"Tiada Isu Dengan Brek Omoda 5 Seperti Yang Diviralkan." – Chery & Puspakom
-full_normal.webp)
Lima hari selepas Chery Malaysia mengeluarkan kenyataan mengenai insiden kegagalan brek yang dilaporkan oleh seorang pelanggan Omoda 5 di media sosial, syarikat automotif China itu telah mendedahkan hasil siasatannya mengenai isu tersebut.
Menurut Chery Malaysia, pasukan teknikal mereka telah menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenalpasti punca sebenar isu brek itu. Sepanjang proses penyiasatan dibuat, pihak perkhidmatan pelanggannya berhubung rapat dengan pengadu untuk memastikan pelanggan tersebut menerima perkembangan terkini dari masa ke masa.

Bagi memastikan penilaian dibuat dengan saksama, pihak ketiga iaitu Puspakom juga telah menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas kenderaan sama.
Puspakom telah melaksanakan pemeriksaan 10 mata yang terperinci, termasuk ujian brek bagi menilai kecekapan, ketidakseimbangan dinamik, kehabisan, daya sisa dan fungsi brek parkir untuk memastikan brek berfungsi di tahap yang optimum.
Ujian yang dijalankan oleh kedua-dua pihak menunjukkan bahawa kenderaan tersebut tidak memiliki sebarang isu, mengesahkan keselamatan kenderaan dan prestasi sistem brek yang memuaskan.

Hasil ujian ini juga telah dimaklumkan kepada pelanggan, berserta dengan laporan lengkap yang menggambarkan semua penemuan pemeriksaan.
Chery Malaysia menegaskan bahawa syarikatnya mengambil serius isu ini kerana keselamatan sentiasa menjadi keutamaan tertinggi Chery, baik di peringkat global mahupun tempatan. Chery kini memasarkan kenderaannya di lebih 80 negara di seluruh dunia.

Di Malaysia, Chery Omoda 5 telah menerima sambutan yang baik dan pengiktirafan daripada media tempatan. Chery juga mendapat Anugerah Waranti Terbaik semasa Ekspo Motor Antarabangsa Malaysia pada tahun 2023.
Chery Malaysia mengalu-alukan semua pelanggan dan bakal pelanggan yang memerlukan maklumat lanjut mengenai isu ini dan lain-lain dengan menghubungi mana-mana pengedar sah atau Talian Khidmat Pelanggan Chery di 03-2771 7070. Anda juga boleh menghantarkan emel kepada [email protected].
Berikut adalah kenyataan lengkap daripada Chery Malaysia mengenai isu ini:
_page-0001-full.webp)
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7468
SELANGOR
BST4363
JOHOR
JD5710J
PULAU PINANG
PSF3099
PERAK
APL2350
PAHANG
CFH6193
KEDAH
KGH8572
NEGERI SEMBILAN
NEL6823
KOTA KINABALU
SJT8847
KUCHING
QAB5138P
Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Makin Agresif, Chery Perkukuh Pasaran Malaysia Dengan Model Ke-10, Tiggo 9
Chery Malaysia: 3 Tahun, 60 Pengedar, Dan Kilang Baharu RM2.2 Bilion Di Lembah Beringin.
29-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Pendaftaran Minat Chery Tiggo 9 Sudah Dibuka, SUV Mewah Yang Bakal Buat Pesaing 'Goyang'
Chery Tiggo 9 Malaysia: Enjin 2.0T AWD, 23 Ciri ADAS & Skrin 15.6 Inci – Pendaftaran Kini Dibuka.
22-05-2026
Chery Lantik Robert Lewandowski sebagai Duta Jenama Global
Chery melantik ikon bola sepak dunia, Robert Lewandowski, sebagai Duta Jenama Global Chery.
19-05-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Chery Malaysia, Touch 'n Go Jalin Kerjasama: Tag RFID Percuma Untuk Model Terpilih
Tiada Lagi Isu Pasang RFID Sendiri, Chery siap pasang RFID pada model terpilihnya.
22-04-2026
Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya
Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.
15-04-2026
Berita Terkini
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual
10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.
03-09-2026
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard
Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.
03-09-2026
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam
Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal
03-09-2026
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
