ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Auto China 2024: EV Mazda EZ-6 Pengganti Sedan Mazda 6 Masuki Fasa Pengeluaran Sebelum 2025

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_MA_CariCarz_AutoChina2024_Mazda-EZ-6_-2.jpg


Sedan Mazda EZ-6 adalah antara yang menyerlah semasa Auto China 2024 minggu ini. 


Menjadi perhatian ramai semasa pameran automotif Auto China 2024 minggu ini ialah Mazda EZ-6 yang dipertontonkan sebagai versi elegan dan mungkin juga generasi seterusnya untuk sedan Mazda 6. 


Menurut sumber yang boleh dipercayai dalam talian, EZ-6 dibangunkan dengan inspirasi daripada model Deepal SL03 yang dikeluarkan oleh rakan kongsi Mazda di China, Changan. Kedua-dua firma dilaporkan bekerjasama untuk mengeluarkan model ini secara besar-besaran sebelum hujung tahun ini. 


Model ke-3 daripada Mazda dengan kuasa elektrik ini berukuran  4,921 mm (panjang), 1,890 mm (lebar) dan 1,485 mm (tinggi) dengan jarak antara roda 2,900 mm. Sebagai perbandingan, model yang dipamerkan ini adalah 56 mm lebih panjang, 50 mm lebih lebar, 35 mm lebih tinggi dan dengan jarak antara roda yang 70 mm lebih panjang berbanding Mazda 6. 


web_MA_CariCarz_AutoChina2024_Mazda-EZ-6_-5.jpgweb_MA_CariCarz_AutoChina2024_Mazda-EZ-6_-4.jpg


Reka bentuk Mazda EZ-6 


Secara visual, EZ-6 direka berlandaskan falsafah reka bentuk 'Soul of Motion' Mazda, ini dapat dilihat dengan jelas daripada dinamik rekaan sudut hadapan dan belakangnya serta bentuk lampu depannya yang runcing ke belakang. Elemen reka bentuk lain yang menyerlah ialah gril yang agak ‘timbul’ ke hadapan, cukup menarik apabila dipandang dari sudut tepi. 


Mazda-EZ-6-9.jpgMazda-EZ-6-7.jpgMazda-EZ-6-8.jpg


Sentuhan luaran yang lain termasuk pemegang pintu jenis terbenam, tingkap tanpa bingkai, spoiler aktif di belakang, rim 'Aero' dua tona bersaiz 19 inci yang bergaya, serta jalur lampu belakang yang  merentasi but belakang. Secara ringkasnya, EZ-6 adalah sebuah sedan yang menawan. 


Mazda-EZ-6-4.jpgMazda-EZ-6-15.jpgMazda-EZ-6-3.jpg


Kabin Mazda EZ-6


Di dalam, reka bentuknya turut sama dengan apa yang terdapat pada model ‘kembarnya,’ Changan. Antara kelengkapan yang menarik termasuk skrin infotainmen 14.6 inci dan paparan instrumen 10.2 inci (kedua-duanya digital, dikuasakan oleh ​​cip Qualcomm Snapdragon 8155), stereng dengan bentuk rata di bawah, konsol tengah yang eksklusif, corong pendingin hawa yang halus dan lampu ambien kabin yang terkini. Ciri lain yang disediakan termasuk tempat duduk zero-gravity, pad pengecas tanpa wayar, sistem audio Sony dan bumbung panoramik. 


web_MA_CariCarz_AutoChina2024_Mazda-EZ-6_-1.jpgweb_MA_CariCarz_AutoChina2024_Mazda-EZ-6_-3.jpg


Mengenai pesifikasi teknikalnya, Mazda mengesahkan bahawa EZ-6 akan ditawarkan dalam versi elektrik penuh (EV) dan juga range extender (RE). Mazda turut memaklumkan bahawa varian EV  boleh mencapai jarak sehingga 600 km, manakala RE pula sehingga 1,000 km. 


EZ-6 juga akan ditawarkan dalam versi sistem pacuan roda belakang (RWD) dan menggunakan susunan suspensi strut di hadapan dan multi-link di belakang. 


Buat masa ini, tidak pasti sekiranya Mazda akan menawarkan EZ-6 di luar negara, tetapi kami tidak menolak kemungkinan ini memandangkan konsep yang dipertontonkan ini kelihatan seperti sudah ‘cukup sifat’ dan menarik untuk memasuki fasa pengeluaran dan dipasarkan. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ8073

SELANGOR

BST8607

JOHOR

JE5310J

PULAU PINANG

PSF7012

PERAK

APL5923

PAHANG

CFH7863

KEDAH

KGJ1954

NEGERI SEMBILAN

NEL9407

KOTA KINABALU

SJU2080

KUCHING

QAB5938P

Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

12-02-2026
EV

19-05-2025
EV

10-04-2025
EV

13-01-2025
Global
EV

14-08-2024
EV

26-04-2024

Berita Terkini

EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026
EV

Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?

Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.

14-09-2026
EV

Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual

Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.

10-09-2026
EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.