Auto China 2024: Tiggo 9, Kuasa Boleh Tahan

Chery Tiggo 9 PHEV turut membuat penampilan sulung pada Pameran Auto Beijing 2024 (Auto China 2024), di Beijing semalam.
Model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu yang pertama kali dilancarkan pada 2005, menawarkan ciri rekaan berkonsepkan 'Conquer' dan 'Guard'.

Acara yang bertemakan “New Energy, New Eco, New Era,"menampilkan teknologi canggih Chery dalam barisan model baharunya itu.
Sebagai ahli terbaharu dalam keluarga Tiggo, Tiggo 9 PHEV mewakili simbol kemewahan dan teknologi dalam barisan jenama itu.
Menjengah bahagian luarannya, ia didatangkan dengan gril berbentuk octagon dan corak di dalam grilnya agak mengancam dan cukup kreatif.
Selain itu, ia dipadankan dengan rim bersaiz 20 inci.
Melihat bahagian dalamannya pula, ia didatangkan dengan sistem infotainmen 15. 6 inci berdefinisi tinggi manakala tempat duduknya diberi jahitan 3D, sekali gus menawarkan gaya yang mewah.
Untuk makluman anda, Tiggo 9 ini disumbat dengan enjin 2.0 turbo menawarkan kuasa 235 hp dan tork 385Nm.

Dengan adanya sistem sistem PHEV super hibrid 3DHT, ia mampu menghasilkan kuasa maksimum 165kW manakala penjimatan bahan api adalah sekitar 5.2 liter untuk setiap 100 kilometer (km).
Difahamkan, jika tangka minyaknya penuh, SUV ini mampu melakukan perjalanan sejauh 1,400 km.
Ini bermakna si pemiliknya tidak perlu bimbang jika mahu mengharungi perjalanan jauh kerana ia menawarkan perjalanan yang cukup jauh.



Sebaliknya, menurut Chery, Tiggo 9 PHEV dilengkapi dengan inovasi Chery dalam sektor tenaga baharu selain, menekankan reka bentuk yang luar biasa dan keupayaan pergerakan jauh.
Malah, dengan teknologi kuasa termaju dan reka bentuk mesra pengguna, model itu bersedia untuk menetapkan penanda aras baharu untuk kereta PHEV.
Pada masa akan datang, Chery berhasrat untuk melancarkan Tiggo 9 versi petrol dan PHEV pada hujung tahun ini.
Tayangan model secara global ini sebenarnya bertujuan untuk menepati jangkaan prestasi, sekali gus membawa Chery ke lembaran baharu dalam industri SUV mewah global.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai ketibaannya ke pasaran Malaysia, Chery Malaysia menyatakan bahawa Chery Tiggo 9 PHEV akan ditawarkan ke pasaran tempatan menjelang suku keempat 2024.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR8021
SELANGOR
BSU931
JOHOR
JE8697J
PULAU PINANG
PSF8859
PERAK
APL7550
PAHANG
CFH8514
KEDAH
KGJ2784
NEGERI SEMBILAN
NEM1147
KOTA KINABALU
SJU3172
KUCHING
QAB6415P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya
Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.
15-04-2026
Kenapa Ramai Pilih Chery Untuk Raya Tahun Ini? Ada Sebabnya
Bukan sekadar kereta baharu, Chery tawar rebat untuk anda balik kampung tahun ini.
06-03-2026
Berita Terkini
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat