Mitsubishi Pajero Sport Facelift 2025 Kini Ditawarkan Di Thailand – Sentuhan Baharu Luar & Dalam

Mitsubishi Pajero Sport facelift 2025 diperkenalkan di Thailand sebagai sebuah SUV 4x4 yang sporty.
Kali terakhir Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) memperkenalkan Pajero Sport untuk pasaran tempatan adalah pada tahun 2016 lalu dalam versi facelift generasi kedua. Berbeza dengan negara jiran kita, Thailand, SUV ini kekal ‘hidup’ dan telah menerima Pajero Sport generasi ketiga versi facelift.

Pajero Sport facelift diberikan perubahan kosmetik kecil.
Pajero Sport facelift menerima beberapa sentuhan baharu dari segi rekaan luaran termasuk bentuk gril depan baharu, dan kemasan bampar bawah (depan) baharu. Sudut lain seperti lampu hadapan dan lampu kabus yang digunakan kekal sama.

Bergerak ke bahagian belakang, bampar di sini diberikan reka bentuk baharu dengan kemasan hitam (warna sama digunakan pada perumah cermin sisi dan pemegang pintu).
SUV 4X4 facelift ini turut diberikan rim aloi baharu dalam kemasan hitam berkilat untuk varian tertinggi, Elite Edition.



Pajero Sport facelift hadir dengan beberapa elemen baharu di ruang kabin.
Ruang kabin Pajero Sport turut diberikan perubahan kecil, kali ini menampilkan stereng lebih moden dengan tiga jejari dan bukannya versi ‘kuno’ dengan empat jejari. Selain itu, tempat duduknya menggunakan upholsteri kulit dengan jahitan quilt, skrin 12.1 inci untuk penumpang belakang serta kluster instrumen digital 8 inci dengan grafik lebih baik.

Pajero Sport facelift dikuasakan oleh enjin turbodiesel 4N16 baharu yang diambil daripada Triton generasi seterusnya.
Dari segi enjin, Pajero Sport facelift mendapat enjin terkini iaitu enjin turbodiesel 2.4 liter 4 silinder 4N16 yang diambil daripada trak pikap Triton baharu, menghasilkan 181 hp (135 kW) dan 430 Nm.

Pajero Sport facelift 2025 kini dibuka untuk tempahan di pasaran Thailand. SUV 4x4 tersebut dijangka akan tiba di pasaran pemanduan kanan (RHD) lain seperti Australia dan Indonesia.
Facelift yang diberikan kali ini merupakan yang kedua bagi Pajero Sport generasi ketiga. Pertama kali ia diberikan sentuhan baharu adalah pada tahun 2019, empat tahun selepas pelancaran globalnya pada tahun 2015.
-full_normal.webp)
-full_normal.webp)
Pajero Sport generasi kedua facelift merupakan versi terakhir yang ditawarkan di pasaran Malaysia.
Di Malaysia, MMM masih belum mendedahkan sebarang perancangan untuk memperkenalkan Pajero Sport generasi ketiga ini. Sebelum ini, SUV bersaiz sederhana ini banyak digunakan oleh pegawai kerajaan dan penduduk di Malaysia Timur. Secara umumnya, permintaan terhadap SUV saiz sederhana 4X4 di pasaran Malaysia agak kurang. Ini terbukti daripada pemberhentian model ini dan juga Isuzu MU-X sejak beberapa tahun lalu. Bagaimanapun, model premium lain seperti Ford Everest dan Toyota Fortuner kekal ditawarkan di pasaran Malaysia.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM3852
SELANGOR
BST1750
JOHOR
JC9584J
PULAU PINANG
PSE9781
PERAK
APK8973
PAHANG
CFH5273
KEDAH
KGH6908
NEGERI SEMBILAN
NEL5471
KOTA KINABALU
SJT6583
KUCHING
QAB4430P
Terakhir Kemas Kini 24 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k
Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.
27-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat