Kia Bakal Perkenal 15 EV Menjelang 2027 & 6 Model Hibrid Tahun Ini

Kia merancang untuk melancarkan 15 EV baharu menjelang tahun 2027 dan 6 hibrid lagi pada tahun 2024.
Pengeluar automotif Korea, Kia, telah mendedahkan rancangan elektrifikasinya semasa Hari Pelabur 2024. Sebagai sebahagian daripada visinya untuk menjadi kuasa global dalam pembuatan EV premium, Kia ingin melancarkan sekurang-kurangnya 15 EV baharu menjelang tahun 2027.


Kedua-dua kereta konsep, Kia EV3 (kiri) dan EV4 (kanan) akan dikeluarkan secara besar-besaran.
Rancangan besar ini akan memperlihatkan Kia meluaskan barisan kenderaan SUV crossover elektrik yang sedia ada, yang kini didominasi oleh model berdasarkan platform E-GMP seperti Kia EV6, EV9 dan EV5. Bakal muncul menyertai barisan EV tersebut dalam masa yang terdekat ialah EV3 yang dijadualkan untuk diperkenalkan pada musim panas tahun ini, diikuti oleh model EV4 dan EV2.
Selain daripada EV penumpang ini, Kia juga merancang untuk memperkenalkan pelbagai EV komersial berdasarkan kenderaan konsep elektrik PV yang pernah dipamerkan di CES awal tahun ini.

Kia EV6 bakal dikemaskini tahun ini.
Selain model baharu, Kia juga merancang untuk memberikan beberapa sentuhan baharu kepada model EV sedia ada, terutarmanya EV6.


Kedua-dua model, EV5 (kiri) dan EV9 (kanan) akan diperkenalkan dalam varian berprestasi tinggi, GT.
Berita baik bagi yang suka meluncur laju di jalan raya, Kia turut akan memperluaskan model-model sedia ada dengan pengenalan varian GT. Kini hanya ditawarkan untuk EV6, varian tertinggi ini akan diperkenalkan kepada model EV9 dan EV5 pada Januari 2025, yang mana kedua-dua EV akan diberikan motor elektrik yang lebih berkuasa dengan masa pecutan 0-100 km/j kurang daripada 4 saat.


Melalui pengenalan model, varian dan versi baharu ini, Kia menyasarkan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan iaitu untuk menjual sebanyak 1.6 juta EV setiap tahun menjelang tahun 2030. Ramalan ini menyaksikan Kia mencatatkan pertumbuhan jualan global EV syarikatnya sebanyak 38%. Satu peningkatan yang signifikan berbanding 10% yang dicatatkan buat masa ini.

Dalam masa yang sama, Kia juga tidak mengabaikan model hibridnya kerana syarikat ini merancang untuk memperluaskan rangkaian model separa elektriknya daripada enam model pada tahun 2024 kepada sembilan model pada tahun 2028. Rancangan ini akan menyaksikan hampir kesemua model dengan enjin pembakaran dalaman (ICE) sedia ada Kia ditawarkan dalam versi hibrid, termasuk K8 dan Sportage facelift yang dijangka akan dilancarkan pada hujung tahun ini.
Rancangan hibridifikasi ini dijangka dapat meningkatkan jumlah jualan kereta hibridnya daripada 14% kepada 20% bermula tahun 2024 dengan sasaran jualan sebanyak 886,000 unit.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY3274
SELANGOR
BSV542
JOHOR
JH3538J
PULAU PINANG
PSH3806
PERAK
APM9096
PAHANG
CFJ3982
KEDAH
KGJ7992
NEGERI SEMBILAN
NEM5761
KOTA KINABALU
SJV1644
KUCHING
QAB103Q
Terakhir Kemas Kini 12 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kia Seltos Generasi Terbaru – Lebih Besar, Agresif, 2 Versi ICE
Kia telah mendedahkan rekaan SUV crossover subkompaknya dalam versi generasi terbaru, Kia Seltos. Model ini tampil dengan reka bentuk yang jauh lebih berani, diinspirasikan daripada model SUV Kia lain yang terbaru.
12-12-2025
Kia Vision Meta Turismo Didedahkan, Adakah Ia Pengganti Stinger GT?
Kia memperkenalkan konsep GT empat pintu terbaharunya yang dikenali sebagai Vision Meta Turismo.
09-12-2025
Ini Dia Kereta Konsep Kia, Mungkin Pengganti Kepada Model Stinger?
Gambar teaser itu menguatkan lagi spekulasi bahawa kereta yang ditunjukkan itu akan menjadi pengganti kepada model Kia Stinger.
05-12-2025
Kia PV5 Bakal Saingi VW ID.Buzz?
Lebih banyak butiran akan didedahkan sempena Hari EV pada 27 Februari ini.
24-02-2025
Rekaan Kia EV4 Didedahkan – Sedan Elegan & Hatchback Sporty
Selepas beberapa imej acah dikongsikan minggu lalu, Kia akhirnya mendedahkan imej rasmi pertama model elektrik kompak terbarunya, Kia EV4.
17-02-2025
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!
Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.
03-02-2025
Kia Sportage Facelift 2025 Diberikan Sentuhan & Teknologi Canggih Seperti EV9 – Lambat Lagi Tiba Di M'sia?
Syarikat automotif Korea, Kia, akhirnya memperkenalkan Kia Sportage 2025 versi facelift di pasaran domestiknya. Berdasarkan model generasi kelima (kod NQ5).
07-11-2024
Teaser Kia K8 Facelift Didedahkan – Tampil Elegan Dengan Sentuhan Rekaan EV9
Kia, baru-baru ini telah mengeluarkan teaser pertama untuk Kia K8 facelift yang akan datang.
01-08-2024
Berita Terkini
EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?
Bolehkah EV redah banjir? Ketahui bagaimana air banjir menjejaskan bateri kereta elektrik, apakah kerosakan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan oleh pemilik EV di Malaysia.
10-11-2026
Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?
Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.
06-11-2026
Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik
200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?
04-11-2026
Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?
EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...
03-11-2026
Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS
Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.
02-11-2026
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge