Ada 200 Unit: Boleh Ditempah Dalam Talian: Harga Lebih RM181K

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia melancarkan Ford Ranger StormTrak Edisi Terhad untuk pasaran tempatan, sebentar tadi.

Ia dijual pada harga RM 181,888 (tanpa insurans) di Semenanjung Malaysia, RM188,288 di Sabah dan Sarawak.
Model baharu ini boleh ditempah secara eksklusif di dalam talian namun hanya 200 unit ditawarkan.

Untuk makluman anda, jentera ini dilengkapi dengan enjin Bi-Turbo 2.0L dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 207hp dan 500 Nm.
Menjengah bahagian luarannya, ia dipadankan dengan roda bersaiz 20 inci dengan cat hitam dan terdapat sisipan pada roda berwarna merah.
Gril dan bamparnya kelihatan agak menyerlah dan mencerminkan statusnya sebagai kenderaan edisi terhad.

Menjengah bahagian dalamannya, ia dihiasi dengan papan pemuka disulami dengan jahitan merah manakala kerusinya dipasang dengan logo StormTrak.

Bagi meningkatkan fungsinya ia dilengkapi dengan beberaoa ciri yang pertama kali diperkenalkan dalam kelasnya.
Antaranya ialah lampu sokongan untuk menerangi jalan lasak yang gelap, pencahayaan zon untuk mencerahkan ruang sekeliling kereta dan terdapat juga lampu kargo untuk memudahkan masuk dan keluar barang.

Difahamkan, inovasi Ranger StormTrak diteruskan dengan sistem rak fleksibel dan rel bumbung jenis boleh dipegang.

Model ini juga didatangkan dengan teknologi canggih seperti penukar gear elektronik, dengan transmisi automatic 10 kelajuan, tekanan brek auto dan bantuan letak kereta aktif 2.0.

Bagi yang berminat dengan edisi terhad ini, ia didatangkan dengan tiga warna: Putik Artik, Kelabu Meteor dan Hitam.
Ia boleh ditempah, KLIK.
Untuk keterangan lanjut, layari www.sdacford.com.my.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC7294
SELANGOR
BSQ8604
JOHOR
JYY8176
PULAU PINANG
PSD1512
PERAK
APJ2687
PAHANG
CFG7950
KEDAH
KGG5421
NEGERI SEMBILAN
NEK6706
KOTA KINABALU
SJS4392
KUCHING
QAB152P
Terakhir Kemas Kini 21 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ford Ranger & Everest Dikemaskini Untuk Tahun 2026 Akhirnya Didedahkan Di Australia
Generasi terkini Ford Ranger dan Everest T6 yang telah menerima beberapa penambahbaikan untuk model tahun 2026, didedahkan kepada pihak media di Australia, pagi tadi.
25-11-2025
Ford Mobile Service: Servis Khidmat Baik Pulih Ringan Di Depan Pintu
FMS digunakan untuk tujuan khidmat penyelenggaraan serta kerja baik pulih ringan secara terus ke lokasi pelanggan.
11-06-2025
Auto ConeXion-Ford Antara 6 Pengedar Di Dunia Yang Tawar CSR Terbaik!
Auto ConneXion merupakan antara enam pengedar di dunia kerana menawarkan CSR yang cukup cemerlang.
27-03-2025
Panggil Balik 41,688 Kenderaan Untuk Elak Kemalangan
Antara jenama yang terlibat ialah Honda, Kia, MAN TGS, Ford, Audi dan Mercedes.
20-02-2025
Pusat 3S, Body & Paint Ford Dibuka Di Pulau Pinang
Pengedar rasmi Ford di Malaysia, Sime Darby AutoConneXion (AutoConneXion), memperkukuh kehadirannya dengan pembukaan Pusat 3S baharu di Seberang Perai, Pulau Pinang.
20-02-2025
Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?
Edisi terhad ini akan dilancarkan pada hujung bulan ini.
15-05-2024
Ford Ranger Getaways Tawar Latihan 4x4
Sesi latihan Ford Ranger Getaways untuk pemilik Ranger dan Ranger Raptor.
19-04-2024
Akan Buang 10K Pekerja, AI Jadi Pengganti Syarikat Pembekal Komponen Tesla & VW Ini
Sebuah syarikat pembekal automotif dari Perancis, telah mengumumkan rancangan untuk menghentikan sebanyak 10,000 kakitangan.
26-02-2024
Berita Terkini
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Hyundai STARGAZER Kini Dibuka Untuk Tempahan Di KLIMS 2026, Harga Bermula Dari RM99,XXX Sahaja
Hyundai STARGAZER: Rupa SUV, Jiwa MPV Keluarga.
15-06-2026
KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS
Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.
15-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888
Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.
12-06-2026
KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut
Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.
12-06-2026
KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih
Bukan Biasa-Biasa! Kia Mengganas di KLIMS 2026 Bawa Masuk 4 Model Global Sekaligus.
12-06-2026
KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k
Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.
12-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat