ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Kolaborasi EVlution, RHB & Mastercard – Sasar 2,000 Pengecas EV Menjelang 2025

Sofea Najmi

Kongsi melalui

EVlution-RHB-(13).jpg


Majlis pelancaran  stesen pengecasan kenderan elektrik (EV) EVlution di RHB Centre turut dihadiri oleh YB Loke Siew Fook.


RHB Banking Group (RHB) bersama-sama dengan Mastercard dan EVlution telah melancarkan stesen pengecasan kenderan elektrik (EV) EVlution di RHB Centre semalam. 


Kerjasama antara ketiga-tiga pihak ini, menunjukkan komitmen untuk menyediakan 2,000 stesen pengecas EV di seluruh Malaysia menjelang tahun 2025. Tujuan utama kolaborasi ini dilakukan adalah untuk memudahkan akses kepada pengecasan kenderaan elektrik di lokasi utama seluruh negara. 


EVlution-RHB-(6).jpg


Majlis pelancaran tersebut yang diadakan semasa acara RHB Green Week, turut dihadiri oleh Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook. Dalam ucapannya, Loke meluahkan sokongan kerajaan terhadap usaha yang selaras dengan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030 dengan matlamat untuk mencipta ekosistem kenderaan hijau.


EVlution-RHB-(9).jpg


Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Banking Group, Mohd Rashid Mohamad menekankan tanggungjawab institusi untuk membawa perubahan positif dengan menggabungkan amalan terbaik ke dalam Hala Tuju dan Strategi Kelestarian jangka panjang mereka. Beliau menambah bahawa kerjasama ini dapat menggalakkan penggunaan EV selaras dengan Dasar Pengangkutan Negara dan menyumbang kepada objektif negara untuk memiliki 1.5 juta EV di jalan raya menjelang tahun  2040.


Ketua Pegawai Eksekutif EVlution, Dr Jeffrey Ong, menjelaskan objektif syarikat untuk mengubah landskap automotif Malaysia dengan menyediakan pilihan pengecasan EV yang inovatif, mampu milik, boleh dipercayai dan lestari.


EVlution-RHB-(14).jpg


EVlution menyasarkan untuk menyediakan 100 ruang pengecas EV yang beroperasi di bandar-bandar utama menjelang separuh pertama tahun 2024, sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk meningkatkan tenaga boleh diperbaharui dan bersih melalui penyertaan dalam program solar berskala besar (LSS). Walaupun jumlah ini adalah realistik, ia jauh lebih rendah daripada sasaran awal mereka untuk memiliki 200 pengecas EV pada 2023 dan 1,000 pada 2024. Setakat ini menurut laman web EVlution, mereka telah melancarkan 14 hab pengecasan di 8 lokasi.


EVlution-RHB-(1).png


Pengurus Negara Mastercard bagi Malaysia dan Brunei, Beena Pothen memaklumkan bahawa kerjasama ini akan memudahkan lagi akses kepada pengecasan EV tanpa tunai (cashless), mempercepatkan peralihan Malaysia kepada masyarakat tanpa tunai dan menggalakkan penggunaan EV. 


Mastercard, EVlution dan RHB telah merancang untuk mengadakan kempen yang menarik dan tawaran khas kepada pemegang kad yang akan diumumkan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.


EVlution-RHB-(7).jpg


Kadar pengecasan di semua stesen EVlution adalah berdasarkan masa dan kW bermula daripada RM0.07/min untuk 4kW sehingga RM0.40/min untuk 22kW. Menurut EVlution, ini bersamaan dengan kira-kira RM1.09/kWh.


Pengguna juga akan dikenakan caj minimum RM5 dan pembayaran pra-pengesahan sebanyak RM50 yang akan dikembalikan semula. 



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU5360

SELANGOR

BSU4924

JOHOR

JG296J

PULAU PINANG

PSG5583

PERAK

APM3640

PAHANG

CFJ1635

KEDAH

KGJ5152

NEGERI SEMBILAN

NEM3305

KOTA KINABALU

SJU6127

KUCHING

QAB7796P

Terakhir Kemas Kini 20 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

27-11-2024

Berita Terkini

EV
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia

18-10-2026
EV
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026
EV
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.