Neta Malaysia Tawar Waranti SEUMUR HIDUP & Program Kesetiaan

Neta Malaysia telah melancarkan Waranti Seumur Hidup dan Program Kesetiaan
Intro Synergy Sdn Bhd (ISSB), pengedar rasmi kenderaan Neta di Malaysia, baru-baru ini telah melancarkan Waranti Seumur Hidup serta Program Kesetiaan untuk semua kenderaan elektrik (EV) jenama tersebut. Program ini dirancang untuk meningkatkan pengalaman pemilikan kenderaan Neta di Malaysia dengan menyediakan liputan jaminan yang luas dan pelbagai keistimewaan eksklusif.
PROGRAM WARANTI SEUMUR HIDUP


Program Waranti Seumur Hidup ini ditawarkan kepada 500 pelanggan baharu yang membeli Neta V bermula 2 April hingga 30 Jun. Jaminan ini meliputi semua komponen EV penting termasuk bateri, motor, unit pengawal motor, serta litar bersepadu yang mengawal operasi peranti dan sistem tertentu.
PROGRAM KESETIAAN NETA

ISSB juga telah melancarkan Program Kesetiaan Neta. Program ini menawarkan pelbagai keistimewaan eksklusif yang dirancang untuk meningkatkan pengalaman pemilikan, termasuk harga diskaun untuk pembelian aksesori Neta yang tertentu dengan jumlah penjimatan sehingga RM24,300, peluang untuk menyertai cabutan bertuah dan banyak lagi. Program Kesetiaan Neta juga ditawarkan untuk pemilik Neta sedia ada di Malaysia.
Mengulas tentang pelancaran program istimewa ini, Pengerusi Eksekutif ISSB, Dato' SM Azli SM Nasimuddin Kamal berkata, "Kami sangat berbangga dengan proses pengeluaran NETA yang menjamin kebolehpercayaan dan kecemerlangan setiap produk yang kami tawarkan di pasaran. Melalui protokol pembuatan yang ketat dan ujian serta pengesahan yang intensif, kami dengan sepenuh hati menyokong [tawaran] waranti ini.”

Pengerusi Eksekutif ISSB, Dato' SM Azli SM Nasimuddin Kamal
“Program Waranti Seumur Hidup dan Program Kesetiaan yang diperkenalkan ini akan memberikan ketenangan fikiran yang tiada tandingan kepada pelanggan dan mengukuhkan lagi dedikasi serta komitmen NETA untuk memberikan nilai luar biasa kepada pelanggan kami," tambah beliau.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Program Waranti Seumur Hidup dan Program Kesetiaan NETA, boleh kunjungi laman web rasmi Neta Malaysia atau hubungi talian bantuan pelanggan di 016-504-0881.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ1098
SELANGOR
BST6859
JOHOR
JE2496J
PULAU PINANG
PSF5417
PERAK
APL4629
PAHANG
CFH7313
KEDAH
KGJ1097
NEGERI SEMBILAN
NEL8375
KOTA KINABALU
SJU1209
KUCHING
QAB5611P
Terakhir Kemas Kini 17 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat