smart#1 Laku Keras

Model smart #1 melakar sejarah dalam pasaran kenderaan elektrik apabila model itu menduduki tempat ketiga dalam kategori SUV EV di Malaysia.
smart #1 dilihat mampu mengukuhkan kedudukannya disebabkan harganya sekitar RM180,000 menyebabkan ia menjadi salah satu EV premium yang paling digemari di Malaysia setakat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia, Zhang Qiang berkata, pencapaian itu mencerminkan permintaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian mobiliti bandar di rantau ini.
Apa yang cukup membanggakan ialah walaupun hanya satu model dijual, berbanding pemain utama lain dalam industri, pihaknya telah mencapai kejayaan.

“Ini membuktikan kepercayaan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan kami, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan setia,” katanya dalam satu kenyataan.
Sejak pelancaran, kejayaan smart #1 di Malaysia dianggap agak luar biasa dalam segmen SUV EV premium.
Ini kerana 100 model smart#1 berjaya dijual dalam tempoh satu bulan, sekali gus mencatat rekod jualan yang cukup memberangsangkan.
smart #1 dilihat telah berjaya menarik perhatian pengguna yang mencari kereta berprestasi dan kecekapan selain sesuai digunakan dalam bandar.


Ia secara konsisten berada di kedudukan antara pesaing utama dalam segmen SUV premium EV, memandangkan varian model BRABUS dilihat mendapat pujian atas prestasi luar biasanya.
Menurut kenyataan smart Malaysia, di sebalik pencapaian smart terdapat pelbagai gabungan faktor, termasuk DNA jenama premiumnya yang diwarisi daripada Mercedes-Benz.
Selain itu, akses ke lokasi pengecasan 70% dalam satu aplikasi, dan ciri ADAS yang terkenal, serta tumpuan tanpa henti untuk meningkatkan infrastruktur pengecasan di seluruh negara juga antara penyumbang kepada jualan smart#1 meningkat.


Sehubungan itu, komitmen smart Malaysia untuk memberikan pengalaman pelanggan yang tiada tandingan terus meningkatkan kejayaan smart #1.
Dari aplikasi Hello smart yang inovatif hingga kepada penyelesaian pengecasan yang komprehensif dan penawaran perkhidmatan yang lancar, smart Malaysia memastikan setiap aspek perjalanan pemilikan EV dioptimumkan untuk kemudahan dan kepuasan pemilik smart.

Selain itu, kerjasama smart Malaysia dengan pihak berkepentingan dan rangkaian pengedar daripada 10 kepada 13 lokasi, termasuk penubuhan hab komuniti yang pertama di Malaysia Timur, dilihat menekankan komitmennya untuk memenuhi keperluan pengguna Malaysia yang semakin berkembang dan memacu penggunaan EV di seluruh negara.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS2271
SELANGOR
BSU1401
JOHOR
JF384J
PULAU PINANG
PSF9490
PERAK
APL8039
PAHANG
CFH8716
KEDAH
KGJ3035
NEGERI SEMBILAN
NEM1410
KOTA KINABALU
SJU3520
KUCHING
QAB6589P
Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ini 4 Perkara Yang Anda Patut Tahu Mengenai smart #3
smart #3 bakal berada di pasaran kita tidak lama lagi.
14-05-2024
Kereta smart#1 Memang "SMART" Habis
Penulis berkesempatan memandu uji dua varian smart#1 baru-baru ini.
18-10-2023
PRO-NET Raikan Ulang Tahun Ke-2 Dengan smart Owners Club Malaysia
PRO-NET meraikan ulang tahun keduanya bersama smart Owners Club Malaysia, baru-baru ini.
24-12-2025
Smart #1, #3 Dipamer Di AEON Tebrau, Orang Tebrau Boleh Datang Jenguk
smart Malaysia mengadakan smart Tour Roadshow di pusat beli-belah Aeon di Tebrau, Johor bermula hari ini hingga 17 November.
13-11-2024
Pertandingan Electrifying The Future, Kumpulan 2 Fast 2 Smart Bawa Pulang RM5,000
Kumpulan 2 Fast 2 Smartdinobatkan sebagai pemenang Pertandingan “‘Electrifying The Future’ yang dianjurkan oleh smart Malaysia, baru-baru ini.
03-10-2024
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat