ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Auto China 2024: Ini Dia Perincian JAECOO J6

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Nampaknya, jenama Chery terus menempa nama apabila ia menjadi bualan hangat pada pameran Auto China 2024 yang sedang berlangsung ketika ini.

Apa tidaknya, jenama itu semakin menguasai pasaran dunia  menyebabkan  jenama itu kini menjadi pengeksport kereta terbesar di China.

image.png

Lebih menarik, Chery kini tidak banyak menumpukan pasaran China seperti mana yang dilakukan kebanyakan pengeluar kereta China sebaliknya ia kini beralih kepada pasaran di seluruh dunia.

Jadi, sempena ekspo kereta di Beijing, pihak Chery turut membawa Jaecoo J6 yang berjaya menarik perhatian para penggunjung.

Di China, Jaecoo J6 dijual sebagai iCar03 namun untuk pasaran eksport ia lebih dikenali sebagai Jaecoo J6.

Bagaimanapun, tiada spesifikasi didedahkan semasa pameran itu, namun adalah munasabah melihat J6 mencerminkan  spesifikasi teknologi iCar 03.

image.png

Hanya tiga benda yang membezakan iCar 03 dengan Jaecco J6 iaitu gril hadapan dimana gril J6 lebih berkelas, ada ruang simpanan di bahagian belakang dan J6 adalah lebih kecil berbanding 03.

Sebaik melangkah masuk ke dalam, ia jelas menunjukkan tiada sebarang perubahan ketara memandangkan kesemua aspeknya adalah sama dengna 03 termasuk terdapat lambang i pada stereng.

Dari segi dimensi, ia berukuran panjang 4,406 mm, selebar 1,910 mm, setinggi 1,715 mm dengan jarak roda 2,715 mm.

Pintu belakangnya boleh dibuka dari sebelah kiri dan lampu belakangnya terletak secara menegak.

image.png

Selain itu, Jaecoo J6 dilengkapi dengan sistem pendingin hawa dwi-zon, sistem pemantau tekanan tayar, ESP, ada skrin infotainment bersaiz  15.6 inci, 8 pembesar suara, lampu depan , pengelap automatik, rak bumbung, parker brek elektronik manakala tempat duduknya boleh dilaraskan secara enam hala.

Difahamkan, Jaecoo J6 sebenarnya adalah sama seperti iCar 03.

image.pngimage.png

Ia  akan tersedia dalam pelbagai konfiguras dimana varian pertenghana menerima ciri tambahan seperti kamera papan pemuka, pintu bagasi belakang berkuasa, cermin sisi lipat, bumbung matahari panoramik, kad kunci NFC dan pengecas wayarles 50 watt.

Bagi varian teratas pula, ia akan dilengkapi dengan beg udara tirai sisi, tempat duduk penumpang elektrik, , tempat duduk berventilasi, audio bunyi 12 pembesar suara, Cahaya ambien 64 warna dan bantuan pemanduan DJI.

Selain kelengkapan itu, Jaecoo J6 berkemungkinan besar akan menampilkan dua pilihan trenkuasa, iaitu serupa dengan iCar 03.

image.png

Ini bermakna varian pertengahan akan menerima motor tunggal yang dipasang di belakang, dimana ia mampu menghasilkan kuasa 184 hp  dan 220 Nm, manakala varian yang lebih tinggi akan mempunyai persediaan 4WD motor berkembar membuatkan ia mampu menghasilkan kuasa  pada 279 hp dan 385 Nm. 

image.png

Model ini mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 6.5 saat.

Dengan adanya, bateri berkapasiti  69.8kWj, ia mampu bergerak sejauh 500 kilometer.

JAECOO 6 turut menyokong pengecas Charger Type 2 / CCS Combo dan pengecasan pantas DC hingga 85kW.

Mengenai harga, semuanya  bergantung pada model yang akan mula dijual memandangkan tempoh bebas cukai EV kerajaan berakhir pada 2025.

image.png

 Namun masih tiada sebarang pengesahan bahawa  Chery Malaysia berhasrat untuk membangunkan model CKD untuk Jaecoo. 

Di China, iCar 03 Standard RWD berharga RM73,000, Advanced RWD dijual pada RM79,000, Long-range RWD (RM86,000) dan Long-range AWD (RM93,000).

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQT4604

SELANGOR

BSP1287

JOHOR

JYU5432

PULAU PINANG

PSB3307

PERAK

APG5456

PAHANG

CFG1732

KEDAH

KGF2533

NEGERI SEMBILAN

NEK548

KOTA KINABALU

SJR3191

KUCHING

QAB5349N

Terakhir Kemas Kini 15 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Teknologi

10-04-2026
Berita Auto

11-03-2026
Berita Auto

13-02-2026
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

09-01-2026
Berita Auto

Berita Terkini

EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.