Nissan Kicks, Pesaing Baharu Untuk Honda HR-V?

Nissan telah mengemas kini SUV segmen B miliknya pada minggu lepas memandangkan pengeluar kereta Jepun itu baru sahaja melancarkan Nissan Kicks generasi kedua di Amerika Syarikat (AS).
Untuk generasi seterusnya, Nissan Kicks B dilihat lebih mantap berbanding pendahulunya, kerana ia menampilkan persediaan rangkaian kuasa yang lebih berkuasa.


Bagi pasaran AS, Kicks baharu ini dikuasakan dengan enjin 2.0 liter dimana ia boleh menghasilkan kuasa setakat 139 hp dan tork 190 Nm.
Enjinnya dipadankan dengan kotak gear Xtronic CVT dan pelanggan boleh memesan pacuan depan (FWD) atau empat roda (4WD).
Buat julung kalinya ditawarkan kepada Kicks, ialah sistem AWD pilihan dilengkapi dengan beberapa mod pemanduan, termasuk mod ketika bergerak dalam keadaan bersalji.
Jarak kelegaan tanahnya juga agak tinggi iaitu 213 mm. Maka, ini membolehkan SUV berkenaan boleh melakukan aktiviti 0ff-road.

Menjengah bahagian reka bentuk luarannya , ia mempamerkan reka bentuk yang cukup kemas dan elegan.
Gril yang berlapis-lapis serta lampu depan yang nipis sebenarnya membuatkan ia tampak garang dan agresif.
Kicks didatangkan dengan lampu LED mendatar yang disepadukan dengan dengan gril hadapan berwarna hitam.
Biarpun secara keseluruhan reka bentuknya agak berkotak namun SUV Coupe ini agak sporty reka bentuk bumbungnya yang jenis terapung.
Di bahagian belakang, B-SUV ini didatangkan dengan lampu belakang LED tajam yang sebenarnya sesuai dengan trim hitam pada pintu belakang.
Melihat kepada saiznya, ia mempunyai ukuran panjang 4,366 mm, selebar 1,801 mm dan setinggi 1,631 mm manakala jarak roda pula sekitar 2,664 mm.

Ini meletakkanya ia standing dengan saingan segmen B yang lebih baharu iaitu Honda HR -V.
Bercakap mengenai kabinnya, Nissan Kicks ini Bercakap tentang kabin, Nissan Kicks baharu didatangkan dengan reka letak papan pemuka hadapan yang agak tipikal.



Ia menampilkan kokpit digital dwi-paparan dengan skrin bersaiz sehingga 12.3 inci selain terdapat sokongan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.

Selain adanya port USB-C dan pad pengecasan tanpa wayar, Kicks baharu juga dilengkapi dengan butang kawalan iklimnya, yang kami rasa tidak sesuai untuk kebanyakan pengguna.
Ciri lain yang ditawarkan ialah bumbung panoramik, sistem ProPilot Assist Nissan, serta sistem audio premium Bose 10 pembesar suara dengan pembesar suara khusus yang dibina pada tempat duduk hadapan.
Apapun Nissan Kicks 2025 generasi kedua ini akan membuat pelancaran terbesarnya sempena 2024 New York International Auto Show di AS dan Kanada nanti.

Buat masa ini, Nissan AS masih belum mendedahkan harga SUV segmen – B ini namun kami mengandaikan ia mungkin lebih mahal berbanding pendahulunya iaitu bermula dari harga AS$20,790 (RM98,248).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW8046
SELANGOR
BSP7511
JOHOR
JYW2216
PULAU PINANG
PSC549
PERAK
APH2764
PAHANG
CFG4285
KEDAH
KGF7320
NEGERI SEMBILAN
NEK3378
KOTA KINABALU
SJR7566
KUCHING
QAB7233N
Terakhir Kemas Kini 10 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia
Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.
20-04-2026
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat