Jualan Porsche Naik

Gara-gara beberapa model Porsche mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan maka, jualan pengeluar kereta mewah itu terus meningkat.
Walaupun terdapat beberapa halangan dalam pasaran, namun Porsche telah menghantar 77,640 unit ke seluruh dunia.
Mengikut pecahan penghantaran kereta, Porsche telah menghantar 20,044 unit kereta di Eropah sekali gus terdapat peningkatan sebanyak 9% .
Sementara itu, penghantaran kereta turut meningkat sebanyak 37% di Jerman, iaitu mencecah 11,274 unit.

Angka itu menunjukkan perkembangan positif baik untuk kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) mahupun kenderaan elektrik (EV).
Sebaliknya, jualan Porche di China agak merundum kerana Porche cuma menghantar 16,340 kereta di negara tersebut.
Kira-kira 24 peratus menurun daripada jualan kukuh tahun sebelumnya dalam tempoh yang sama disebabkan wabak Covid, selain cabaran ekonomi yang berterusan.

Sementara itu, Porsche turut menghantar 15,087 kereta di Amerika Utara sekali gus merekodkan penurunan 23 peratus yang kebanyakannya disebabkan oleh kelewatan dalam penghantaran model tertentu berikutan masalah berkaitan kastam.
Dalam pada itu, penghantaran kereta ke pasaran asing turut meningkat sebanyak 14% kepada 14,895.
Bagaimanapun, Porsche Cayenne dilihat antara model yang cukup diminati kerana sebanyak 28,025 unit sudah pun dihantar sekali gus menunjukkan jualan model itu meningkat 20% .
Porsche Macan pula menyaksikan penurunan 14% dalam penghantaran, kerana hanya 20,576 pelanggan yang menempah model tersebut.
Disebabkan perubahan model yang berterusan, jualan Panamera turut menyaksikan penurunan sebanyak 28 peratus, manakala kereta sport ikonik 911 terus popular, dengan 12,892 unit terjual di seluruh dunia.
Jualan 911 dilihat meningkat 17 peratus.
Malah, Porsche Taycan juga menyaksikan penurunan sebanyak 54 peratus dalam jualan, apabila hanya 4,236 unit dihantar pada suku pertama tahun ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS6251
SELANGOR
BSU2070
JOHOR
JF2285J
PULAU PINANG
PSG1141
PERAK
APL8847
PAHANG
CFH9160
KEDAH
KGJ3391
NEGERI SEMBILAN
NEM1746
KOTA KINABALU
SJU4149
KUCHING
QAB7005P
Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Panamera Facelift 2021 Serba Baharu; Tambah Baik Dalam Segala Aspek
Sime Darby Auto Performance Sdn Bhd baru-baru ini telah melancarkan Porsche Panamera yang baharu di Malaysia.
22-04-2021
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat


