ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Volkswagen Bakal Buat Kejutan, Ada RANCANGAN Besar!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mempunyai rancangan yang cukup besar untuk tahun memandangkan ia sudah bersedia untuk mengembangkan lagi barisan produknya di Malaysia.

Bercakap semasa acara pelancaran Touareg R-Line versi CKD semalam, Pengarah Urusan VPCM, Denyu Bostandzhiev ada membentangkan mengenai hala tuju syarikat selain memberi bayangan  bahawa Golf Mk8.5 akan dilancarkan ke pasaran kita dalam tempoh terdekat ini.

Bostandzhiev mengakui bahawa pihaknya ada merancang sesuatu yang cukup besar sempena  ulang tahun VW Golf yang ke-50.

image.pngimage.png

Untuk makluman, model generasi pertama Golf sebenarnya sudah diperkenalkan sejak 1974.

Walaupun beliau tidak menyebut perkara ini secara terang-terangan namun ada desas-desus yang mengatakan bahawa Golf Mk8.5 akan masuk ke pasaran tempatan sempena sambutan ulang tahun itu.

Melihat luarannya, Golf Mk8.5 yang sudah dikemaskini didatangkan dengan lampu hadapan yang lebih tipis dengan IQ proprietari VW. 

Sementara itu, lampu LED matriks pula hanya ditawarkan sebagai pilihan.

Malah, lampu belakangnya juga mendapat rekaan pencahayaan baru dan mempunyai kesan 3D apabila mengambil pilihan IQ.Light

.image.png

Melihat wajahnya, ia kelihatan agak agresif dimana ia menampilkan reka bentuk bampar hadapan "bertaring" dengan lima lampu kabus heksagon serta dipadankan dengan roda aloi dua tona baharu manakala rim jejarinya pula  diinspirasikan daripada roda asal GTI Mk5.

Bahagian kabinnya pula dikatakan membawa pelbagai  perubahan kerana kabinnya sudah ditambah baik selepas pihak syarikat mengambil maklum balas daripada media dan para pelanggannya.

image.pngimage.png

Ia kini menawarkan sistem infotainmen modular generasi keempat (MIB4) Volkswagen yang antaranya menawarkan skrin Discover 12.9 inci, bersama fungsi kawalan suara IDA yang disepadukan dengan ChatGPT.

Mengenai prestasi pula, Golf GTI Mk8.5 masih menggunakan enjin 2.0 liter turbo dimana ia menghasilkan kuasa setakat 262 hp.

Malangnya, hot hatch ini Cuma didatangkan dengan kotak gear klac berkembar DSG tujuh kelajuan kerana kotak gear manual sudah tidak lagi ditawarkan sebagai pilihan.

image.png

Di dalam kita,  VPCM kini menawarkan Golf Mk8 pra-facelifted versi pemasangan tempatan (CKD).

Model tersebut sebenarnya sudah diperkenalkan dua tahun lalu jadi kami berasa sudah tiba masanya untuk VPCM menggantikannya dengan model baharu yang dinaik taraf. 

Bagi model ulang tahun ke-50 ini,  ada kemungkinan VPCM akan membawakan Edisi khas Golf Edition 50 sebagai tanda memperingati ulang tahun tersebut.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ7812

SELANGOR

BST8542

JOHOR

JE5243J

PULAU PINANG

PSF6958

PERAK

APL5901

PAHANG

CFH7852

KEDAH

KGJ1946

NEGERI SEMBILAN

NEL9380

KOTA KINABALU

SJU2063

KUCHING

QAB5922P

Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Panggil Balik: 3 Jenama Terjejas

Produk dipanggil balik demi keselamatan pengguna.

28-03-2024
Global

Akan Buang 10K Pekerja, AI Jadi Pengganti Syarikat Pembekal Komponen Tesla & VW Ini

Sebuah syarikat pembekal automotif dari Perancis, telah mengumumkan rancangan untuk menghentikan sebanyak 10,000 kakitangan.

26-02-2024
Global

Foto VW Golf R Mk 8.5 Didedahkan – Bakal Diperkenal Pertengahan 2024

Apa yang boleh kita jangkakan daripada Golf R? Foto-foto yang dikongsikan oleh syarikat automotif Jerman ini mendedahkan sesuatu...

29-01-2024
Global

Jualan Kereta VW Cecah 9.24 Juta Dalam Setahun

Pengeluar kereta Jerman Volkswagen menjadi bualan hangat di laman X gara-gara jualan keretanya mencecah 9.24 juta pada tahun lalu.

15-01-2024
Global

Model Baharu Golf 2024 Ditayang

Video teaser model Golf baharu.

26-12-2023
Global

Volkswagen Golf R 333 Edisi Terhad, Hanya 333 Unit Ditawarkan!

Volkswagen akhirnya memperkenalkan Volkswagen Golf R 333 yang hanya dikeluarkan sebanyak 333 unit.

02-06-2023
Global

BYD Pintas Volkswagen Lebih Awal Dari Jangkaan! Kini Jenama Terlaris di China

BYD telah berjaya mendahului Volkswagen sebagai jenama kereta terlaris di China buat pertama kalinya.

02-05-2023
EV

Sedan Elektrik Fastback Volkswagen ID.7 Rasmi Diperkenalkan – Capai 700 KM!

Volkswagen ID.7 telah membuat penampilan global yang pertama semasa pameran Auto Shanghai 2023.

18-04-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa

Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.

22-09-2026
Berita Auto

Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i

Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.

22-09-2026
Berita Auto

GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia

Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.

21-09-2026
Berita Auto

Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ

H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.

21-09-2026
Berita Auto

Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan

Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.

19-09-2026
Berita Auto

ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit

Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.

18-09-2026
Berita Auto

17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu

Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.

18-09-2026
Berita Auto

Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu

Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.

18-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.