ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pusat 3S BYD Kini Dibuka Di Melaka

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Photo-1-(1).jpg


Ketiga dari kiri ke kanan: Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn Bhd, Eagle Zhao, Pengurus Besar Bahagian Jualan Automotif BYD Asia Pasifik, Liu Xueliang, Pengarah Urusan BYD Sing Kwung Motors, Ng Sin Yean,  Pengarah Urusan, Asia Tenggara, Sime Darby Motors, Jeffrey Gan merasmikan pembukaan Pusat 3S BYD Sing Kwung di Melaka.


BYD Cars Malaysia telah melancarkan pembukaan Pusat 3S baharunya yang terletak di pusat bandar Melaka. Pusat 3S yang dikendalikan oleh BYD Sing Kwung Motors ini menyediakan perkhidmatan jualan dan selepas jualan kepada pelanggan BYD di sekitar.


Pusat 3S ini bertempat di No. 10, Jalan Abadi 1, Kawasan Perindustrian Malim Jaya, 75250, Melaka dan dibuka  dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang pada harI Isnin-Sabtu dan 10.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Ahad dan cuti umum. 


Terletak di lokasi strategik untuk memenuhi permintaan terhadap EV BYD yang semakin meningkat, pembukaan Pusat 3S ini mencerminkan komitmen syarikat untuk menyediakan perkhidmatan dan produk yang terbaik di samping menyumbang kepada pembangunan pengangkutan lestari di Melaka. 


Photo-2.jpg


Pusat 3S baharu ini mencerminkan komitmen BYD terhadap inovasi.


Pengarah Urusan BYD Sing Kwung Motors, En. Ng Sin Yean, berkata, “Pusat 3S yang baru dibuka akan menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuk rundingan jualan, pandu uji kenderaan, dan perkhidmatan lepas jualan. Pelanggan boleh meneroka model-model terbaharu kenderaan elektrik BYD yang terkenal dari segi kecanggihan teknologi, keunggulan prestasi dan kelebihan ciri-ciri mesra alamnya.”


Para pelanggan bakal menerima layanan profesional daripada pasukan pengedar BYD yang terlatih dan sentiasa bersedia untuk membantu pelanggan.


Buat masa ini, tiga model ditawarkan di pasaran Malaysia iaitu SUV BYD Atto 3, hatchback BYD Dolphin dan sedan BYD Seal. 


BYD-Atto-3-Source-CariCarz-02.jpg


BYD Atto 3


BYD Atto 3 ditawarkan dalam 2 varian iaitu Standard (RM149,800) dan Extended (RM167,800). Bagi model ini, BYD sedang menawarkan diskaun sebanyak RM20,000 bagi stok model tahun 2023 menjadikan harga jualan varian Standard hanyalah RM129,800 dan Extended hanya RM147,800. 


image.png


BYD Dolphin


BYD Dolphin juga ditawarkan dalam dua varian, iaitu Dynamic Standard Range dan Premium Extended Range, masing-masing dijual pada harga RM99,900 dan RM124,900.


image.png


BYD Seal


Akhir sekali, model yang baru dilancarkan pada bulan Februari lalu, BYD Seal pula ditawarkan dalam dua varian, Premium RWD dan Performance AWD dimana Premium dijual pada harga RM179,800 manakala Performance pada harga RM199, 800.


BYD menyasarkan untuk menyediakan sejumlah 30 rangkaian pengedaran di seluruh negara menjelang penghujung tahun 2024. 


Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh layari byd.simedarbymotors.my atau ikuti mereka di Facebook dan Instagram. Anda juga boleh hubungi talian khidmat pelanggan di 1300-38-1888.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRG3376

SELANGOR

BSR6302

JOHOR

JA3634J

PULAU PINANG

PSD8219

PERAK

APJ8703

PAHANG

CFH1749

KEDAH

KGH1266

NEGERI SEMBILAN

NEK9358

KOTA KINABALU

SJT1146

KUCHING

QAB2079P

Terakhir Kemas Kini 17 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Jualan BYD Melonjak 70%, Ini Strategi BYD Untuk Kekal Kompetitif Di Malaysia

Pengarah Urusan BYD Cars Malaysia, Eagle Zhao, mendedahkan beberapa angka jualan yang memberangsangkan, menunjukkan pertumbuhan pesat jenama ini di Malaysia.

17-11-2025
Berita Auto

BYD Shark PHEV Bakal Didedah Hari Ini, Tunggu Pengumuman Rasmi BYD

BYD bawa masuk trak pikap bernama Shark pula ke pasaran tempatan?

13-11-2025
Kereta Baru

BYD Sealion 6 DM-i Mungkin Tiba Di Malaysia? – BYD Kongsi Teaser Nombor '6'

Pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) tempatan bakal dimeriahkan dengan kehadiran model terbaru tidak lama lagi setelah BYD Cars Malaysia memuat naik video teaser penuh misteri.

04-09-2025
Kereta Baru

Lagi BYD Seal Versi Terkini, Bakal Dilancar Esok

BYD Cars Malaysia a akan melancarkan model baharu, BYD Seal 2025, pada hari esok.

21-08-2025
Kereta Baru

BYD Atto 2 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM100,000

BYD Cars Malaysia secara rasmi telah melancarkan BYD Atto 2 untuk pasaran tempatan.

24-07-2025
EV

BYD Atto 2 Dipertontonkan – Apa Yang Boleh Kita Jangkakan?

BYD Cars Malaysia pada 19-20 Julai telah mempertontonkan SUV elektrik kompaknya, BYD Atto 2.

21-07-2025
EV

BYD Cars Malaysia Kongsi Teaser Model Baharu – Sea Lion 07 Bakal Dilancarkan Di Malaysia?

BYD Cars Malaysia hari ini telah mendedahkan imej teaser yang ‘mungkin’ memberi bayangan tentang kedatangan kenderaan elektrik (EV) baharu ke pasaran tempatan tidak lama lagi.

01-11-2024
EV

BYD Atto 3 Kini Dijual Dengan Diskaun RM20,000! – Cecah 420 KM, Dari RM129K

BYD Cars Malaysia telah mengumumkan di media sosial bahawa mereka menawarkan diskaun kaw-kaw untuk SUV EV Atto 3.

08-03-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.