ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Pesaing Honda Civic Dah Sampai.

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pembuat kereta Korea, Kia mendedahkan pesaing Honda Civic,  Kia K4 2025 baru-baru ini. Malah ia adalah pengganti kepada model terawal Kia, Forte dan Cerato namun malangnya ia tidak akan dibawa ke pasaran kita.

Melihat reka bentuk K4, para pereka merujuknya sebagai Twist Logic untuk bentuk yang unik.

Jika melihat luarannya, wajahnya sebenarnya kelihatan sama seperti EV9 kerana menampilkan lampu hadapan LED berbentuk T selain ada liang udara di sekitar bampar depan.

Nyata, reka bentuk 'Twist Logic' kelihatan jelas di bahagian sisi, di mana saloon kompak ini dilengkapi dengan spatbor depan manakala pemegang pintu belakang pula disembunyikan seolah-olah tiada pemegang pintu.

Menjengah bahagian belakangnya pula, ia meneruskan gaya yang dilihat pada K5 terbaru dengan lampu menegak jenis T. 

image.png

Sementara itu, bampar belakang didatangkan dengan aksen sporty seperti peresap yang menambahkan lagi ciri sports.

image.png

Dari segi kabinnya, K4 baharu mendapat reka bentuk kabin yang cukup minimalis, menampilkan pelbagai kemudahan teknologi moden dan menawarkan keselesaan.

Warna panel pintu pemandu dan penumpang sisi juga agak berbeza.

Di bahagian papan pemukanya, selain menempatkan meter kluster dan paparan infotainmen, terdapat juga paparan kawalan iklim yang khusus.

image.pngimage.png

Antara peralatan lain termasuk penukar gear jenis T serta terdapat beberapa pilihan warna kabin, termasuk rona Hijau Slate yang unik ini.

Malangnya, Kia masih belum mendedahka sebarang butiran mengenai treknkuasa jentera ini.

Apapun, model sedan kompak terbaharu Kia bersedia untuk membuat penampilan pertamanya pada pameran  2024 New York International Auto Show. 


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR5408

SELANGOR

BST9876

JOHOR

JE7634J

PULAU PINANG

PSF8270

PERAK

APL7152

PAHANG

CFH8367

KEDAH

KGJ2490

NEGERI SEMBILAN

NEM670

KOTA KINABALU

SJU2779

KUCHING

QAB6255P

Terakhir Kemas Kini 26 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

08-01-2026
Global

12-12-2025
Berita Auto

11-12-2025
Berita Auto

28-11-2025
Global

17-09-2025
EV

13-02-2025
Global

20-12-2024
Kereta Baru

20-11-2024

Berita Terkini

Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026
Global

Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc

Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.

10-09-2026
Global

Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?

Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.

09-09-2026
Global

Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL

Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.

09-09-2026
Global

BYD Bakal Umum Pelan Kilang EV Di Malaysia

BYD Malaysia: Keputusan Besar Dalam 7 Hari

07-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.