Auto China 2024: EV Mazda EZ-6 Pengganti Sedan Mazda 6 Masuki Fasa Pengeluaran Sebelum 2025

Sedan Mazda EZ-6 adalah antara yang menyerlah semasa Auto China 2024 minggu ini.
Menjadi perhatian ramai semasa pameran automotif Auto China 2024 minggu ini ialah Mazda EZ-6 yang dipertontonkan sebagai versi elegan dan mungkin juga generasi seterusnya untuk sedan Mazda 6.
Menurut sumber yang boleh dipercayai dalam talian, EZ-6 dibangunkan dengan inspirasi daripada model Deepal SL03 yang dikeluarkan oleh rakan kongsi Mazda di China, Changan. Kedua-dua firma dilaporkan bekerjasama untuk mengeluarkan model ini secara besar-besaran sebelum hujung tahun ini.
Model ke-3 daripada Mazda dengan kuasa elektrik ini berukuran 4,921 mm (panjang), 1,890 mm (lebar) dan 1,485 mm (tinggi) dengan jarak antara roda 2,900 mm. Sebagai perbandingan, model yang dipamerkan ini adalah 56 mm lebih panjang, 50 mm lebih lebar, 35 mm lebih tinggi dan dengan jarak antara roda yang 70 mm lebih panjang berbanding Mazda 6.


Reka bentuk Mazda EZ-6
Secara visual, EZ-6 direka berlandaskan falsafah reka bentuk 'Soul of Motion' Mazda, ini dapat dilihat dengan jelas daripada dinamik rekaan sudut hadapan dan belakangnya serta bentuk lampu depannya yang runcing ke belakang. Elemen reka bentuk lain yang menyerlah ialah gril yang agak ‘timbul’ ke hadapan, cukup menarik apabila dipandang dari sudut tepi.



Sentuhan luaran yang lain termasuk pemegang pintu jenis terbenam, tingkap tanpa bingkai, spoiler aktif di belakang, rim 'Aero' dua tona bersaiz 19 inci yang bergaya, serta jalur lampu belakang yang merentasi but belakang. Secara ringkasnya, EZ-6 adalah sebuah sedan yang menawan.



Kabin Mazda EZ-6
Di dalam, reka bentuknya turut sama dengan apa yang terdapat pada model ‘kembarnya,’ Changan. Antara kelengkapan yang menarik termasuk skrin infotainmen 14.6 inci dan paparan instrumen 10.2 inci (kedua-duanya digital, dikuasakan oleh cip Qualcomm Snapdragon 8155), stereng dengan bentuk rata di bawah, konsol tengah yang eksklusif, corong pendingin hawa yang halus dan lampu ambien kabin yang terkini. Ciri lain yang disediakan termasuk tempat duduk zero-gravity, pad pengecas tanpa wayar, sistem audio Sony dan bumbung panoramik.


Mengenai pesifikasi teknikalnya, Mazda mengesahkan bahawa EZ-6 akan ditawarkan dalam versi elektrik penuh (EV) dan juga range extender (RE). Mazda turut memaklumkan bahawa varian EV boleh mencapai jarak sehingga 600 km, manakala RE pula sehingga 1,000 km.
EZ-6 juga akan ditawarkan dalam versi sistem pacuan roda belakang (RWD) dan menggunakan susunan suspensi strut di hadapan dan multi-link di belakang.
Buat masa ini, tidak pasti sekiranya Mazda akan menawarkan EZ-6 di luar negara, tetapi kami tidak menolak kemungkinan ini memandangkan konsep yang dipertontonkan ini kelihatan seperti sudah ‘cukup sifat’ dan menarik untuk memasuki fasa pengeluaran dan dipasarkan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ7812
SELANGOR
BST8542
JOHOR
JE5243J
PULAU PINANG
PSF6958
PERAK
APL5901
PAHANG
CFH7852
KEDAH
KGJ1946
NEGERI SEMBILAN
NEL9380
KOTA KINABALU
SJU2063
KUCHING
QAB5922P
Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mazda EZ-6 Sports Edition Diperkenalkan Di China – Lebih Agresif & Menyerlah
Changan Mazda telah mendedahkan Mazda EZ-6 Sports Edition yang tampil lebih agresif.
19-05-2025
Mazda 6e Bakal Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Pasaran Seterusnya?
Baru-baru ini, Mazda mengumumkan bahawa Mazda 6e, yang dikenali sebagai EZ-6 di China, bakal memasuki pasaran Thailand.
19-02-2025
Auto China 2024: Tiggo 7 Pro PHEV, Lambat Lagi Masuk M'sia
Tiggo 7 Pro Phev turut didedahkan kepada umum.
29-04-2024
NETA Bakal Guna Teknologi Kokpit Tercanggih Snapdragon, Meterai MoU Bangun Kilang CKD Di Rembau
NETA Auto lancarkan platform integrasi kokpit untuk pemanduan atau cockpit-to-drive, Snapdragon Ride Flex (SA8775P).
29-04-2024
Auto China 2024: Ini Dia Perincian JAECOO J6
Jenama Chery semakin menempa nama di persada antarabangsa.
27-04-2024
Auto China 2024: EV Minimalis Toyota bZ3X & bZ3C Dipertontonkan
Ini yang kita tahu setakat ini tentang dua model elektrik terbaru daripada Toyota, bZ3X dan bZ3C.
27-04-2024
Auto China 2024: Lambo Urus SE, 789 Hp, V8 PHEV
Enjin V8 dan sistem PHEV membuatkannya ia mampu menghasilkan kuasa setakat 789 hp dan tork 950 Nm.
25-04-2024
EV Kompak, MINI Aceman, Buat Kemunculan Sulung di Auto China 2024
MINI Aceman akhirnya membuat kemunculan sulung di peringkat dunia secara rasmi di Auto China 2024.
25-04-2024
Berita Terkini
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat