ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Peugeot Buat Rumah Terbuka! Jadi Terawal Lihat & Tempah 408, Pandu Uji & Menang RM1,000!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

PEUGEOT-Sinar-Raya-Open-House.jpg


Kempen 'Sinar Raya Open House Weekend' berlangsung dari 20 hingga 21 April ini. 


Stellantis Malaysia, Syarikat Jualan Nasional (NSC) yang baru dibentuk, telah mengumumkan pelancaran kempen istimewa sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, 'Sinar Raya Open House Weekend' yang berlangsung bulan ini untuk jenama Peugeot. 


Kempen yang diadakan pada 20 dan 21 April dari jam 9 pagi hingga 6 petang ini, melibatkan pengedar Peugeot yang terpilih di seluruh negara.


Salah satu tarikan utama kempen ini ialah kemunculan model pemasangan tempatan (CKD) baharu dan terkini iaitu Peugeot 408 di beberapa pengedar terpilih. Model ini dapat disaksikan dengan lebih dekat sebelum pelancaran rasminya yang dijadualkan pada bulan hadapan.  


web_Peugeot-Hari-Raya-408.jpg


Selain itu, pelanggan juga berpeluang untuk membuat tempahan awal bagi model ini semasa kempen berlangsung. Peugeot 408 ini merupakan salah satu daripada beberapa lagi model lain yang dirancang untuk dibawa masuk oleh Stellantis Malaysia bagi pasaran Malaysia. 


web_CariCarz_Peugeot-408_spyshot_Malaysia_1.jpgweb_CariCarz_Peugeot-408_spyshot_Malaysia_2.jpg


Kalau ada yang masih ingat, model crossover fastback ini pernah dilihat diuji di jalan raya  Malaysia tidak lama dahulu. 


435505046_10161231270707888_2460550637317547351_n.jpg


Spesifikasi ‘tidak rasmi’ Peugeot 408  yang telah dibocorkan di media sosial. 


Spesifikasi 'tidak rasmi' bagi model tersebut telah bocor di media sosial semasa cuti Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. Foto spesifikasi tersebut menunjukkan bahawa tiga varian akan ditawarkan iaitu varian asas Allure, varian pertengahan Premium dan varian paling tinggi GT.


Dibangunkan berdasarkan platform EMP2, semua varian ini akan menggunakan enjin turbo petrol 1.6 liter PureTech yang menghasilkan 215 hp dan 300 Nm kepada roda hadapan melalui sistem transmisi automatik 8 kelajuan. Setiap varian bakal hadir dengan senarai kelengkapan yang berbeza, dan varian paling ‘premium’ akan dilengkapi dengan pelbagai ciri menarik. 


peugeot-408-2023-(3).jpgpeugeot-408-2023-(8).jpgpeugeot-408-2023-(11).jpgpeugeot-408-2023-(12).jpgpeugeot-408-2023-(9).jpg


Antara ciri utama varian GT termasuk lampu hadapan jenis LED matriks, rim 'Monolithe Black' 20 inci yang menyerlah, panel instrumen '3D Quartz Display' 10 inci, tempat duduk dengan fungsi urutan dan banyak lagi.


Peugeot-2008-SE-6.jpgCariCarz_2023_Twin-test_Peugeot-3008_Peugeot-5008_-15.jpg


Sesi pandu uji crossover 2008 (kiri) serta 3008 dan 5008 (kanan) turut ditawarkan.


Selain kemunculan model 408, 'Sinar Raya Open House Weekend' juga menyaksikan pengedar yang terlibat menawarkan sesi pandu uji untuk crossover 2008, 3008 dan 5008. Selain itu, model-model tersebut juga ditawarkan dengan rebat sehingga RM8,000 semasa kempen ini.


Pengunjung yang menguji pemandu mana-mana model tersebut layak untuk mengikuti cabutan bertuah "ketupat" dengan peluang untuk memenangi sehingga RM1,000 'Duit Raya' tambahan’ untuk tempahan yang dibuat. 


Maklumat lanjut mengenai 'Sinar Raya Open House Weekend' boleh didapati dalam talian melalui laman Facebook rasmi Peugeot Malaysia, serta laman web rasminya, Peugeot.com.my.

CariCarz_2023_Twin-test_Peugeot-3008_Peugeot-5008_-1.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4081

SELANGOR

BSU4704

JOHOR

JF9167J

PULAU PINANG

PSG5134

PERAK

APM3341

PAHANG

CFJ1512

KEDAH

KGJ5019

NEGERI SEMBILAN

NEM3179

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

10-03-2025
Berita Auto

28-02-2025
Berita Auto

16-01-2025
Berita Auto

13-01-2025
Berita Auto

25-10-2024
Berita Auto

01-10-2024
Berita Auto

06-09-2024
Berita Auto

02-09-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?

Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.

16-10-2026
Berita Auto

F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur

Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.

16-10-2026
Berita Auto

Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition

PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.

16-10-2026
Berita Auto

Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini

Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.

16-10-2026
Berita Auto

Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?

Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.

15-10-2026
Berita Auto

Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom

Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.

15-10-2026
Berita Auto

Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!

Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.

15-10-2026
Berita Auto

F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini

F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.

15-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.