SUV Sempoi, Nampak Petak Tapi Luas

smart Concept #5 sudah siap sedia untuk dipamerkan pada pameran Auto China 2024 yang bakal diadakan di Beijing, China.
Ia yang merupakan hasil rekaan terbesar, paling luas dan paling lasak dikatakan akan menembusi pasaran pada suku kedua tahun ini.

Bagaimanapun, butiran saiz didedahkan namun smart mengesahkan ia adalah sebuah SUV premium bersaiz sederhana seperti mana SUV #1 dan 3 yang sedia ada.
Sekali pandang, smart Concept #5 menggunakan bentuk petak dan bertegak namun lain pula dengan versi #1 dan #3 dimana kedua-duanya lebih bulat serta montok.
SUV ini juga kelihatan hampir sama dengan Mercedes-Benz GLB/EQB.
Apapun, ia tidak seperti mana-mana produk EV lain dimana , Concept #5 dan versi pengeluaran juga dikatakan akan dibina berdasarkanplatform SEA.
Malah, sama seperti model smart #1 dan smart #3, rekaan luaran Concept #5 ini dihasilkan oleh studio rekaan Mercedes.

Selain itu, Concept #5 dikhabarkan bakal menggunakan motor berkembar dan pacuan semua roda (AWD).
Melihat imejnya, smart Concept #5 ini dilihat mempunyai jarak kelegaan tanah yang tinggi, selain menggunakan tayar all-terrain, skid plate, serta kabel keluli yang biasanya ada pada model off-road.


Malah, dikhabarkan model #5 ini bakal menawarkan pergerakan sejauh 549 km dengan hanya sekali cas.
Begitupun, smart masih menutup mulut mengenai trenkuasanya tetapi ada mendedahkan bahawa ia bakal menyediakan lima mod pemanduan.
Menjengah bahagian kabinnya, ia dilengkapi dengan tiga skrin dimana salah satu berfungsi sebagai panel instrumen manakala dua unit adalah skrin OLED besar .

Antara kelengkapan lain ialah tempat duduknya dilengkapi dengan fungsi pemanasan, pengudaraan dan fungsi urutan serrta terdapat ambien seperti bintang pada pintu.
Tertera juga logo X pada bumbung jentera ini.

Sejurus ia masuk ke pasaran, SUV ini dikatakan bakal menjadi pesaing kepada MINI Countryman EV, BMW iX1, Audi Q4 e-tron serta Volvo EX40/EC40.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT2691
SELANGOR
BSU3026
JOHOR
JF4271J
PULAU PINANG
PSG2477
PERAK
APM592
PAHANG
CFH9587
KEDAH
KGJ3928
NEGERI SEMBILAN
NEM2198
KOTA KINABALU
SJU4663
KUCHING
QAB7304P
Terakhir Kemas Kini 07 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge