4 Model Perodua Dipasang Secara CKD

Pengeluar kereta nasional, Perodua telah memasuki pasaran Bangladesh selepas ia menjalinkan kerjasama dengan PHP Motors.
Perkara itu didedahkan oleh laman berita, The Business Standard yang berpangkalan di Bangladesh selepas satu majlis pelancaran kereta Perodua dilakukan di Dhaka, semalam.

Anjuran majlis itu dibuat oleh PHP Motors yang sebelum ini merupakan rakan niaga Proton.
Daripada laporan The Business Standard, PHP Motor dikhabarkan, sudah menamatkan perjanjian perkongsiannya dengan Proton, bulan lepas.
Untuk itu, Proton telah memeterai perjanjian dengan rakan kongsi baharunya, RANCON Holdings Limited.
Terdahulu, Pengarah Urusan PHP Motors, Mohammed Akhtar Parvez mengesahkan bahawa model-model Perodua akan dipasang secara tempatan (CKD) di Bangladesh, tidak lama lagi


Buat masa ini, tiada sebarang maklumat didedahkan namun senarai penuh model Perodua yang akan dipasang secara CKD akan diumumkan pada hujung bulan ini.
Bagaimanapun, dalam satu temu bual dengan The Business Standard, Mohammed mendedahkan bahawa PHP Motors akan menggunakan kilangnya di Chattogram untuk memasang empat model iaitu SUV crossover 7 tempat duduk Aruz, Bezza, Myvi, dan Axia.


Sementara itu, pihak Perodua masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung isu ini.
Sebelum ini, pembuat kereta nasional itu menetapkan sasaran untuk meningkatkan usaha eksportnya sebanyak 79% tahun ini.

Usaha terbaharunya dapat dilihat apabila Perodua melancarkan Axia dan Alza baharu di negara jiran di Brunei, baru-baru ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9680
SELANGOR
BST8951
JOHOR
JE5872J
PULAU PINANG
PSF7310
PERAK
APL6227
PAHANG
CFH7972
KEDAH
KGJ2119
NEGERI SEMBILAN
NEL9541
KOTA KINABALU
SJU2240
KUCHING
QAB5997P
Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tahniah! Betamek Menang Kontrak RM176 Juta Bekal Komponen Model Baharu Perodua
Betamek berjaya memperoleh kontrak bernilai RM176 juta untuk membekalkan komponen elektronik bagi model kereta.
25-12-2025
Perodua Traz Bakal Cabar PROTON X50? Ini Sebabnya..
Penulis berkesempatan memandu uji Perodua Traz, baru-baru ini.
17-12-2025
Perodua Aruz Kini Ada Warna Hitam, Harga Tetap Sama!
Perodua membawa masuk warna baharu untuk Perodua Aruz.
14-10-2024
Semua Model Terjejas Sebenarnya Ikut Piawaian, - LOKE
Kementerian Pengangkutan mengesahkan bahawa semua model Perodua dan Toyota mematuhi sepenuhnya piawaian keselamatan Peraturan UN.
28-05-2024
Jangan Main-Main Dengan Jenama PROTON, PERODUA
Perodua dan PROTON mencatat sejarah tersendiri di mata dunia.
05-07-2023
JPJ Sahkan Nombor Plat Bezza FF2 Hanyalah Suntingan
Sebab FF2, Tak Pasal-Pasal Kereta Bezza Viral.
30-05-2023
Baru 2 Jam Pandu Kereta Baru, Dah Kena Langgar
Seorang pemilik kereta Alza kecewa apabila kereta yang baru diterima terlibat dalam kemalangan.
22-05-2023
Berita Terkini
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat