CLE 300: Jana Kuasa 255Hp, Harga RM526K
-full.jpg)
Mercedes-Benz Malaysia mencipta sejarah semalam apabila ia menayangkan pelbagai model secara serentak dalam majlis ‘Luxury Like No Other’ yang berlangsung di Bangsar, Kuala Lumpur.
Selain Mercedes-AMG S63 E-Performance, GLS 450 4Matic dan Mercedes-Maybach GLS 600 2024, Mercedes-Benz CLE300 4Matic Coupe turut didedahkan pada acara berkenaan.
-full.jpg)
CLE300 4Matic Coupe ini dilengkapi dengan enjin M256 2.0 liter turbocas empat-silinder sebaris petrol, dimana ia boleh menghasilkan 255 hp pada 5,800rpm dan tork 400Nm.
-full.jpg)
Difahamkan, enjinnya dipadankan dengan sistem mild-hybrid 48-volt EQ Boost yang menggunakan integrated starter generator (ISG).
Untuk itu, ia menyalurkan kuasa tambahan sekurang-kurangnya 23hp dan 205kW.
-full.jpg)
Model ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam 6.2 saat dan had laju maksimum pula ditetapkan 250 km/j.
Bagi penulis, ia merupakan coupe yang agak sporty dan nampak agresif disebabkan bamparnya selain Pakej Night.
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Selain itu, garis bumbungnya yang melengkung juga menjadi punca utama membuatkan ia lebih bergaya.
-full.jpg)
Untuk makluman, CLE Coupé ini merupakan model Mercedes-Benz pertama di Malaysia yang menampilkan DIGITAL LIGHT untuk pasaran tempatan.
Menerusi Pakej night, ia menawarkan gril yang berwarna hitam berkilauan selain rim AMG 19-inci dan spoiler AMG.
Model ini agak gelap di bahagian hadapan dan sisinya sekali gus membuatkan ia kelihatan garang dan agresif.
Pada acara itu, penulis berkesempatan membelek jentera ini dengan lebih dekat. Bagi saya, bahagian kabinnya cukup moden kontemporari kerana menawarkan elemen -elemen mewah.
-full.jpg)
-full.jpg)
Susun atur penghawa dinginnya yang berbentuk bulat dan paparan menegak skrin di tengah dengan saiz 11.9-inci sebenarnya membuatkan kabinnya kelihatan agak kemas.
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Antara kelengkapan lain:
• MBUX Interior Assistant
• Bumbung panaromik,
• Tempat duduk dibalut dengan material kulit
• Sstem bunyi Burmester 3D
• Lampu ambien
• Keyless-GO
• Fungsi bebas operasi tangan dan Easy-Entry (untuk kerusi belakang).
Menyentuh mengenai ciri-ciri keselamatannya, ia sebenarnya cukup sarat dengan ciri keselamatan. Jadi, anda jangan risau dengan ciri keselamatan yang ditawarkan oleh Mercedes-Benz.
Bagi yang berminat, CLE300 4Matic Coupe akan dijual pada harga RM526,000, atas jalann tidak termasuk insurans.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU3970
SELANGOR
BSU4696
JOHOR
JF9061J
PULAU PINANG
PSG5048
PERAK
APM3295
PAHANG
CFJ1491
KEDAH
KGJ4933
NEGERI SEMBILAN
NEM3173
KOTA KINABALU
SJU5950
KUCHING
QAB7659P
Terakhir Kemas Kini 17 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu
Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.
18-09-2026
Mercedes-Benz CLA Elektrik Kini Boleh Ditempah – Capai 792 KM, Cas 10 Minit!
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini secara rasmi telah mempertontonkan Mercedes-Benz CLA elektrik sepenuhnya.
14-01-2026
Dilancar: Mercedes-Benz G580 EQ 2025 - Harga Bermula RM958,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mercedes-Benz G-Class Mercedes-Benz G580 dengan Teknologi EQ ke pasaran tempatan di ibu negara, pagi tadi.
26-06-2025
Dilancar: Mercedes-AMG SL 63 S E Performance 2025 -Harga RM2.168 Juta
Mercedes-Benz Malaysia turut melancarkan varian tertinggi model roadster SL, Mercedes-AMG SL 63 S E Performance le pasaran tempatan.
05-06-2025
Mercedes-Benz EQS 450 4Matic SUV Dipertontonkan – Capai 673 KM, 355 HP, Dari RM625K!
Mercedes-Benz Malaysia hari ini telah mempertontonkan EQS 450 4Matic SUV. Ini yang anda patut tahu...
16-08-2024
Mercedes-AMG A45S 4Matic+ Limited Edition, RM558,888, HANYA Ada 10 Unit!
MBM melancarkan model terbaharunya, Mercedes-AMG A 45 S 4Matic+ Limited Edition, semalam
08-08-2024
Peluang Pandu Uji Model Terkini di Acara Mercedes-Benz World 5-7 Julai Ini!
Mercedes-Benz World kini sedang berlangsung di KL Base. Apa yang menarik?
05-07-2024
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
