Aplikasi Pengecas EV, KINETA Charge, Dilancarkan – Mesra Pengguna & Lengkap
-full_normal.webp)
Kineta telah melancarkan aplikasi mudah alihnya sendiri, KINETA Charge. Aplikasi ini dibangunkan dengan sasaran untuk mengubah cara penggunaan pengecas EV di Malaysia melalui perkhidmatan yang cemerlang, proses yang lancar dan teknologi yang inovatif.
Selain itu, demi memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa bertambah dari masa ke masa, Kineta komited untuk memperluaskan rangkaiannya di seluruh negara dengan menyediakan lebih banyak lagi lokasi pengecasan melalui kerjasama dengan rakan kongsi.
-full_normal.webp)
Berdasarkan pemerhatian, aplikasi KINETA Charge berfungsi sebagai aplikasi yang berdiri sendiri untuk pengecas jenama Kineta dan sebagai agregator, menjalinkan hubungan perayauan (roaming) dengan syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) dan entiti swasta lain.
Setelah memuat turun dan menguji aplikasi tersebut, kami di CariCarz.com mendapati prosedur pendaftaran keseluruhannya berjalan lancar dan pantas, begitu juga fungsi-fungsi dan pengalaman pengguna aplikasi tersebut. Paparan peta aplikasi tersedia melalui Waze atau Google Maps, memberi pengguna lebih daripada satu pilihan sumber navigasi.
-full.webp)
Walau bagaimanapun memandangkan aplikasi ini baru sahaja dilancarkan, buat masa ini ia hanya menunjukkan empat lokasi pengecas EV, dan hanya dua lokasi dengan pengecas AC (Grand Hyatt Hotel, KL dan ECORIDE Mydin Subang Jaya) yang beroperasi pada kadar RM0.10/min. Sementara itu, dua lokasi pengecas DC yang terletak di Sime Darby Motor City, Ara Damansara, masih belum beroperasi dan tiada kadar pengecasan dipaparkan.
Untuk pembayaran, aplikasi KINETA Charge menyediakan pelbagai pilihan termasuk e-dompet seperti GrabPay dan Touch 'n Go. Kami dimaklumkan bahawa pembayaran kad debit dan kredit akan ditawarkan tidak lama lagi.
-full.webp)
Aplikasi KINETA Charge juga akan menyediakan fungsi-fungsi aplikasi cas EV yang standard seperti memulakan dan menghentikan sesi cas, serta invois dan resit pembayaran yang memaparkan kadar dan caj yang terperinci.
Sementara itu, bagi pelanggan korporat, KINETA Charge telah mencipta modul Sistem Pengurusan Cas (CMS) yang merupakan pertama seumpamanya di pasaran. Modul ini membolehkan pelanggan korporat untuk mengemaskini profil sistem pengecasan mereka dengan gambar pengecas, menetapkan harga berbeza mengikut lokasi dan menawarkan promosi dengan mudah. Modul CMS ini juga dapat menyediakan pelbagai laporan pengurusan berdasarkan keperluan perniagaan.
-full.webp)
Pada masa akan datang, kami dimaklumkan bahawa aplikasi KINETA Charge akan menyokong plug and charge tanpa aplikasi yang hanya memerlukan pengguna untuk mendaftar hanya sekali sahaja dan melakukan penambahan baki e-dompet.
Aplikasi KINETA Charge kini boleh dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store.
Baca: ChargeSini Dedah Hasrat Majukan Sektor EV Negara dengan Sokongan Dana “National Fund-of-Funds"
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4007
SELANGOR
BSU4697
JOHOR
JF9076J
PULAU PINANG
PSG5072
PERAK
APM3298
PAHANG
CFJ1494
KEDAH
KGJ4939
NEGERI SEMBILAN
NEM3174
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ciri Terbaru Aplikasi Gentari Go Hilangkan Keresahan Gerak Jauh Dengan EV
Gentari memperkenalkan Go Trip Planner, ciri baharu dalam aplikasi mudah alih Gentari Go. Direka untuk memudahkan pemilik kenderaan elektrik (EV) merancang perjalanan jarak jauh.
20-01-2025
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini
Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?
24-03-2026
Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen
Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.
11-02-2026
EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB
Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.
05-01-2026
Swift Bridge, ChargeSini Meterai MoU, Hasilkan Pengecas EV Di Malaysia
Swift Bridge Technologies (MFG) Sdn. Bhd. mengumumkan pelaburan besar bernilai RM11.2 juta untuk memulakan pengeluaran pengecas EV tempatan dalam tempoh tiga tahun akan datang.
13-11-2025
Cas EV Di ChargeSini Lebih Santai, Tempoh Kelonggaran Kini 30 Minit
ChargeSini, mengumumkan bahawa tempoh kelonggaran atau idle grace period kini dipanjangkan daripada 15 minit kepada 30 minit selepas sesi pengecasan tamat.
04-11-2025
KINETA-Solarvest Satukan Kepakaran – Sasar Perluaskan Sistem Pengecas EV Dengan Tenaga Solar
KINETA Sdn Bhd, syarikat di bawah Sime Group yang menyediakan penyelesaian pengecasan kenderaan elektrik (EV), semalam telah memeterai kerjasama strategik dengan Powerbee Sdn Bhd dan Vestech Energy Sdn Bhd.
23-10-2025
Berita Terkini
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

