2024
Berita Auto

19-01-2024
Global

17-04-2023
EV

06-04-2023
EV

10-02-2023
Berita Auto

10-01-2023

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.