Kolaborasi EVlution, RHB & Mastercard – Sasar 2,000 Pengecas EV Menjelang 2025
-full_normal.webp)
Majlis pelancaran stesen pengecasan kenderan elektrik (EV) EVlution di RHB Centre turut dihadiri oleh YB Loke Siew Fook.
RHB Banking Group (RHB) bersama-sama dengan Mastercard dan EVlution telah melancarkan stesen pengecasan kenderan elektrik (EV) EVlution di RHB Centre semalam.
Kerjasama antara ketiga-tiga pihak ini, menunjukkan komitmen untuk menyediakan 2,000 stesen pengecas EV di seluruh Malaysia menjelang tahun 2025. Tujuan utama kolaborasi ini dilakukan adalah untuk memudahkan akses kepada pengecasan kenderaan elektrik di lokasi utama seluruh negara.
-full_normal.webp)
Majlis pelancaran tersebut yang diadakan semasa acara RHB Green Week, turut dihadiri oleh Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook. Dalam ucapannya, Loke meluahkan sokongan kerajaan terhadap usaha yang selaras dengan Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030 dengan matlamat untuk mencipta ekosistem kenderaan hijau.
-full_normal.webp)
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif RHB Banking Group, Mohd Rashid Mohamad menekankan tanggungjawab institusi untuk membawa perubahan positif dengan menggabungkan amalan terbaik ke dalam Hala Tuju dan Strategi Kelestarian jangka panjang mereka. Beliau menambah bahawa kerjasama ini dapat menggalakkan penggunaan EV selaras dengan Dasar Pengangkutan Negara dan menyumbang kepada objektif negara untuk memiliki 1.5 juta EV di jalan raya menjelang tahun 2040.
Ketua Pegawai Eksekutif EVlution, Dr Jeffrey Ong, menjelaskan objektif syarikat untuk mengubah landskap automotif Malaysia dengan menyediakan pilihan pengecasan EV yang inovatif, mampu milik, boleh dipercayai dan lestari.
-full_normal.webp)
EVlution menyasarkan untuk menyediakan 100 ruang pengecas EV yang beroperasi di bandar-bandar utama menjelang separuh pertama tahun 2024, sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk meningkatkan tenaga boleh diperbaharui dan bersih melalui penyertaan dalam program solar berskala besar (LSS). Walaupun jumlah ini adalah realistik, ia jauh lebih rendah daripada sasaran awal mereka untuk memiliki 200 pengecas EV pada 2023 dan 1,000 pada 2024. Setakat ini menurut laman web EVlution, mereka telah melancarkan 14 hab pengecasan di 8 lokasi.
-full_normal.webp)
Pengurus Negara Mastercard bagi Malaysia dan Brunei, Beena Pothen memaklumkan bahawa kerjasama ini akan memudahkan lagi akses kepada pengecasan EV tanpa tunai (cashless), mempercepatkan peralihan Malaysia kepada masyarakat tanpa tunai dan menggalakkan penggunaan EV.
Mastercard, EVlution dan RHB telah merancang untuk mengadakan kempen yang menarik dan tawaran khas kepada pemegang kad yang akan diumumkan dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
-full_normal.webp)
Kadar pengecasan di semua stesen EVlution adalah berdasarkan masa dan kW bermula daripada RM0.07/min untuk 4kW sehingga RM0.40/min untuk 22kW. Menurut EVlution, ini bersamaan dengan kira-kira RM1.09/kWh.
Pengguna juga akan dikenakan caj minimum RM5 dan pembayaran pra-pengesahan sebanyak RM50 yang akan dikembalikan semula.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN9254
SELANGOR
BST4679
JOHOR
JD6417J
PULAU PINANG
PSF3432
PERAK
APL2657
PAHANG
CFH6326
KEDAH
KGH8755
NEGERI SEMBILAN
NEL7031
KOTA KINABALU
SJT9124
KUCHING
QAB5213P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini
Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?
24-03-2026
Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen
Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.
11-02-2026
EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB
Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.
05-01-2026
Swift Bridge, ChargeSini Meterai MoU, Hasilkan Pengecas EV Di Malaysia
Swift Bridge Technologies (MFG) Sdn. Bhd. mengumumkan pelaburan besar bernilai RM11.2 juta untuk memulakan pengeluaran pengecas EV tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang.
13-11-2025
Cas EV Di ChargeSini Lebih Santai, Tempoh Kelonggaran Kini 30 Minit
ChargeSini, mengumumkan bahawa tempoh kelonggaran atau idle grace period kini dipanjangkan daripada 15 minit kepada 30 minit selepas sesi pengecasan tamat.
04-11-2025
KINETA-Solarvest Satukan Kepakaran – Sasar Perluaskan Sistem Pengecas EV Dengan Tenaga Solar
KINETA Sdn Bhd, syarikat di bawah Sime Group yang menyediakan penyelesaian pengecasan kenderaan elektrik (EV), semalam telah memeterai kerjasama strategik dengan Powerbee Sdn Bhd dan Vestech Energy Sdn Bhd.
23-10-2025
Lampu Jalan Jadi Pengecas EV – Kerjasama UMPSA & EV Plus
EV Plus Mobility Solutions Sdn. Bhd. (EV Plus) dan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) secara rasminya telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi melancarkan pengecas EV pertama di Malaysia yang dipasang pada tiang lampu.
05-10-2025
Berita Terkini
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat