ChargeSini Dedah Hasrat Majukan Sektor EV Negara dengan Sokongan Dana “National Fund-of-Funds"
-full.webp)
Sejak ditubuhkan secara rasmi pada Oktober 2022, ChargeSini kini merupakan antara syarikat pengendali titik pengecasan (CPO) terkemuka negara. Dalam tempoh hanya 18 bulan, syarikat ini telah menyediakan 700 titik pengecas kenderaan elektrik (EV) di seluruh Malaysia, menjadikannya salah satu CPO paling pesat berkembang di Asia Tenggara.
Perkembangan yang memberangsangkan ini membuktikan peranan penting syarikat sebagai pemacu dalam peralihan ke arah penggunaan EV dan pendukung pembangunan tenaga lestasi yang sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mencapai pelepasan karbon bersih sifar menjelang 2050, seperti yang dinyatakan dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).
-full_normal.webp)
Sektor EV dan tenaga hijau penting untuk pertumbuhan ekonomi dan dalam matlamat kelestarian negara. Bagi merealisasikan aspirasi ini dan mempercepatkan penerimaan EV, ChargeSini memerlukan sokongan kerajaan Malaysia, terutamanya melalui inisiatif strategik seperti "National Fund-of-Funds."
-full.webp)
-full.webp)
Dalam ucapannya semasa merasmikan Sidang Kemuncak KL20 2024 pada 22 April 2024 lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Khazanah Nasional akan melancarkan "National Fund-of Funds" dengan peruntukan awal sebanyak RM1 bilion untuk melabur dalam syarikat-syarikat Malaysia yang inovatif dan memiliki pertumbuhan yang tinggi.
KL20 Summit 2024, yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia dan diterajui oleh Kementerian Ekonomi, menggariskan komitmen negara untuk mempromosikan inovasi jangka panjang dan keusahawanan dalam industri penting. Perkara tersebut selari dengan matlamat ChargeSini, yang mana dengan sokongan dan dana daripada kerajaan, organisasi ini dapat mempercepatkan pencapaian misinya untuk memperluaskan rangkaian stesen pengecas EV di seluruh negara.
-full.webp)
Selain itu, ChargeSini berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab EV terkemuka dan meluaskan pengaruhnya di seluruh Asia Tenggara. Stesen pengecas EV ChargeSini kini beroperasi di semua negeri di Malaysia dan akan dikembangkan di Indonesia tidak lama lagi.
Perkembangan pesat ChargeSini sebagai peneraju dalam teknologi hijau dibantu oleh penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI), analisis data besar dan ciri Super-App.
-full_normal.webp)
-full_normal.webp)
ChargeSini terkenal dengan teknologi berasaskan awannya yang telah dipatenkan yang terdiri daripada pangkalan data menyeluruh untuk memantau dan menganalisis parameter tenaga hijau.
Sistem yang dibangunkan ini digunakan untuk memantau tahap penurunan emisi gas karbon dioksida yang juga boleh ditafsirkan dalam bentuk jumlah pokok yang telah berjaya ditanam. Selain itu, sistem ini turut memantau transaksi kredit karbon dan pematuhan terhadap peraturan pasaran karbon.
-full.webp)
-full.webp)
Menurut ChargeSini, data ini tidak hanya menunjukkan kesungguhan mereka terhadap matlamat kelestarian Malaysia, tetapi juga sejajar dengan standard kepimpinan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Pengasas dan Pengarah Urusan ChargeSini, James Goh berkata, “Infrastruktur kami yang kukuh adalah penting dalam usaha strategik kami untuk memajukan neutraliti karbon dan membina ekosistem tenaga lestari, yang menggerakkan kami ke hadapan sebagai peneraju dalam gerakan global menuju ke arah masa depan yang lebih hijau.”
-full.webp)
Sokongan kewangan untuk syarikat seperti ChargeSini tidak hanya akan membantu mempercepatkan pertumbuhannya tetapi juga akan merangsang kemunculan perniagaan baharu, sekaligus merancakkan pertumbuhan ekonomi dan mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam sektor EV dan teknologi hijau di peringkat global.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQG6213
SELANGOR
BSL4325
JOHOR
JYP2581
PULAU PINANG
PRX3305
PERAK
APD8349
PAHANG
CFE6524
KEDAH
KGD6806
NEGERI SEMBILAN
NEJ1915
KOTA KINABALU
SJP6217
KUCHING
QAB9553M
Terakhir Kemas Kini 02 Jan, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.56
RON 97
RM 3.16
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.94
EURO 5 B7
RM 3.14
Terakhir Kemas Kini 01 Jan, 2026
Berita Terkini
Skuter Elektrik Marhaen, EZI TS-1 Semurah RM4,288 - Jarak Gerak 100KM
Skuter elektrik EZI TS-1 dijual semurah RM4,288.
01-01-2026
Sistem JPJ Alami Isu Teknikal Di Saat Akhir Cukai Jalan EV Percuma
Di saat-saat akhir 'cuti' cukai jalan (LKM) terhadap kenderaan elektrik (EV) bakal berakhir, kemunculan isu teknikal telah mencetuskan ‘huru-hara’.
31-12-2025
Kembar e.MAS 5, Geely EX2 Dilancarkan Di Indonesia – Jauh Lebih Murah?
Selepas mendarat di Thailand, SUV elektrik kompak Geely EX2 baru-baru ini secara rasmi telah ‘menyerang’ pasaran Indonesia.
29-12-2025
Kes Dua EV Terbakar Serentak Bukan Berpunca Daripada Pengecas – Bomba
Isu keselamatan kenderaan elektrik (EV) kembali menjadi bualan hangat susulan insiden kebakaran membabitkan dua buah EV di sebuah kediaman, baru-baru ini.
29-12-2025
Lexus Perkenalkan RZ600e F Sport Di Jepun – EV 'Menakutkan' Di Litar
Lexus nampaknya ingin membuktikan bahawa kenderaan elektrik (EV) juga mampu menyerlahkan aura ‘menggerunkan’ di litar perlumbaan.
26-12-2025
Nissan Ariya Elektrik Didedahkan Tetapi Bukan Di Malaysia Sebaliknya Di Jepun
Nissan Ariya EV versi facelift membuat penampilan rasminya di Jepun, baru-baru ini.
24-12-2025
Butiran Mona M03 Didedahkan, Jarak Gerak - 640KM
Mona M03 yang masih belum dilancarkan dikatakan akan menerima beberapa perubahan kecil.
24-12-2025
Cukai Jalan EV 2026 Lebih Murah Dari Kereta Petrol? Ini Kupasannya...
Tinggal kira-kira seminggu sahaja lagi sebelum tempoh pengecualian cukai jalan kenderaan elektrik (EV) berakhir. Menjelang 1 Januari 2026, ramai pemilik mula rasa 'seram sejuk' memikirkan kos yang perlu ditanggung.
23-12-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat