ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLE 450 4Matic Facelift CKD Kini di Pasaran – Dari RM528,888

Sofea Najmi

Kongsi melalui

web_CariCarz_TA_Launch_Mercedes_Benz-GLE-450-4Matic-AMG-Line_CKD_-20.jpg


 Mercedes-Benz GLE 450 4Matic generasi V167 facelift.


Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan model yang diberikan penyegaran, SUV mewah Mercedes-Benz GLE 450 4Matic generasi V167 facelift untuk pasaran tempatan. Model yang dipasang secara tempatan (CKD) di Pekan, Pahang ini ditawarkan pada harga RM528,888, tidak termasuk insurans.


Walaupun kehadirannya di pasaran baru diumumkan tetapi ia telah dipertontonkan kepada media tempatan sejak November tahun lalu semasa pelancaran GLC 300 4Matic Coupe generasi kedua dan AMG GLE 53 4Matic+ Coupe generasi C167 facelift. 


Mercedes-Benz-GLE-450-4MATIC-(6).jpgweb_CariCarz_TA_Launch_Mercedes_Benz-GLE-450-4Matic-AMG-Line_CKD_-14.jpg


Kod casis V167 bermaksud  GLE 450 ialah sebuah model dengan jarak antara roda yang panjang (LWB), menampilkan tiga baris tempat duduk. 


Kod V167 menandakan GLE 450 yang diberikan pembaharuan ini adalah versi dengan jarak antara roda yang panjang (LWB) yang menawarkan tiga baris tempat duduk atau dengan tujuh tempat duduk.


Seperti versi sebelum ini, model GLE 450 yang diperbaharui masih dikeluarkan oleh kilang Mercedes di Pekan, Pahang. Penyegaran untuk versi facelift kali ini diberikan pada bahagian luar dan juga ruang kabin.


web_CariCarz_TA_Launch_Mercedes_Benz-GLE-450-4Matic-AMG-Line_CKD_-22.jpgweb_CariCarz_TA_Launch_Mercedes_Benz-GLE-450-4Matic-AMG-Line_CKD_-21.jpgweb_CariCarz_TA_Launch_Mercedes_Benz-GLE-450-4Matic-AMG-Line_CKD_-3.jpg


Gril, lampu depan dan bampar depannya diberikan sentuhan baharu. 


Perubahan yang diberikan di bahagian luar dapat dilihat dengan jelas daripada sudut hadapan yang kini menggunakan bampar dalam rekaan baharu, apron AMG Line krom baharu, gril berlian AMG Line baharu, lampu hadapan jenis LED berserta grafik DRL LED baharu. Bahagian belakang juga menggunakan lampu jenis LED sepenuhnya. 


Baca: Model Coupe Mercedes-AMG GLE & Mercedes-Benz GLC Dilancarkan – Dari RM469K


Kelengkapan baharu lain ialah panel ambang sisi AMG Line, cladding lengkungan roda dalam warna badan serta apron belakang AMG Line dengan elemen yang kelihatan seperti diffuser. Sentuhan AMG Line disempurnakan lagi dengan penggunaan rim baharu, aloi ringan multi-jejari AMG bersaiz 12 inci. 


web_CariCarz_TA_Launch_Mercedes_Benz-GLE-450-4Matic-AMG-Line_CKD_-4.jpgweb_CariCarz_TA_Launch_Mercedes_Benz-GLE-450-4Matic-AMG-Line_CKD_-5.jpgweb_CariCarz_TA_Launch_Mercedes_Benz-GLE-450-4Matic-AMG-Line_CKD_-7.jpgweb_CariCarz_TA_Launch_Mercedes_Benz-GLE-450-4Matic-AMG-Line_CKD_-6.jpgweb_CariCarz_TA_Launch_Mercedes_Benz-GLE-450-4Matic-AMG-Line_CKD_-8.jpg


Kabinnya juga diberikan beberapa sentuhan baharu seperti yang dapat dilihat pada bahagian stereng, upholsteri dan teknologinya. 


Di dalam kabin, GLE 450 mendapat sentuhan baharu  dengan tempat duduknya kini menggunakan sarung kombinasi kulit buatan Artico dan mikrofiber, stereng baharu balutan kulit Nappa, panel kawalan sentuh baharu serta corong udara jenis besi dengan bingkai krom. 


Elemen menarik lain di dalam kabin ialah penggunaan kemasan bercorak kayu Anthracite dan skrin dwi-digital yang telah dikemaskini (kedua-duanya berukuran 12.3 inci). Sistem infotainmennya menggunakan perisian MBUX terkini dengan fungsi navigasi serta paparan AR, serta boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. Sistem audio yang digunakan ialah Burmester 3D dengan 13 speaker. 


web_CariCarz_TA_Launch_Mercedes_Benz-GLE-450-4Matic-AMG-Line_CKD_-15.jpgweb_CariCarz_TA_Launch_Mercedes_Benz-GLE-450-4Matic-AMG-Line_CKD_-11.jpg


Enjin petrol turbo 6 silinder sebaris 3.0 liter kini digabungkan dengan teknologi hibrid ringkas (MHEV) generasi kedua.


Untuk trenkuasa, GLE 450 masih menggunakan enjin petrol turbo 6 silinder sebaris 3.0 liter, kini dipasangkan dengan teknologi hibrid ringkas (MHEV) generasi kedua. Output kuasa telah meningkat sedikit menjadi 381 hp dan 500 Nm, dengan kuasa disalurkan kepada semua roda (AWD) melalui transmisi automatik 9 kelajuan. Ini membolehkannya melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa sepantas 5.6 saat. 


Baca: Mercedes-AMG Bangunkan SUV Elektrik 1,000 HP? Ini Perkembangannya...


Dari segi keselamatan, GLE 450 diberikan ciri bantuan pemandu aktif (ADAS) yang telah dikemaskini dengan penambahan Driving Assistance Package Plus yang hadir dengan ciri bantuan jarak aktif DISTRONIC, bantuan pengendalian aktif dan juga bantuan pengendalian evasif atau  PRE-SAFE Impulse Side. Selain itu, sistem parkir generasi 5.0 turut diperkenal kembali dalam ciri bantuan parkir aktif untuk memudahkan parkir menegak. 


Mercedes-Benz GLE 450 4Matic yang telah diperbaharui ini kini ditawarkan di pasaran melalui pengedar sah Mercedes-Benz di seluruh negara pada harga RM528,888 tanpa insurans.

web_CariCarz_TA_Launch_Mercedes_Benz-GLE-450-4Matic-AMG-Line_CKD_-19.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS9245

SELANGOR

BSU2554

JOHOR

JF3280J

PULAU PINANG

PSG1764

PERAK

APL9486

PAHANG

CFH9376

KEDAH

KGJ3641

NEGERI SEMBILAN

NEM1983

KOTA KINABALU

SJU4374

KUCHING

QAB7145P

Terakhir Kemas Kini 04 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV
Mercedes-Benz EQS 500 4MATIC, CKD Di Pekan, Padu Semacam, Harga Pun Boleh Tahan!

Mercedes-Benz EQS 500 4MATIC, CKD Di Pekan, Padu Semacam, Harga Pun Boleh Tahan!

Mercedes-Benz Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan melaksanakan operasi pemasangan tempatan (CKD) model EQS 500 4MATIC di kilangnya yang terletak di Pekan, Pahang.

15-02-2023

Berita Terkini

Kereta Baru
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026
Kereta Baru
Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).

22-09-2026
Kereta Baru
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Kereta Baru
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.

10-09-2026
Kereta Baru
Berapa Harga Volvo EX90?

Berapa Harga Volvo EX90?

Volvo EX90 Rasmi Dijual RM428k: Rebat RM25k & Wallbox Percuma.

08-09-2026
Kereta Baru
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.

07-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.