SUV MG ZS EV Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM125K, Capai 174 HP, 230 KM!

Sebentar tadi, MG Motor Malaysia telah melancarkan secara rasmi SUV MG ZS EV dalam versi facelift yang ditawarkan dalam satu varian. Model ini dijual pada harga bermula dari RM125,999.
CIRI MEKANIKAL MG ZS EV
MG ZS EV menggunakan bateri berkapasiti 51.1 kWj. Kuasa disalurkan kepada motor elektrik tunggal yang dipasang di bahagian hadapan bagi menggerakkan roda depan (FWD) dengan output 174 hp (130 kW) dan 280 Nm. Susunan sistem ini memberikannya kemampuan untuk membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa 8 saat.


Bateri boleh dicas daripada 0-100% menggunakan input AC 7 kW dalam masa 8 jam, sementara dengan pengecas DC sehingga 50 kW pula boleh dicas daripada 10-80% dalam masa 54 minit. Dengan cas penuh, MG ZS EV boleh bergerak sejauh 320 KM (WLTP).
REKAAN MG ZS EV



Dari segi dimensi, MG ZS EV, tidak jauh berbeza daripada Perodua Ativa. Model ini berukuran 4,323 mm (panjang), 1,809 mm (lebar) dan 1,625 mm (tinggi) dengan jarak antara roda 2,581 mm.






MG ZS EV diberikan lampu depan ‘Silverstone’ yang menggunakan 21 unit LED, manakala bahagian belakang pula lampu LED ‘Phantom.’ Gril depannya direka ‘tertutup’ dan di sini jugalah port pengecas ditempatkan. Dari sudut tepi, dapat dilihat penggunaan rim aloi dua tona.
KABIN MG ZS EV
Di dalamnya, model ini menggunakan paparan instrumen digital bersaiz 7 inci, skrin infotainmen 8 inci, kawalan pendingin hawa automatik, pendingin udara untuk tempat duduk belakang, pad pengecas tanpa wayar, serta bumbung suria.




Ruang butnya berkapasiti 448 liter dan boleh diperluaskan lagi sehingga 1,187 liter selepas tempat duduk belakang dilipat.
CIRI KESELAMATAN MG ZS EV

Dari segi keselamatan, MG ZS EV hadir dengan pakej ADAS yang hampir sama seperti yang terdapat pada MG4 EV melalui pakej keselamatan MG Pilot. Ini merangkumi fungsi seperti amaran dan pencegah pelanggaran hadapan (FCW & AEB), amaran keluar lorong & bantuan kekal lorong (LDW & LKA), pemantau titik buta (BSD), kawalan jelajah adaptif (ACC), bantuan tukar lorong (LCA), bantuan kesesakan trafik (TJA) dan amaran lintasan trafik belakang (RCTA).
HARGA, WARANTI & PROMOSI YANG DITAWARKAN



MG ZS EV ditawarkan di pasaran tempatan pada harga bermula dari RM125,999. Harga tersebut termasuk waranti kenderaan MG yang standard selama 7 tahun atau 150,000 km dan waranti bateri EV yang berasingan selama 8 tahun atau sehingga 180,000 km. Selain itu, pembeli juga boleh membuat penukaran kepada bateri baharu 1-to-1 sekiranya tahap kesihatan bateri rendah daripada 70% dalam tempoh waranti.
Tempahan yang dibuat sebelum 30 April 2024, akan menerima secara PERCUMA pengecas WallBox 7kW bernilai RM4,600.

Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4065
SELANGOR
BSU8520
JOHOR
JG9543J
PULAU PINANG
PSH2428
PERAK
APM7417
PAHANG
CFJ3475
KEDAH
KGJ7239
NEGERI SEMBILAN
NEM5167
KOTA KINABALU
SJV386
KUCHING
QAB9503P
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
G-Mart Group Sudah Siap Sedia Rancakkan Jualan EV
Kumpulan Syarikat G-Mart bersedia untuk ledakan jualan EV yang ramai diramalkan akan bermula tidak lama lagi.
29-10-2022
Berita Terkini
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000
GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.
03-11-2026
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge