smart Kini Ada Di Damansara

smart Damansara, pengedar kereta elektrik (EV) pintar di bawah Smart Mobility Sdn. Bhd. telah membuka cawangan di tingkat bawah Menara TSR, Mutiara Damansara.
Pusat jualan, servis dan alat ganti (3S) yang berkeluasan 7,500 kaki persegi menampilkan empat ruang servis, bilik pameran dan hab alat ganti serta menyasarkan untuk menampung sehingga 30 kereta dalam sehari.

Ketua Pegawai Eksekutif Smart Mobility Sdn. Bhd, Eric Moo berkata, pusat 3S itu direka dengan gaya kontemporari namun mengekalkan suasana yang cukup selesa.
“Untuk itu, kami menjemput orang ramai datang ke pusat 3S untuk merasai pemanduan smart#1,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Selain daripada jualan dan servis, cawangan itu juga akan berfungsi sebagai hab komuniti selain memenuhi pelbagai keperluan berkaitan smart#1.

Malah, fasiliti baharu ini turut menyediakan pelbagai kemudahan untuk para pelanggan sementara mereka menunggu kereta diselenggara dalam hanya dua jam.
Para pelanggan boleh menggunakan kemudahan Wi-Fi, menikmati minuman dan snek ringan yang disediakan secara percuma.
Bagi mereka yang mempunyai anak-anak, anda jangan risau mengujungi pusat 3S ini memandangkan terdapat ruang kanak-kanak untuk bermain.
Sedikit info mengenai smart#1, smart Malaysia secara rasmi melancarkan model elektrik pertama mereka, smart #1 ke pasaran tempatan pada tahun lepas.
smart #1 ditawarkan dalam tiga varian dan harga (di atas jalan seperti berikut):
· smart #1 Pro – RM189,000
· smart #1 Premium – RM219,000
· smart #1 BRABUS – RM249,000

Sehubungan itu, bagi yang berminat untuk mengunjungi pusat 3S smart, ia dibuka pada hari Isnin – Sabtu (9 pagi -7 malam) manakala waktu operasi Ahad pula (10 pagi – 6 petang).
Untuk keterangan lanjut, KLIK.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS2271
SELANGOR
BSU1401
JOHOR
JF384J
PULAU PINANG
PSF9490
PERAK
APL8039
PAHANG
CFH8716
KEDAH
KGJ3035
NEGERI SEMBILAN
NEM1410
KOTA KINABALU
SJU3520
KUCHING
QAB6589P
Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat